Soalan; Salam ustaz, saya sering kali was2..mengenai mandi wajib dan mandi junub…jika seseorang itu berjimak dlm hadas besar (period dah habis tapi tak mandi wajib)…perlukah dia mandi 2 kali, mean mandi wajib dan kemudian mandi junub.
Jawapan;
Ada dua masalah dalam soalan di atas;
a) Jimak sebelum mandi wajib.
b) Berhimpun dua sebab yang mewajibkan mandi; adakah perlu mandi dua kali atau cukup sekali sahaja?
1. Masalah pertama (Jimak sebelum mandi)
Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafiie, Maliki dan Hanbali); Tidak harus suami mensetubuhi isterinya yang telah kering haid melainkan setelah ia mandi terlebih dahulu. Firman Allah (bermaksud); “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum ) haid. Katakanlah: ‘Darah haid itu satu benda yang (menjijikan dan) mendatangkan mudarat’, Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci” (Surah al-Baqarah, ayat 222). Maksud “sebelum mereka suci” dalam ayat ini –menurut jumhur ulamak- ialah; “Sebelum mereka bersuci dengan mandi wajib”.
Sebahagian ulamak (iaitu Imam Mujahid, Ikrimah, Tawus dan Abu Hanifah) mengharuskan jimak apabila sahaja kering darah haid (yakni sekalipun belum mandi wajib). Imam Mujahid, Ikimah dan Tawus mensyaratkan; hendaklah isteri mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum jimak. Adapun Imam Abu Hanifah; ia mengharuskan jimak sebelum mandi jika haid itu berhenti setelah tempoh haid paling lama (iaitu 10 hari menurut pandangannya). Jika haid datang kurang dari 10 hari, tidak harus jimak melainkan setelah mandi terlebih dahulu atau dengan masuk waktu solat.
2. Masalah kedua )(berhimpun dua sebab mandi; janabah dan haid
Jika berhimpun beberapa sebab yang mewajibkan mandi seperti haid, janabah (yakni bersetubuh atau keluar mani) dan mati (yakni seorang yang mati ketika sedang haid atau berjunub), memadai dengan sekali mandi sahaja untuk menghilangkan hadas besar pada badannya, yakni tidak perlu mengulangi dua atau tiga kali mandi. Ia sama seperti seorang yang berlaku kepadanya pelbagai perkara yang membatalkan wudhuk (seperti keluar angin dari punggungnya, kemudian ia kencing dan tidur), memadai dengan sekali wudhuk sahaja untuk menghilangkan hadas kecilnya, tidak perlu berulang kali wudhuk.
Berkata Imam as-Syafiie; “Apabila seorang wanita berlaku janabah padanya, kemudian ia didatangi haid sebelum sempat mandi kerana jabanah…apabila haidnya habis, memadai baginya dengan sekali mandi sahaja. Begitu juga, jika ia bermimpi semasa sedang haid, memadai dengan sekali mandi sahaja (setelah habis haidnya)” (Kitab al-Umm, 1/61).
Menurut kaedah Fiqh yang disimpulkan oleh para ulamak; “Jika berhimpun dua perkara dari jenis yang sama dan tujuan kedua-duanya tidak berbeza (yakni sama), maka salah satu darinya akan masuk ke dalam yang satu lagi pada kebiasaannya”. Menurut Imam as-Suyuti; antara cabang bagi kaedah ini ialah “Jika berhimpun hadas kecil dan janabah, memadai dengan mandi sahaja mengikut pandangan yang menjadi mazhab (Syafiie), sebagaimana jika berhimpun janabah dan haid (memadai dengan sekali mandi sahaja)” (al-Ashbah wa an-Nazair, hlm. 163, kaedah ke 9).
Imam an-Nawawi menjelaskan di dalam kitabnya al-Majmu’; “Menurut mazhab kami (yakni mazhab Syafiie); seorang yang berjunub atau yang kedatangan haid, jika mereka berdua mati, memadai dengan sekali mandi sahaja. Itulah pandangan sekelian ulamak, kecuali Hasan al-Basri sahaja yang berpandangan; wajib dua kali mandi. Berkata Imam Ibnu al-Munzir; tidak ada yang berpandangan begitu melainkan dia seorang sahaja” (al-Majmu’, 5/152, bab Ghuslu al-Mayyit).
