Saturday, November 24, 2012

Bagaimana Hendak Solat Taubat

Soalan

assalammualaikum ustaz...sy nk tnya kalo seseorang tu tidak pernah mandi wajib,minum arak,berjudi dll...bagaimana dia nk buat solat taubat...sebab bila badan tidak bersih nak ambil wuduk pon x sah...ustaz boleh bagi keterangan yg terperinci x?

Jawapan

walai,
dalam keadaan ini, dia perlu mandi wajib terlebih dahulu bagi menghilangkan hadas besar yang ditanggungnya selama ini.
Setelah mandi wajib dan di dalam keadaan yang suci daripada hadas kecil (setelah berwudhu’), kerjakanlah Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Cara melakukan Solat Sunat Taubat adalah seperti berikut:
Cara melakukan Solat Sunat Taubat adalah sama seperti mana  mengerjakan solat fardu dan sunat yang lain. Ia didirikan sebanyak 2 raka’at.
Ringkasnya, setelah berwuduk dan memakai pakaian yang bersih, carilah tempat yang sesuai untuk mendirikan solat, hadapkan diri ke arah Qiblat dan berniat:
“Sahaja aku solat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Ta’ala”

Dalam raka’at pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Fath, surah ke- 110 dan teruskan solat seperti biasa.
Dalam raka’at kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Ikhlas, surah ke-112 dan teruskan solat hingga memberi Salam.
Kemudian berdoalah dengan doa-doa yang bersesuaian dengan niat di hati (memohon keampunan dari Allah).
Berikut beberapa contoh doa yang boleh dibaca untuk memohon ampunan dari Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah selesai mengerjakan Solat  Taubat:
“Ya Allah Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”
(Maksud dari Surah Al A’raaf , ayat ke-23)

“Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh kerana itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang”
(Maksud hadis riwayat Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)

Sila dapatkan buku panduan doa yang ada dijual di pasaran buku agama di tempat anda untuk mencari doa yang lain.
Di samping itu, tembahkan dengan perbanyakkan beristighfar dan memohon agar ditetapkan hati agar sentiasa istiqamah dengan taubat yang telah dilakukan dan yakin di atas penerimaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Wallahu 'alam.

Doa Penghapus Sihir @ Santau...Dan Terkena Nasi Kangkang..

Soalan

As Salam...Sya ingin tahu doa2 pendinding utk sihir @ Santau..sbb menurun perubatan islam abg ipar sya terkena nasi kangkang shingga menjadi bodoh dan tidak menghiraukan ank2 dan isteri tua...setahu sya isteri kdua yg di nikahinya seorng yg mengamalkan sihir penunduk suami untk mgikis harta..setelah dia mndapat harta..dia akan memohon cerai dari suami dia (perkara ini diakui oleh bekas suaminya yg terdahulu)shingga sekarang bekas2 suaminya tidak boleh lupakan si isteri tu..hrp tuan dpt mnlong.tq

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Dalam hal sebegini panel menasihatkan agar anda membawa abang ipar anda untuk berubat dengan perubatan Islam. Ayat al-quran sahaja sebagai pendinding kepada ilmu hitam atau sihir. Hanya dengan bacaan ayat al-quran segala niat jahat dapat ditangkis.
Setiap penyakit itu ada ubatnya, oleh yang demikian berusaha untuk mendapatkan pakar perubatan Islam dalam menyembuhkan abang ipar itu perlu disegerakan.
Terlebih dahulu bawalah dia untuk berubat kemudian mintalah dia sentiasa mengamalkan surah al-falaq, al-ikhlas, an-nas ayat kursi dan setiap pagi dan petang amalkan bacaan ma'thurat sebagai pendinding.

Soalan Berkaitan Tenyang Solat

Soalan

assalammualaikum ustaz...
sy mahu bertanya 2 soalan...
1. solat sambil memejamkan mata adalah makhruh, tapi jika dengan cara memejamkan mata lebih kusyuk adakah boleh ustaz?
2. boleh tak jika sy terbayangkan kaabah atau berimaginasi rupa kaabah di dalam solat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Perbuatan memejamkan mata ketika solat itu hukumnya  adalah makruh, perlu panel tegaskan bahawa solat yang anda dirikan  tetap sah.
Sekiranya anda berpandangan dengan cara memejamkan mata itu dapat menimbulkan kekusyukan ketika solat  ia diharuskan  oleh syarak.TETAPI ingat jangan sampai tertidur ketika solat.
2.Anda harus membayangkan kaabah ketika solat bagi  menunjukkan arah kiblat yang hakiki ,tetapi jangan sampai terleka @ terlalai ketika menunaikan solat.Wallahu a'lam.

