Wednesday, April 4, 2012

Basuh Pakaiah Bernajis

Soalan

salam....sy nk tanya,sah atau x kalau guna mesin basuh fully automatic utk membersihkan pakainan yg terkena air kecil/mazi...ade yg kata x sah...ade jugak yg kata sah sebab mesin basuh rinse,spin&wash...tp kalau warna,bau dan rasa dah takde macam mane?kalau x sah perlu ke sy membersihkan mesin basuh tu sebelum digunakan?

Jawapan

Wassalam, pakaian tersebut dihukumkan bersih dengan syarat kesemua jenis najis dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Jika tidak dibersihkan terlebih dahulu, kesemua pakaian yang dimasukkan sekali dengan pakaian yang terkena najis tersebut turut akan menjadi najis.
Hal ini disebabkan oleh air yang digunakan di dalam mesin basuh adalah air yang sama dan bukannya air yang baru. Air tersebut diulang-ulang masuk dan keluar di dalam mesin tersebut. Oleh itu, najis yang terdapat pada pakaian tersebut akan larut di dalam air dan ini akan menyebabkan ia tercemar dan mengenai pula pada pakaian yang lain. Akhirnya, semua pakaian yang dicuci bersama pakaian yang terkena najis akan menjadi najis.
Oleh yang demikian, mesin basuh yang telah digunakan untuk membasuh pakaian yang telah terkena najis perlu dibersihkan daripada najis tersebut. Ringkasnya, jika sudah tiada sifat-sifat najis di dalam mesin basuh tersebut, ia dihukumkan bersih dan suci daripada najis.
Sifat-sifat najis adalah seperti berikut:
1.         Warna.
2.         Bau.
3.         Rasa (dengan cara menyentuh).

Jika terdapat salah satu daripada 3 sifat najis di atas, maka ini menunjukkan bahawa mesin basuh tersebut mengandungi najis yang perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk membasuh pakaian.
Jika tiada kesemua sifat tersebut, ia adalah bersih dan suci. Wallahu 'alam.

Pengsahan Halal Produk Amway

Soalan

adakah produk makanan amway halal

Jawapan

Sebagaimana dengan produk-produk makanan yang lain, jika terdapat padanya logo halal Malaysia ia adalah produk yang halal.
Untuk penjelasan lanjut, sila layari laman web. Halal Malaysia di alamat; www.halal.gov.my, ataupun hubungi 03 83150200. Wallahu 'alam.

Hukum Berimamkan Imam Yang Tidak Melantangkan Bacaan Ketika Solat Mahgrib Dan Isyak

Soalan

assalamualaikum ustaz,apakah hukum jika seorang imam itu tidak membacakan surah alfatihah dan surah lazim dengan lantang pada rakaat pertama dan rakaat kedua ketika solat subuh,mahgrib dan isyak,adakah sah solat kami.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam hal ini solat yang dikerjakan adalah sah. Hal ini disebabkan oleh hukum membaca kuat dalam raka’at pertama dan kedua bagi Solat Maghrib, isyak’ dan subuh hanyalah sunat sahaja.
Walaupun demikian, membacanya dengan suara yang perlahan adalah makruh. Oleh itu, para imam dan juga mereka yang bersolat sendiri perlu membacanya dengan menguatkan sedikit suara agar lebih kedengaran.
Ringkasnya, pastikan ada perbezaan dengan solat yang disunatkan membaca dengan suara yang perlahan. Wallahu 'alam.

Friday, March 30, 2012

Was Was Mengenai Najis


Soalan

Ustaz,baru2 ini saya ada terbaca yg mencuci pakaian bernajis dalam mesin basuh akn menyebabkn semua pakaian itu brnajis kerna air tidak mengalir,hanya bertakung dlm mesin basuh. Skrg saya risau mengenai pakaian2 yg tlh sy basuh dgn cara itu sblm ini..
1)Perlukah saya basuh semua pakaian2 tu semula?Tp baju2 itu trlalu byk.
2)adakah tempat jemuran itu akn jadi brnajis juga?
3)Adakah tangan saya yg basah ketika memegang pakaian tersebut akan menyebabkan najis terkena tempat lain yg disentuh?

Jawapan

1.         Baju yang telah dibasuh dengan cara tersebut adalah dihukumkan menjadi najis. Hal ini adalah disebabkan oleh air yang berada di dalam mesin basuh tersebut yang telah menjadi najis kesan daripada najis yang termasuk ke dalamnya (yang melekat pada pakaian).
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya membasuh semula pakaian yang telah dibasuh menggunakan cara tersebut bagi menghilangkan status najis tersebut. Tindakan seperti ini dapat menghilangkan rasa was was dan ragu-ragu mengenai status pakaian tersebut dan seterusnya ibadat yang dikerjakan turut diyakini kesahannya.

2.         Tempat jemuran dan juga tangan anda tidak dihukumkan najis kerana pakaian tersebut tidak menyebabkan najis tersebut berpindah ke tempat lain. Ringkasnya, jika tidak terdapat sifat-sifat najis padanya, maka ia adalah tidak najis.
Sifat-sifat najis:
a.         warna (najis).
b.         Bau najis.
c.         Rasa (dengan sentuhan).

Wallahu 'alam.

Orgams(kepuasan


Soalan

1. seseorang bertanya saya.....sekiranya seorang yang keluar mani wajib mandi ...(samaada bersetubuh atau onani) soalan dia.. wajib mandi juga kah jika dia mencapai kepuasan(onani) tapi tak keluar mani..
2. Seorang gadis mencapai kepuasan sex dengan cara berkhayal dan memegang kemaluannya....tanpa memasukkan sesuatu ke dalam faraj....wajib mandi juga kah?
3. Adakah wanita juga keluar mani?...bagaimana untuk membezakan air mani dengan air mazi?