Rujukan;
1. Tafsir Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani, Surah al-Baqarah, ayat 222.
2. Tafsir al-Munir, Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili, Surah al-Baqarah, ayat 222.
3. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 5/152, bab Ghuslu al-Mayyit.
4. al-Ashbah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti, hlm. 163, kaedah ke 9.
5. Kitab al-Umm, Imam as-Syafiie, 1/61.
6. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 97098.
Monday, February 28, 2011
TERLELAP ATAU TERTIDUR TENGAH SOLAT
Soalan; Assalamualaikum, Ustaz, apakah hukumnya sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat, terutamanya solat subuh. adakah solat akan terbatal.
Jawapan;
Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur). Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wudhuk) tanpa ada khilaf di kalangan ulamak sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut;
1. Jika tidur itu berlaku semasa sedang duduk iaitu punggung kita berada tetap di atas lantai, tidaklah batal solat.
2. Jika tidur itu berlaku semasa sedang berdiri atau sedang rukuk atau sujud, batallah solat mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Majmuk”; “Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika sedang duduk iaitu punggungnya tetap di atas lantai, tibak batal solatnya tanpa khilaf (di kalangan ulamak mazhab Syafiie). Jika ia tidur bukan ketika duduk (yakni ketika berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf. Mengikut pandangan yang lemah; tidak batal solat dan wudhuknya. Namun mengikut pandangan yang menjadi pegangan mazhab (Syafiie); batal solat dan juga wudhuknya” (al-Majmu', 2/16. Dinaqalkan secara mafhum).
Jika seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya (dengan percakapan yang bukan solat), batallah solatnya. Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya; “Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya” (Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276).
Mengenai perbezaan antara mengantuk (terlelap) dengan tidur, dijelaskan oleh ulamak seperti berikut;
a) Tidur menguasai akal dan deria (yakni akal dan deria tidak berfungsi lagi kerana dikuasai oleh tidur), sedang mengantuk hanya melemahkan akal dan deria sahaja (yakni akal dan deria masih berfungsi, cuma ia lemah sahaja kerana dipengaruhi persaan mengantuk).
b) Berkata al-Qadhi Husain dan Imam al-Mutawallai; tanda tidur ialah hati tidak merasai apa-apa lagi dan sendi-sendi badan akan jatuh/longlai.
c) Menurut ulamak juga; di antara tanda mengantuk ialah kita masih mendengar ucapan orang yang hampir dengan kita sekalipun kita tidak memahami apa yang dikatakanya. Adapun mimpi ia adalah dari tanda tidur (maknanya, jika terlelap hingga sampai bermimpi, itu tandanya kita telah tertidur).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/13 (bab al-Ahdas allati Tanqudhu al-Wudhu’).
2. Al-Mausi’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Naum).
3. Al-Asybah wa an-Nazhair, Imam Ibnu Nujaim, 1/276.

Friday, February 25, 2011
HUKUM LELAKI MEMAKAI SUASA
Soalan; Assalamualaikum ustaz, Bolehkah ustaz berikan penerangan yang jelas mengenai hukum memakai cincin suasa bagi lelaki? Terima kasih
Jawapan;
Mengikut kaedah yang diputuskan ulamak dalam kitab-kitab Fiqh tentang ketulinan emas dan hukumnya, ia berada dalam tiga kategori;
1. Emas bersih; tidak ada khilaf di kalangan ulamak bahawa ia haram dipakai oleh lelaki.
2. Emas campuran; iaitu emas yang dicampur logam lain. Ia terdiri dari dua jenis;
A) Kandungan emas dominan; ia mengambil hukum emas walaupun warnanya berubah dari warna asal emas. Contohnya; emas putih, hukumnya adalah haram lelaki memakainya kerana kandungan emasnya banyak sekalipun warnanya putih. (Baca jawapan tentang emas putih dalam blog ini).
B) Kandungan emas sedikit; iaitu kurang dari 1/3 (34%).[1] Hukumnya hendaklah dilihat;
- Jika kandungan emas tidak dapat dipisahkan lagi dengan apa cara sekalipun (sama ada meleburkannya atau cara lain), harus ia dipakai oleh lelaki kerana tidak lagi dianggap memakai emas.
