Saturday, January 5, 2013

Sudah Ada Suami Tetapi Nikh Batin Gn Lelaki Lain

Soalan

assalammualaikum,saya seorg istri da sdah punya 2 org ank,saya ada knl seorang lelaki ini dlm fb,dan dia amt suka pda sya biarpun sya sudah ada suami,pda minggu lpas dia tlah mengajaksya nikah batin secara dlm facebook,dia ckp saya mengiyakan saje dan dia bgi tau kami nikah batin ni kerana ALLAH,dan sesudah nye dia ckp pda sya,dia da menikah batin sma saya dan suami sya cma dapat tubuh saya sahaja,dn lelaki 2 pon da anggap sya sbgai isteri dia,saya runcing,tolong bantu saya

Jawapan

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Pertamanya pohon keampunan kepada Allah kerana berdasarkan situasi yang diceritakan, puan telah nusyuz bermaksud derhaka dan tidak mentaati perintah suami dan mencemarkan maruah suami dan keluarga. Puan masih mempunyai suami dan wajib puan untuk mentaatinya selagi suami puan tidak menyruh puan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Taala. Firman Allah bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.” (Surah an-Nisa’, ayat 33).
Tindakan dilakukan puan yang menjalin hubungan dengan lelaki lain sebenarnya lebih teruk daripada nusyuz kerana isteri sudah menduakan suami tanpa pengetahuan suami, malah yang lebih teruk lagi mereka mencampakkan diri ke lembah kehinaan dengan melakukan perzinaan. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan.” (Surah al-Isra, ayat 32)

Tidak salah untuk melayari facebook asalkan tidak melakukan perkara yang dilarang. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji teman facebook kerana andai tidak berhati-hati, kita semua akan mudah terpedaya seperti mana yang dilaporkan di akhbar dan menjadi mangsa penipuan, cabul , rogol dan sebagainya.
Nasihat kami kepada puan. Mohonlah taubat kepada Allah dan meminta maaf daripada suami dan menjauhi kenalan di facebook tersebut dan pelihara keharmonian keluarga dengan sinar Islam untuk rumahtangga bahagia.

Sembahyang Berjemaah

Soalan

Salam,

Saya ingin mengetahui mengenai lanjut tentang sembahyang jemaah, saya mengikuti sembahyang Zohor di sebuah masjid namun saya terlepas rakaat pertama dan mula sembahyang pada rakaat kedua.
Persoalannya mengenai tahiyiat awal dan akhir sahaja..adakah sya patut membaca tahiyiat awal sedangkan pada rakaat kedua itu saya baru saha rakaat pertama.. Terima kasih.

Jawapan

Wassalam,
Dalam kes ini, anda adalah dikira sebagai jema’ah yang masbuk (terlambat untuk dapat takbir pertama bersama imam). Oleh itu, raka’at kedua bagi imam adalah raka’at pertama bagi anda.
Walaupun begitu, semasa imam duduk membaca tahiyat awal, anda juga perlu duduk tahiyat awal dan membaca bacaan dalam tahiyat tersebut sebagaimana imam membacanya.
Dalam raka’at berikutnya, lakukanlah sebagaimana imam lakukan sehinggalah imam duduk tahiyat akhir dan membaca bacaan di dalam tahiyat akhir tersebut. namun, anda hanya perlu membaca bacaan tahiyat awal sahaja di dalam duduk tersebut.
Apabila imam memberi salam yang kedua, niatlah mufarrakah daripada imam dan teruskan solat anda dengan menambah lagi satu raka’at yang masih kurang (sebab anda masuk berjema’ah semasa imam raka’at kedua). Lakukanlah seperti mana raka’at yang lain sehingga duduk tahiyat akhir dan anda perlu membaca bacaan tahiyat akhir tersebut sehingga selesai dan berilah salam untuk akhiri solat tersebut.
Ringkasnya, dalam solat tersebut anda akan membaca tahiyat sebanyak 3 kali, iaitu membaca tahiyat awal sebanyak 2 kali dan tahiyat akhir sebanyak satu kali pada akhir solat tersebut.
Untuk penjelasan lanjut, sila dapatkan buku panduan mengerjakan solat yang boleh anda dapatkan di kedai-kedai buku agama di tempat anda. Wallahu 'alam.

Baju Terselak Belah Belakang Semasa Sujud Tanpa Disedari

Soalan

Adakah sah solat lelaki sekiranya semasa sujud, baju yang disematkan di dalam seluar (tuck in) ternaik tanpa disedari dan mendedahkan kulit pinggang (di bawah paras pusat) - apabila duduk antara dua sujud dsb baru disedari dan dimasukkan semula hujung baju itu dalam seluar.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Jika tidak disengajakan maka solat itu adalah sah dan anda perlu segera menutupnya.