Jawapan

1.         Jika tidak keluar air mani, dia tidak diwajibkan untuk mandi.

2.         Jika tidak sampai mengeluarkan air mani, maka dia tidak diwajibkan untuk melakukan mandi wajib sekalipun dia merasa puas.

3.         Seorang wanita yang normal juga akan mengeluarkan air mani. Hal ini dapat dilihat melalui sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Mani lelaki pekat berwarna putih, mani wanita cair berwarna kuning”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Perbezaan di antara air mani dengan air mazi adalah seperti berikut:
*          Mazi ialah air jernih (licin) yang keluar ketika datang syahwat.
*          Mani pula ialah air yang keruh dan pekat yang keluar ketika klimaks syahwat atau sebab bermimpi.
*          Wadi ialah air keruh yang kadang2 keluar ketika kencing atau mengangkat beban berat.
*          Apabila keluar mazi atau wadi, ia membatalkan wuduk dan wajib dibasuh kemaluan dan apa yang terkena dengannya.
*          Manakala apabila keluar mani maka wajib mandi hadas dan keadaannya tidak najis. Maka sunat dibasuh apa yang terkenanya.
Wallahu 'alam.

Adat Pepatih VS Faraid


Soalan

Apa hukumnya jikalau ikut hukum adat pepatih dan buka hukum Islam? Contohnya ibu meninggal dunia, rumah pergi ke anak perempuan bukan ikut faraid? Ada juga kata kerana hak milik/ status tanah. Jikalau benar, kenapa pihak kerajaan tidak menukr undang2 yg bukan saja kolot tapi tidak berdasarkan / berpandukan ajaran Islam sebenar?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum dunia ini terbahagi kepada dua,Hukum Allah dan hukum manusia (adat).Sebagai contoh tentang pembahagian harta peninggalan ibu atau bapa yang telah meninggal.
1. Jika yang meninggal itu ayah, yang masih tinggal seorang isteri/ ibu,2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.Katakan ayah meninggalkan duit dalam bank RM48,000.Sekiranya harta itu dibahagi menggunakan hukum Allah iaitu faraid (Berdasarkan ketetapan al-Quran), ini bermakna ibu dapat 1/6 (RM8,000) daripada harta yang ditinggalkan oleh suaminya yang meninggal.Manakala anak lelaki dapat 2/3 (RM26,666.67)dan anak perempuan dapat 1/3 (RM13333).Itulah keadilan yang hakiki yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana orang Islam yang waras.
2.Sekiranya anak beranak tidak mahu menggunakan pembahagian harta dengan cara faraid disebabkan rasa tidak adil. Ini kerana anak lelaki mendapat bahagian yang agak lebih berbanding anak perempuan maka islam mengharuskan (tidak salah) umatnya menggunakan kaedah/cara hukum adat. Iaitu pembahagian yang sama rata demi menjaga kerukunanan dan tali siulaturrahim sesama adik beradik selagi hayat masih ada.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, setahu panel adat perpatih yang dimaksudkan sebenarnya mereka mengikut hukum manusia(adat) yang diharuskan oleh agama Islam. Cuma kadangkala kita rasa kurang selesa /adil disebabkan rumah yang ditinggalkan oleh ibu yang mati menjadi milik anak perempuan secara turun temurun dan bukannya menjadi milik anak lelaki atau dibahagi secara saksama sesama adik beradik.
Situasi ini sebenarnya adalah untuk menjaga hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik.Rasionalnya apabila rumah ibu sudah menjadi miliki anak lelaki besar kemunkinan ia dijual.Jadi apabila ada majlis kenduri kendara terutama semasa perkahwinan ,hariraya atau kematian rumah itu bukan lagi menjadi tempat berkumpulnya adik beradik setelah kematian ibu.Justeru hubungan kekeluargaan semakin hari semakin renggang dan jauh. Oleh sebab itulah kebanyakan golongan cendikiawan dan agamawan di negeri berkenaan mengharuskan kaedah dan adat sedemikian diamalkan di negeri Sembilan.
Panel syor berdasarkan prinsip agama Islam, janganlah anda dek kerana hendak kejar harta pusaka yang tidak seberapa kita sanggup buang saudara dan bermusuhan sampai ke mati ,fikir-fikirkan kebaikan apabila dilaksanakan hukum manusia (adat) di negeri berkenaan.Wallahu a'lam.

Masalah Bersuci


Soalan

Salam alaik, ustaz, bagaimanakah cara membersihkan seluar yg terkena percikan air kencing? adakah perlu dilalukan air atau memadai dengan memercikkan beberapa titis air sahaja?dan kalau kita tidak pasti bahagian seluar yg mana terpecik air kencing tersebut,adakah perlu kita lalukan air di semua bahagian kaki seluar?mohon penjelasan..terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, cara untuk membersihkan seluar tersebut daripada air kencing adalah dengan menggunakan air yang agak banyak. Hal ini adalah kerana perlunya melalukan air di atas seluar tersebut bagi membersihkan najis tersebut.
Ringkasnya, adalah tidak memadai jika hanya sekadar menitiskan air di atas seluar tersebut kerana ia tidak dapat untuk menghilangkan najis.
Namun, jika anda tidak pasti bahagian yang manakah terkena air kencing,  apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membersihkan keseluruhan seluar tersebut terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh.
Dengan cara ini, cucian pakaian dengan menggunakan mesin basuh adalah lebih menepati kehendak Syara' dan dalam masa yang sama dapat menghindarkan daripada mengotorkan kesemua pakaian yang dibasuh bersama seluar tersebut. Wallahu 'alam.