- Adapun jika kandungan emas masih dapat dipisahkan, haram dipakai oleh lelaki kerana dianggap memakai emas.[2]
Melihat kepada suasa, untuk menentukan hukumnya, perlulah dilihat nisbah emas dalam suasa dan apakah kandungan itu dapat dipisahkan atau tidak? Dalam satu laman web (Nusantara Heritage), ada dinyatakan; suasa adalah hasil campuran tiga logam iaitu tembaga, perak dan emas. Nisbah emas berlegar antara 22% hingga 37.5%, bermakna; suasa terbaik ialah yang campuran emasnya 37.5%, sementara yang terbawah 22%. Jika maklumat ini tepat, maka kita tidak boleh meletakkan satu hukum sahaja bagi suasa dengan merujuk kepada standart tadi. Suasa yang kandungan emasnya 22%, hukumnya harus bagi lelaki. Adapun yang kandunganya 37.5%, hukumnya haram kerana melebihi had minima yang dianggap sedikit iaitu 1/3 (34%).
Kesimpulannya, suasa ada yang harus dipakai lelaki dan ada yang haram melihat kepada nisbah kandungan emas di dalamnya. Apa yang terbaik ialah kita tidak memakainya kerana dibimbangi terpakai suasa yang diharamkan. Selain itu, ulamak yang mengharuskan suasa yang sedikit kandungan emasnya (yakni yang kurang dari 34%) mereka mengharuskannya dengan makruh (yakni walaupun tidak haram, akan tetapi makruh iaitu lebih baik ditinggalkan) kerana syubhah (disebabkan terdapat kandungan emas di dalamnya). Namun jika ingin memakainya juga, hendaklah benar-benar dipastikan kandungan emasnya di bawah kadar yang diharuskan tadi.
Wallahu a'lam.
Nota;
[1] Meminjam pandangan mazhab Maliki yang menetapkan kadar campuran emas 1/3 ke bawah sebagai berada dalam lingkungan sedikit. Menurut ulamak-ulamak mutaakhir mazhab Maliki (dalam masalah percampuran emas dan perak); jika kadar emas melebihi 1/3, haram lelaki memakainya. Jika kadarnya 1/3 ke bawah, tidak haram lelaki memakainya, akan tetapi dimakruhkan. (Lihat; Minah al-Jalil Syarh Mukhtasar Khalil (1/58), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).
[2] Dalam masalah menyadur logam dengan emas, pandangan mazhab-mazhab adalah seperti berikut;
A) Mazhab Hanafi; bekas yang disadur dengan emas dan perak harus digunakan jika kandungan emas itu tidak mungkin dipisahkan lagi dari bekas.
B) Mazhab Syafiie; harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas dan perak jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas. Jika kandungan emas itu banyak iaitu dapat dipisah dari bekas yang disadur itu (melalui peleburan atau sebagainya), haram menggunakannya. Menurut mazhab Syafiie juga; jika bekas emas atau perak disadur dengan logam lain, harus digunakan kerana tidak ada lagi kebanggaan emas padanya.
C) Mazhab Hanbali; bekas yang disadur dengan emas dan perak haram digunakan sama seperti haramnya bekas emas dan perak itu sendiri. Namun jika berubah sifat emas setelah proses saduran iaitu warnanya tidak lagi kelihatan seperti emas, harus digunakan dengan syarat kandungan emas tidak lagi dapat dipisahkan dari bekas yang disadur itu.
D) Mazhab Maliki; Tidak haram menggunakan bekas yang disadur dengan emas kerana ia mengikut hukum bekas, bukan hukum emas.
(al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/119, Aniyah), Mughni al-Muhtaj (1/129, kitab at-Toharah), al-Insaf (1/478, bab Sitr al-'Aurah), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).
Rujukan;
1. al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Aniyah),
2. Mughni al-Muhtaj, Syeikh Khatib as-Syirbini, 1/129.
3. Minah al-Jalil Syarh Mukhtasar Khalil, Syeikh Muhammad bin Ahmad Ulaisyh, 1/58.
4. Al-Inshaf Fi Ma'rifati ar-Rajih Minal-Khilaf, Syeikh Alauddin Ali bin Sulaiman al-Mardawi, 1/478.
5. al-Fatawa al-Hindiyah, 42/200.
6. Islamweb.com (http://www.islamweb.net/ver2/fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=47774).
7. (http://www.infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1763&mode=thread&order=0&thold=0)
8. (http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/2170).
9. (http://www.nusantaraheritage.com.my/logam/suasa.html).

KERJASAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM PEMERINTAHAN
Soalan; assalamualaikum ustaz...sy ingin bertanyer tentang hukum bekerjasama dgn orang kafir dlm pemerintahan dan pentadbiran negara...harap ustz dapat jelaskan serba sedikit...wslm
Jawapan;
1. Berkerjasama dengan orang bukan Islam untuk mencapai perkara yang menjadi maslahah bersama sesama manusia (kesejahteraan hidup duniawi, keadilan, membenteras kezaliman, penyelewengan, rasuah, menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik dan sebagainya) tanpa melanggar mana-mana hukum-hakam Syariat, hukumnya adalah harus. Di dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad diutuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam. "Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam" (al-Anbiyak, ayat 107). Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menegaskan tidak dilarang orang Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang bukan Islam yang baik yang tidak memusuhi kaum muslimin sekalipun pada zahirnya sahaja. "Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil (kepada orang-orang bukan Islam) yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengusir kamu dari tanah air kamu. Allah mengasihi orang-orang yang berlalu adil" (Surah al-Mumtahanah, ayat 8).
2. Dari segi praktik pula, Nabi Muhammad -sallalalhu 'alaihi wasallam- telah mengadakan perjanjian Madinah (Sahifah Madinah/Piagam Madinah) yang membabitkan bukan sahaja golongan-golongan Islam tetapi juga kabilah-kabilah Yahudi di Madinah. Jika berpakat dengan orang bukan Islam haram secara mutlaknya, nescaya Nabi tidak akan mengadakan perjanjian dengan mereka. Adapun ada kabilah Yahudi yang diusir dari Madinah oleh Nabi, itu kerana mereka melanggar perjanjian dengan Nabi dan mengkhianati baginda. Jika mereka terus setia dengan Nabi, nescaya mereka akan terus hidup aman damai di Madinah sebagai Ahlul-Zimmah.
Rasulullah pernah memberitahu para sahabatnya bahawa beliau pernah menyaksikan persepakatan yang dibuat oleh beberapa pemimpin-pemimpin Quraish di Mekah sebelum baginda dilantik menjadi Rasul (iaitu persepakatan yang dipanggil Halful-Fudhul. Ketika itu usia Nabi 25 tahun). Persepakatan itu mereka meterai bersama untuk mempertahankan sesiapa yang dizalimi di Mekah atau dirampas haknya. Nabi berkata; "Jika aku diajak untuk turut sama menyertai persepakatan serupa, nescaya aku akan menyertainya. Ia lebih aku suka dari unta merah" (al-Ahkam al-Sultaniyah, Imam al-Mawardi). Perhatikan, bagaimana Rasulullah berhasrat menyertai persepakatan yang baginda sendiri tahu bahawa mereka yang terlibat semuanya bukan Islam. Namun oleh kerana isi persepakatan itu sama dengan apa yang dituntut oleh Islam iaitulah keadilan untuk manusia, maka baginda menyokongnya.
2. Kerjasama yang diharamkan ialah yang merugikan Islam dan kaum muslimin, antaranya untuk menegakkan mana-mana sistem pemerintahan yang bercanggah dengan Syariah Islam (sekular, sosialis, komunis dan sebagainya), membantu orang kafir untuk memerangi kaum muslimin (sebagaimana pemimpin-pemimpin Arab bersekongkol dengan Amerika untuk menyerang Iraq), menolak Syariat Allah atau mengambil pendekatan yang bercanggah dengan Syariat, menafikan hak kaum muslimin kerana lebih mengutamakan persepakatan dengan orang bukan Islam dan sebagainya lagi yang merugikan Islam dan umat Islam. Dalam apa keadaan sekalipun, seorang muslim wajib mengutamakan Islam dan umat Islam. Jika suatu persepakatan boleh merugikan Islam dan umat Islam, haram orang Islam menyertai persepakatan sebegitu. Di dalam al-Quran Allah melarang orang beriman berteman rapat dengan orang-orang kafir dengan menyisihkan orang-orang beriman. Begitu juga, Allah melarang mengambil orang-orang yang memusuhi Islam dan umat Islam sebagai teman dan kawan.
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Surah Ali Imran, ayat 28).
"Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (al-Mumtahanah, ayat 9).
