Friday, April 19, 2013

Perlukan "Binaan Kubur" Disebabkan Gangguan Haiwan Peliharaan

Soalan

As'salam. Bapa saya baru meninggal dunia pada 29 Mac 2013 yg lepas. Soalan saya, apakah hukum bagi binaan kubur yg saya bakal bina terdiri dari marmar. Keadaan memaksa memandangkan ada pemilik lembu tidak bertanggungjawab melepaskan peliharaannya di kawasan kuburan. Sudah ditegur tapi tetap tidak berubah. Najis merata di atas kuburan dan ada juga yg mendap dan berlubang2 kesan pijakan haiwan tersebut. Tanah kuburan sangat2 kering, mudah merekah dan peroi. Kedudukan kubur arwah di kawasan berbuk

Jawapan

Waalaikumusalam
Pembinaan kepuk kubur @ lot kubur dengan menggunakan batu marmar  dan berpagar  itu hukumnya adalah harus selagi mana anda  tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.Sekiranya mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain  bagi bertujuan untuk riyak/sombong maka hukumnya adalah haram.
Panel nasihatkan agar  pembinaan tersebut jangan terlalu besar sehingga mengganggu lot  tanah perkuburan  jenazah lain begitu juga  binaan itu tidak menampakkan kemegahan dan kemewahan yang melampau.Perlu juga  panel tegaskan  bahawa binaan kubur itu tidak didirikan atap/bumbung .Bagi tujuan supaya tanah yang baru ditimbus benar-benar padat dan mampat anda bolehlah menjirus air biasa atau air yang telah dibacakan ayat-ayat alQuran alKarim.Wallahu a'lam.

Sah Atau Tidak Puasa Saya.

Soalan

Assalammualaikum ustaz hari ini saya berpuasa sunat....tiba ja ditempat keja saya terlupa dan saya mengunyah coklat lps itu dalam 1 minit saya teringat dan saya membuang semula coklat itu sah atau tidak puasa saya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis  baginda saw yang bermaksud:
"Diangkat kesilapan/kesalahan   yang dilakukan oleh  seseorang itu di atas 3 perkara:
1.Kanak-kanak sehingga beliau mumayyiz
2.Orang yang  sedang  tidur sehingga beliau tersedar/terjaga,
3.Orang yang  terlupa sehingga beliau teringat.
Berdasarkan kepada mafhum hadis ini anda dikategorikan kepada orang yang terlupa sehingga teringat,maka puasa yang  sedang anda kerjakan itu tetap  sah, walaupun anda telah memakan coklat.
Perlu panel tegaskan bahawa jika sekiranya anda INGAT TETAPI BUAT-BUAT TIDAK INGAT maka puasa yang sedang anda lakukan itu tetap batal dan tidak sah.Wallahu a'lam.

Puasa Orang Yang Musafir

Soalan

adakah orang yang bermusafir sepanjang tahun termasuk dalam golongan yang harus berbuka puasa?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang yang bermusafir memang diharuskan untuk berbuka/tidak berpuasa. Namun, mereka masih diwajibkan untuk mengqadha’ kesemua puasa yang telah ditinggalkan. Hal ini ada dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam firmannya yang bermaksud:
“...dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain...”
(Surah Al-Baqarah : 185)

Walaupun mereka yang bermusafir dibolehkan untuk berbuka, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan ibadat ini. hal ini kerana keharusan untuk mereka berbuka hanyalah satu rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hamba-hambanya.
Dari itu, bagi mereka yang melakukan perjalanan pada sepanjang tahun, mereka tetap diwajibkan melakukan puasa Ramadhan dan perjalanan yang mereka lakukan tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan ibadat ini.
Oleh itu, Panel ingin mencadangkan kepada golongan yang sering kali bermusafir untuk mengambil cuti setiap kali tiba bulan Ramadhan ataupun memohon supaya majikan menukar kawasan operasi hanya pada kawasan yang berhampiran sahaja bagi mengelakkan diri daripada terpaksa berbuka. Dan dengan itu dapatlah mereka berpuasa penuh pada tahun tersebut. Wallahu a'lam

Puasa Ganti Bagi Perempuan Yang Keguguran Di Bulan Puasa

Soalan

Saya ingin bertanya, sekiranya saya mengalami keguguran di minggu ke-3 pada bulan ramadahan, adakah saya cuma perlu ganti puasa tu untuk tempoh 2 minggu selepas saya gugur atau untuk sebulan penuh???...sedangkan minggu pertama dan kedua puasa, saya puasa penuh..saya harap mendapat jawapan dari pihak tuan/puan...terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda hanya perlu menggantikan  puasa yang tertinggal ekoran daripada keguguran.Hanya  2 minggu sahaja yang perlu dikada' @ diganti iaitu selepas berlakunya keguguran.
Ini kerana 2 minggu sebelum anda keguguran, anda  masih melaksanakan ibadah puasa  tersebut.Justeru  anda tidak perlu menggantikan puasa tersebut  selama satu bulan.Wallahu a'lam.

Mandi Wajib Menggunakan Shampo & Cream Tiada Tanda Halal

Soalan

Salam. Nk tye sah tak mandi wajib saya jika saya pakai syampo dan cream bdn yg tlada tanda halal. Suami beli nk buang sayang. Dikhuatiri bhn yg ade dlm shampoo& cream bdn bhn yg terlarang. Sb skg susah utk cri shampo yg ade tanda halal.

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, mandi wajib yang anda lakukan adalah sah apabila mandian tersebut anda mulakan dengan niat mandi wajib dan air telah diratakan ke keseluruhan badan anda.
Mengenai syampur dan krim mandian yang digunakan semasa mandian dilakukan, ia tidak akan menyebabkan mandian tersebut menjadi tidak sah. apa yang dirisaukan mengenainya hanyalah status kehalalannya sahaja.
Oleh itu, selepas ini utamakanlah produk gunaan yang terdapat padanya Logo Halal terutamanya Logo Halal JAKIM. Wallahu a'lam

Kemusykilan Agama

Soalan

adakah dikira zihar jika suami berkata kepada isterinya "jangan korek celah kuku nanti jadi cekam macam abang(suami)" ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perkataan sedemikian tidak dianggap sebagai zihar.Ini  kerana mengupamakan perbuatan tersebut  kepada abangnya(suami).Justeru anda tidak perlu bimbang dan risau terhadap perkara berkenaan.Wallahu a'lam.

Solat Sunat Di Hijr Ismail/multazam

Soalan

Bilakah boleh dilakukan solat sunat di hijr ismail/multazam? Adakah selesai tawaf atau setelah selesai saie?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut perbahasan ulamak dalam ilmu fekah sebaik-baiknya anda solat sunat dalam kawasan hijir Ismail setelah anda tamat melakukan tawaf.
Ini kerana sebelum anda sempurnakan  tawaf 7 keliling,sekiranya  anda  menyentuh  @ memegang hijir ia akan membatalkan pusingan tawaf yang sedang anda kerjakan/lakukan.Wallahu a'lam.