Dalam Hukum Islam, Boleh Tak Adik Beradik Perempuan Sanding Serantak

Soalan

dalam hukum islam, boleh tak adik beradik sanding serentak boleh atau tak

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, tidak ada sebarang larangan atau sekatan di dalam Islam untuk adik-beradik tersebut berkahwin pada hari yang sama. Namun begitu, dalam persoalan bersanding, ia bukan budaya Islam. ia lebih kepada adat kaum Melayu.
Sebagai ringkasnya, mengenai hukum bersanding, ia diharuskan sekiranya dibuat khusus untuk kaum keluarga (sesama kaum keluarga sahaja) dan tidak digalakkan sekiranya melibatkan para tetamu kerana ia akan mendedahkan pasangan tersebut kepada bahaya fitnah atau kata-kata umpatan. Wallahu 'alam.

Hukum Bekerja Di Syarikat Pelaburan Emas

Soalan

assalamualaikum, apakah hukum bekerja di syarikat pelaburan emas.?adakah gaji yang diterima halal?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, status syarikat tersebut perlu dilihat terlebih dahulu sama ada ia sebuah syarikat pelaburan yang menjalankan perniagaan atau urus niaga emas yang memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak ataupun tidak.
Jika ia adalah syarikat pelaburan yang memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, maka hukum bekerja denggannya adalah diharuskan dan pendapatan yang diperolehi juga adalah halal dan boleh digunakan tanpa dikenakan sebarang syarat-syarat yang tertentu.
Namun, jika sebaliknya, maka hukum bekerja dengannya adalah diharuskan atas dasar darurat sahaja. Ini bermakna, masyarakat Islam yang bekerja dengan syarikat tersebut perlu mencari kerjaya dengan syarikat pelaburan yang lain yang lebih mengamalkan dan mematuhi hukum pelaburan di dalam Islam dan juga urus niaga yang menepati sistem muamalat di dalam Islam. Wallahu 'alam.

Bolehkah Saya Berdoa Agar Dia Menjadi Jodoh Saya?

Soalan

Saya telah jatuh hati pada seseorang. Tetapi saya tidak tahu sama ada dia masih bujang atau sudah berkahwin walaupun sudah berkawan selama setahun. Tetapi sahabat saya memberitahu dia adalah seorang 'nice person'. Kami.jarang berjumpa. Kadang-kadang masing menghantar sms mengatakan rindu. Saya tidak tahu sama ada dia ikhlas atau tidak. Bolehkah saya berdoa memohon dia menjadi jodoh saya untuk mengelak dari perkara yang tidak elok berlaku?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, jika wanita tersebut masih belum dipinang orang ataupun masih belum berkahwin, maka tiada larangan atau halangan ke atas anda untuk berdoa semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala pertemukan jodoh anda dengannya.
Walau bagaimanapun, ingatlah pesanan daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang ciri-ciri yang perlu diperhatikan kepada seseorang wanita yang ingin dipilih sebagai pasangan hidup. Ciri-ciri tersebut ada dijelaskan di dalam hadith di bawah ini. Semoga ia dapat dijadikan panduan kepada anda di dalam memilih pasangan hidup.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Dikahwini seseorang wanita itu atas empat sebab, iaitu; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka Kahwinilah dirinya atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nasaa’i dan Ibnu Majah).

Semoga urusan dan hasrat anda dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Amin. Wallahu 'alam.

BAYARAN HUTANG DARIPADA HASIL JUDI

Soalan

SEORANG SAHABAT TELAH MEMENANGI SEJUMLAH WANG LOTERI (4D), KEBETULAN PULA DIA BERHUTANG SEJUMLAH WANG DENGAN SAYA DAN INGIN MEMBAYAR HUTANGNYA. APAKAH HUKUJM SAYA MENERIMA BAAYARAN ITU SEDANGKAN WANG BAYARAN ADALAH HASIL DARI JUDI.

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, wang tersebut harus untuk anda terima dan hukumnya adalah halal sekalipun ia berpunca daripada sumber yang haram iaitu loteri.
Ringkasnya, wang tersebut dihukumkan haram hanya kepada kawan anda tersebut (yang menang judi) sahaja tetapi tidak kepada anda kerana wang tersebut anda perolehi bukan daripada hasil perjudian tetapi ia adalah bayaran hutang dari kawan anda. Wallahu 'alam