3. Dari segi pemerintahan negara, Ketua Negara (Khalifah/Sultan/Presiden) wajib dari kalangan orang Islam kerana kewajipan Ketua Negara di dalam Islam bukan sahaja mentadbir negara, tetapi juga menegakkan agama. Imam al-Mawardi (salah seorang tokoh ulamak silam dalam bidang politik Islam) tatkala mendefinisikan Khilafah (iaitu jawatan tertinggi dalam pemerintahan Islam), beliau menjelaskan; "Khilafah ialah pengganti kepada Rasulullah untuk melaksanakan tugas menegakkan agama dan mentadbir negara" (al-Ahkam as-Sultaniyah). Seorang bukan Islam sudah tentu tidak akan melaksanakan tugas menegakkan agama sekalipun ia mungkin mampu mentadbir negara dengan baik.
Selain itu, Allah berfirman (bermaksud); "Milik Allah lah kemuliaan, juga milik RasulNya serta kaum muslimin". Jika Ketua Negara bukan berada di tangan orang Islam, pasti kemuliaan yang disebut Allah dalam ayat ini tidak akan berlaku. Kerana itu wajib kaum muslimin memperjuangkan kepimpinan Islam atau mempertahankannya sebagaimana mereka wajib memperjuang dan mempertahan kedaulatan Syariah dalam perlembagaan dan undang-undang.
4. Adapun menteri (wazir), para ulamak membahagikannua kepada dua kategori;
A) Wazir at-Tafwidh; iaitu menteri yang diserah mandat oleh Ketua Negara untuk membentuk kerajaan (termasuk melantik menteri-menteri dan penjawat jawatan-jawatan penting negara/negeri seperti ketua Hakim, Ketua Tentera dan sebagainya) dan mentadbir urusan negara berdasarkan ijtihad dan pertimbangannya. Pada zaman hari ini, yang masuk dalam kategori ini ialah Perdana Menteri, Menteri Besar atau seumpama mereka. Menteri dalam kategori ini wajib dari orang Islam dengan sepakat para ulamak. Tidak harus dilantik dari kalangan orang bukan Islam.
B) Wazir at-Tanfidz; iaitu menteri-menteri pelaksana. Mereka adalah pelaksana dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Ketua Negara atau Majlis Syura (Ahlul-Halli Wal-'Aqdi) dan tertakluk dengan arahan Perdana Menteri (atau orang yang memegang Wazir at-Tafwidh tadi). Menteri-menteri dalam kategori ini -menurut ulamak- harus dilantik dari kalangan orang bukan Islam mengikut kesesuaian jawatan dengan mereka.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. An-Nidzam as-Siyasi Fil-Islam, Dr. Abdul-Aziz 'Izzat al-Khayyat, hlm. 221.
2. Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, Dr. Yusuf al-Qardhawi, hlm. 23.

Monday, February 21, 2011
MENCUIT IMAM
Soalan; Assalamualaikum. Ustaz, di sini saya ada beberapa soalan.
1- Bolehkah ustaz berikan dalil (sama ada dari Al-Quran, sunnah atau pendapat ulama) ttg amalan mencuit orang yang sedang solat setelah duduk dibelakangnya untuk solat, dengan niat supaya dia berniat menjadi imam sebagaimana yang diamalkan dlm masyarakat kita. Adakah boleh dilakukan amalan tersebut, jika boleh adakah amalan mencuit itu dilakukan sebelum atau selepas mengangkat takbir? Sekian.
Jawapan;
Merujuk kepada hadis-hadis, tidaklah ditemui amalan mencuit itu. Hadis-hadis yang menceritakan para sahabat yang datang bersolat di belakang Nabi ketika baginda solat bersendirian tidaklah pula menceritakan mereka mencuit Nabi -atau melakukan sebarang isyarat yang lain- untuk memberitahu Nabi bahawa mereka turut solat di belakangnya. Di dalam Soheh Imam al-Bukhari, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Aku bermalam di rumah ibu saudaraku (iaitu Maimunah, salah seorang isteri Nabi). Apabila tiba tengah malam, Nabi bangun mengerjakan solat malam. Aku turut bangun mengerjakan solat bersama beliau. Aku berdiri di sebelah kirinya, namun beliau memegang kepalaku dan mengalihkanku ke sebelah kanannya” (Soheh al-Bukhari, juz 1, kitab al-Jamaah wa al-Imamah, bab Iza Lam Yanwi al-Imam an Ya-ummu tsumma ja-a al-qaumu).