Friday, November 23, 2012

Pergerakan Anggotaa Badan Semasa Solat

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakkan ketika solat, adakah terbatal kerana 3 pergerakkan mana2 anggota atau 3 pergerakkan sendi?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak dan para sarjana dalam bidang fekah telah merumuskan bahawa pergerakan tiga (3) kali berturut -turut anggota berat seperti tangan,kaki,kepala dan badan  menyebabkan solat yang sedang didirikan oleh seseorang tersebut terbatal.
Sebagai contoh yang paling jelas ialah melangkah 3 langkah berturut-turut tanpa berhenti akan membatalkan solat seseorang begitu juga jika anda menampar lalat @ nyamuk 3 kali berturut-turut  pun akan membatalkan solat.Wallahu a'lam.

Hukum Aqiqah Boleh Disimpan Atau Tidak

Soalan

saya nak tanye hukum daging aqiqah yang telah dimasak boleh tak disimpan untuk beberapa hari.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum membuat akikah itu adalah sunat muakkad (yang sangat-sangat dituntut).Ia dibuat pada hari ke 7 kelahiran bayi,pada hari berkenaan sunat diberi nama,buat akikah dengan menyembelih dua ekor kambing bagi lelaki dan  seekor bagi perempuan,cukur rambut  bayi sampai botak sama ada bayi lelaki dan perempuan.Timbang berat rambut tersebut  kemudian dinilai dengan harga emas @ perak semasa lalau wang@duitnya disedekahkan kepada fakir miskin @ bidan yang menguruskan ketika ibunya bersalain.
Berbalik kepada soalan  yang dikemukakan, setelah kambing disembelih untuk dibuat akikah seeluk-eluknya dimasak kemudian dibuat kenduri kesyukuran dengan menjemput orang ramai,jiran tetangga  dan kaum kerabat datang.
Cara  yang paling afdal jika dapat masakan itu dihabiskan sekali gus pada hari berkenaan.Ini bagi menjamin fadilah cepat diperolehi,jika dilambatkan ia termasuk sesuatu yang dimakruhkan.Lebih baik masakan tersebut disedekahkan kepada tetamu yang hadir daripada disimpan beberapa hari di rumah anda.Wallahu a'lam

Sukar Untuk Solat

Soalan

asslm,sy ingin brtnye bgi mne cre utk kusyuk dlm solat..setiap kali nk solat sy x blh fokus fikiran sy msti kat tmpt lain wlupn sy bace auzubillah.....dan hati sy slalu x tenang nk solat bile di landa pepe mslh...mhn penerangan tuan/puan trime ksh

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kaedah untuk mendapatkan kekusyukan  dan ketenangan dalam solat telah banyak diberikan oleh para ulamak dalam bidang fekah antaranya yang dapat panel senaraikan di sini ialah:
1.Anggaplah anda sedang berhadapan dengan Allah Rabbul Jalil
2.Fokus kepada solat yang sedang dilaksanakan.
3.Membaca ayat penghindar syaitan dan iblis sebelum memulakan takbiratulihram seperti ayat kursi,3 kul iaitu Kulhuwallahu Ahad,kul auzubirabbil falaq,qul auzubirabbin Nas,
4.Faham dari segi makna terhadap ayat-ayat yang dibaca,bab ini kena belajar dan berguru dengan mereka yang arif berbahasa arab.
5.Bayangkan syurga di sebelah kanan
6.Bayangkan Api Neraka di sebelah kiri
7..Anggaplah solat yang anda lakukan merupakan solat yang terakhir sebelum kematian.
8.Bayangkan anda sedang meniti siratulmustakim
9.Lakukan solat dengan ikhlas kerana Allah SWT.
Jika kesemua ini  dapat anda lakukan,panel yakin anda mampu lebih fokus,kusyuk dan tenang ketika melakukan solat kepada Allah SWT.Wallahu a'lam.

Zakat Bila Bermain Kutu

Soalan

Assalamualaikum,

Adakah hasil dari duit bermain kutu perlu dikeluarkan zakat?

Jawapan

Waalaikumusaslam w.b.t
saudara/ri yang dirahmati Allah swt
Duit kutu adalah dari hasil simpanan beramai-ramai, sekiranya jumlah yang diterima pada bulan tersebut adalah dalam jumah yang banyak dan tidak menggunakannya atau tidak digunakan untuk tujuan perbelanjaan yang lain maka dikenakan zakat atas wang simpanan tersebut. Walaubagaimanapun adalah lebih baik anda merujuk perkara ini ke lembaga zakat yang trerdekat bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.