Di dalam hadis di atas, Nabi mulanya solat bersendirian, kemudian datang Ibnu ‘Abbas menjadi makmum di belakangnya. Imam al-Bukhari yang merekod hadis ini dalam sohehnya memberi tajuk kepada hadis ini “Bab apabila imam tidak berniat menjadi imam, kemudian datang orang mengerjakan solat di belakangnya”. Kita perhatikan Ibnu ‘Abbas ketika hendak menjadi makmum kepada Nabi itu, beliau tidaklah memberi sebarang isyarat kepada Nabi. Selain itu, tidak ada hadis yang menegaskan bahawa Nabi memerintah berbuat demikian.
Timbul persoalan; adalah harus seorang yang asalnya solat bersendirian berubah menjadi imam? Kemudian, adakah ia wajib mengubah niatnya? Adakah sah solat berjamaah makmum jika imam yang diikutinya tidak berniat menjadi imam (sama ada dengan sengaja atau kerana tidak mengetahui ada orang solat di belakangnya)? Persoalan-persoalan di atas sebenarnya kembali kepada satu persoalan sahaja; adakah menjadi syarat untuk sahnya solat berjamaah imam mesti berniat menjadi imam? Para ulamak berbeza pandangan dalam menjawab persoalan ini;
1) Jumhur ulamak (termasuk Imam Malik, Imam as-Syafiie, Imam Abu Hanifah) berpandangan; Tidak disyaratkan imam berniat menjadi imam untuk sahnya solat berjamaah. Dalam ungkapan lain; solat jamaah tetap sah sekalipun orang yang menjadi imam tidak berniat menjadi imam. Yang disyaratkan ialah orang yang menjadi makmum ia wajib berniat mengikut imam, jika tidak batallah solatnya.[2]
2) Imam Ahmad dalam satu pandangannya; wajib imam berniat menjadi imam. Jika tidak, tidak terhasillah solat jamaah. Dalam pandangan yang lain (yakni riwayat yang lain darinya), beliau membezakan antara solat fardhu dan solat sunat; dalam solat fardhu wajib imam berniat menjadi imam. Adapun dalam solat sunat, tidak wajib.
Jadi berdasarkan pandangan jumhur ulamak, tidak menjadi halangan untuk seorang yang asalnya solat bersendirian untuk berubah menjadi imam kerana tidaklah disyaratkan untuk sahnya solat berjamaah orang yang menjadi imam ia mesti berniat menjadi imam. Apabila kita solat di belakang seseorang dengan berniat menjadi makmum kepadanya, solat kita adalah sah dan kita akan mendapat pahala solat berjamaah sekalipun imam kita itu tidak berniat menjadi imam. Namun menurut mazhab Imam Ahmad; perkara tersebut tidak harus (yakni tidak harus orang yang solat sendirian berubah menjadi imam) kerana menurut pandangan mereka; imam wajib berniat menjadi imam (dari awal solat hingga ke akhirnya). Oleh kerana ia mula solat tanpa niat menjadi imam, tidak haruslah kita mengerjakan solat berimamkannya.
Walau bagaimana pun, menurut mazhab Syafiie; Sekalipun imam tidak wajib berniat menjadi imam, disunatkan ia meniatkannya agar ia turut mendapat pahala solat berjamaah. Tanpa berniat menjadi imam, ia tidak akan mendapat pahala solat berjamaah sekalipun makmum di belakangnya memperolehinya.[2] Berdasarkan factor inilah timbul keperluan untuk mencuit imam –atau melakukan sebarang isyarat yang lain- untuk memberitahunya bahawa ada orang ingin solat dibelakagnya agar ia berniat menjadi imam (dan turut mendapat pahala jamaah). Menurut fatwa dalam laman as-Syababah al-Islamiah (islamweb.com); harus memberi memberi isyarat kepada imam itu sebelum kita masuk solat (yakni sebelum takbiratul-ihram) atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah memberi isyarat sebelum masuk solat lagi agar imam dapat berniat menjadi imam lebih awal dan lebih panjang pahala jamaah yang diperolehinya.[3](Fatwa nombor 72240).
Wallahu a’lam.
Nota;
[1] Walau bagaimanapun, Imam Abu Hanifah membezakan antara makmum lelaki dan makmum wanita; jika imam lelaki dan makmum juga lelaki, tidak disyaratkan imam berniat menjadi imam. Namun jika makmum di belakang adalah wanita, wajiblah imam berniat menjadi imam.
[2] Sebenarnya terdapat tiga pandangan dalam mazhab Syafiie dalam masalah; Adakah imam akan mendapat pahala solat jamaah jika ia tidak berniat menjadi imam?;
a) Pandangan pertama; ia tidak mendapatnya kerana ia tidak meniatkannya. Pandangan ini adalah paling kuat (asah) dan paling masyhur dalam mazhab Syafiie.
b) Pandangan kedua; ia turut mendapatnya kerana pahala jamaah itu diperolehi oleh makmumnya, maka akan turut diperolehi olehnya kerana ia adalah imam mereka.
c) Pandangan ketiga iaitu dari al-Qadhi Husain (salah seorang ulamak besar mazhab Syafiie); hendaklah dibezakan antara dua keadaan;
i) Jika ia mengetahui kehadiran makmum di belakangnya, namun ia tidak berniat menjadi imam, ia tidak mendapat pahala jamaah.
ii) Jika ia tidak mengetahui kehadiran mereka seperti seorang yang solat sendirian, kemudian datang sekumpulan orang menjadi makmum di belakangnya (tanpa ia mengetahuinya, menyebabkan ia tidak berniat menjadi imam), bagi keadaan kedua ini ia akan turut mendapat pahala jamaah sekalipun tidak meniatkannya kerana terhasilnya solat berjamaah bagi makmum di belakangnya adalah dengan sebabnya.
(Rujuk; al-Majmu’ (Imam an-Nawawi), 4/201 (Bab Solat a-Jama’ah) dan Raudhatu at-Thalibin (Imam an-Nawawi),
[3]Menurut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; imam akan mendapat pahala jamaah bermula dari saat ia berniat menjadi imam. Jadi, solatnya sebelum ia berniat menjadi imam tidak akan mendapat pahala jamaah. (lihat; Mughni al-Muhtaj, 3/285).
Rujukan;
1. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, juzuk 2 (hlm. 41), kitab al-Jamaah wa al-Imamah, bab Iza Lam Yanwi al-Imam an Ya-ummu tsumma ja-a al-qaumu.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, juzuk 5 (hlm. 108), kitab as-Solah.
3. Al-Hawi Fi Fiqh as-Syafi’ie, Imam al-Mawardi, juzuk 2 (hlm. 349), kitab as-Solah, bab Mauqif Solati al-Makmumi ma’a al-Imami.
4. Raudhatu at-Thalibin, Imam an-Nawawi, juzuk 1 (hlm. 471), fasl Fi Syurut al-Iqtida’ wa Adaabuhu.
5. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syirbini, juzuk 3 (hlm. 285), fasl Syart al-Qudwah.
6. Fatwa di laman (islamweb.com), no. 72240, 59327, 22773, 5287, 35075
7. Multaqa Ahlul-Hadith (http://www.ahlalhdeeth.com/vb/archive/index.php/t-5870.html).

KELUAR DARAH KETIKA MENGANDUNG
Soalan; saya mengandung tetapi sejak akhir2 ini saya keluar darah . adakah sah saya menunaikan solat?
Jawapan;
Permasalahan di atas berkait dengan masalah; apakah wanita yang mengandung ada kemungkinan didatangi haid atau tidak? Berlaku khilaf di kalangan ulamak;
1. Jumhur (kebanyakan) ulamak berpandangan; perempuan mengandung tidak boleh didatangi haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengandung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah istihadhah. Oleh itu, ia hendaklah mengerjakan solat sebagaimana biasa.
2. Namun menurut mazhab Syafi’ie (dan juga Maliki); perempuan mengandungi boleh didatangi haid dengan syarat darah yang datang itu menepati hari-hari kebiasaan haidnya dan terdapat tanda darah haid padanya. Jika datangnya bukan pada hari-hari kebiasaan haid dan tidak nampak tanda-tanda darah haid padanya, maka ia bukan haid, akan tetapi darah istihadhah (atau fasad). Berdasarkan pandangan kedua ini, jika seorang wanita yang sedang mengandung melihat darah keluar dari farajnya dan darah itu ada tanda-tanda haid (seperti warnanya hitam atau merah kehitaman sebagaiman warna darah haid dan tempoh keluarnya tidak kurang 24 jam) dan hari keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haid (sebelum ia hamil), wajiblah ia berhenti dari mengerjakan solat kerana darah yang keluar itu dikira darah haid.
Pandangan yang menepati ilmu kedoktoran hari ini ialah pandangan yang pertama. Kerana itu ia ditarjih oleh ramai ulamak-ulamak semasa hari ini antaranya Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh at-Toharah. Berdasarkan tarjih ini, darah yang keluar dari puan bukanlah darah haid dan puan hendaklah menunaika solat sebagaimana biasa. Mengenai cara bersuci, hendaklah dilihat;
1. Jika darah itu keluar tidak berterusan (yakni pada ketika-ketika tertentu sahaja), puan hendaklah menunggu ketika darah berhenti, kemudian bersuci dengan membersihkan faraj terlebih dahulu, kemudian mengambil wudhuk dan menunaikan solat.
2. Jika darah keluar berterusan, puan hendaklah melaksanakan kaedah bersuci sebagaimana berikut;
a) Hendaklah puan menunggu waktu solat masuk terlebih dahulu.
b) Mulai dengan membasuh faraj dengan sempurna
c) Setelah itu hendaklah puan membalut faraj dengan kain, tuala wanita atau sebagainya (untuk membendung darah dari mengalir keluar ketika solat).
d) Kemudian hendaklah puan segera mengambil wudhuk.
e) Ketika mengambil wudhuk hendaklah puan berniat bersuci untuk membolehkan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang disyaratkan wudhuk. Contohnya; meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk puan berniat untuk mengangkat hadas kerana hadas puan tidak akan terangkat selama darah terus mengalir keluar dari faraj kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.
f) Setelah selesai wudhuk hendaklah puan segera menunaikan solat, tanpa menangguh lagi.
g) Jika semasa solat itu darah masih keluar, tidak perlulah puan berhenti dari solat, sebaliknya teruskan solat kerana ia dimaafkan disebabkan keuzuran yang puan alami.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/347 dan 2/385.
2. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
3. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil bin Yusuf al-‘Azzazi, 1/133.

Sunday, February 20, 2011
NAZAR ENGGAN BERKAHWIN SELAGI TIDAK KHATAM QURAN
Soalan;nsaya ingin bertanyakan soalan kepada ustaz...soalannya: kawan saya dah bernazar bahawa selagi die tidak khatam Al-Quran die tidak akan berkahwin...masalahnya die tidak habis lagi khatam Al-Quran dan ingin berkahwin dalam masa terdekat ini.....apakah hukumnya.....boleh jelaskan...
Jawapan;
Nazar kawan saudara itu adalah tergolong dalam nazar al-Mubah iaitu nazar dalam perkara yang harus iaitu tidak berkahwin. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie); nazar dalam perkara yang harus tidak dituntut melaksanakannya dan tidak dikenakan sebarang denda/kaffarah. Nazar yang sah -menurut jumhur ulamak- dan dituntut oleh Syarak agar ditunaikan ialah nazar untuk melakukan suatu ketaatan seperti nazar untuk berpuasa sunat, solat sunat dan sebagainya.
Namun mazhab Hanbali berpandangan berbeza dengan pandangan jumhur di mana menurutnya; seorang yang bernazar dalam perkara yang harus, ia hendaklah memilih antara dua iaitu sama ada mengotakan nazarnya atau membayar kaffarah sumpah (dengan melanggar nazarnya itu). Dalam kes di atas, jika merujuk kepada pandangan kedua ini; kawan saudara boleh memilih antara menunaikan nazarnya (iaitu tidak berkahwin selagi belum khatam al-Quran) atau melanggarnya dengan membayar kaffarah sumpah. Kaffarah sumpah ialah dengan memilih salah satu dari tiga perkara;
a) Memberi makan sepuluh orang miskin, atau;
b) Memberi pakaian untuk mereka, atau;
c) Membebaskan seorang hamba.
Jika tidak berupaya melakukan satupun darinya, hendaklah berpuasa tiga hari. Tidak boleh berpindah kepada puasa melainkan jika tidak mampu memilih salah satu dari tiga di atas. (Sila rujuk surah al-Maidah, ayat 89).
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Kitab al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-arba'ah, 2/128.
2. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Az-Zuhaili, 1/510.
3. Fatwa (islamweb.com), no. 59368.

Subscribe to:
Posts (Atom)