Saturday, December 21, 2013

Mana Satu Yg Perlu Diikut

Soalan

Adakah sah ibadat org yg mengikut pandangan imam maliki kerana tak sertu apabila pegang anjing dlm keadaan basah?sedangkan imam syafie mngtakan perlu sertu..mana yg benar dalam kedua2 mazhab ini?atau slh 1 nya sahaja yg betul dlm pndangan ini..?atau kedua2 nya betul?

Jawapan

Kedua-duanya adalah pandangan mazhab masing-masing berdasarkan hujah-hujah tertentu.  Oleh itu tiada yang betul dan tiada pula yang salah, tetapi bagi kita yang bermazbah syafie maka pandangan mazhab syafielah yang perlu diikuti.

Apa Yg Dimaksudkn Dg Hadis Qudsi

Soalan

Apa yg dimaksudkan hadis qudsi

Jawapan

Waalaikumusalam,
Maksud hadis ialah perkataan @ perbuatan @ persetujuan seseorang manakala Qudsi ialah suci,yang biasa dinisbahkan @ distilahkan kepada rabNya/Allah.
Ini bermakna ialah hadis wudsi itu ialah hadis yang diriyawatkan oleh nabi Muhammad saw daripada Allah/rabNya.Wallahu a'lam.

Status Perkahwinan Orang Bukan Islam Yang Masuk Islam Adakah Perlu Nikah Semula

Soalan

Adakah suami isteri yang bukan islam masuk islam keduanya perlu nikah semula mengikut cara islam.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Suami isteri yang memeluk ugama islam,mengikut ulamak mereka tidak perlu  mengulangi nikah yang baharu.Malah pernikahan yang terdahulu diiktiraf oleh islam,ini kerana kedua-dua telah masuk islam bersama  pasangan yang sama.Wallahu a'lam.

Mandi & Jenis Air

Soalan

assalamualaikum..jika boleh jawapan berdasarkan mazhab imam syafie :

adkh mndi wajib sah atau air dapt menglir jika pada celah kuku atau kulit brdekatn dgn kuku trdpt bahan mskkan sprt maskkan yg mngunakn serbuk kunyit kerna apabila kita pegng ia akn melekt pada kuku/celah kuku wlapun kite sudh potong kuku msih trdpt kesn kunyit yg kekuningan dan agk sukr untk dihilngkn dan mmrlukn mse untk hilang. .dptkh air mengalir pd kulit ? sah tidak mandi wajib sy?

Jawapan

Waalaikmusalam,
Berdasarkan rukun mandi wajib ada tiga iaitu
1.Niat mandi wajib tempatnya ialah dalam hati
2.Membersihkan segala najis dan kekotoran
3..Meratakan air mandian keseluruh tubuh badan.
Berbalik    kepada soalan yang dikemukakan,jika kunyit tersebut tidak menghalang air daripada sampai kepada kulit dan kuku maka sahlah mandi wajib yang anda kerjakan.Wallahu a'lam.

Hak Penjagaan Ibu

Soalan

salam..adakah hilang hak penjagaan seorang ibu terhadap anaknya jika dia bernikah lain dgn lelaki yang bukan mahram kepada anaknya? Dan bagaimana jika terdapat unsur-unsur pengabaiyan terhadap kanak-kanak tersebut?

Jawapan

Waalaikumussalam.  Tidak hilang hak penjagaan ibu terhadap anaknya jika ia berkahwin lain kecuali berlaku penganiayaan terhadap anak tersebut serta atas kebenaran Mahkamah Syariah.  Sekira pun wujud pengabaian terhadap anak tersebut maka hak ibu juga tetap diutamakan kecuali ibu dengan sukarela menyerahkan anak tersebut kepada bekas suaminya atas kepentingan masa depan anak tersebut dan anak tersebut boleh membuat pilihan jika ia meningkat akil baligh.

Assalamu'alaikom..apakah Hukumnye Bila Solat Didpn Pintu Bilik.sedangkan Dibelakang Pintu Ada Org Tido.tk

Soalan

Sah atau tidak solat saya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat   anda sah dengan syarat  anda telah buat sutrah/sempadan/batas/had antara kawasan solat anda dengan orang yang tidur  di belakang pintu.
apa yang penting sebaik-baiknya perlu dielakkan untuk menghindari daripada kurang kyusuk/tidak fokus.Wallahu a'lam.

Applikasi Google

Soalan

assalamualaikum. adakah applikasi islam di google play boleh dipercayai dan tiada unsur memutarbelit agama. saya risau untuk mendownlod kerana sya kurang pengetahuan tntng agama. adakah senarai applikasi islam yang tidak betul. d minta pihak jakim dpt mengkaji perkara ini. sekian terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Cadangan anda akan pihak kami panjangkan kepada Suruhanjaya komunikasi Dan Multimedia Malaysia.Ini kerana badan ini yang bertanggungjawab tentang perkara ini.Walau bagaimanapun panel yakin majoriti yang di paparkan dalam engine google in boleh dimanfaatkan oleh pengguna islam .Wallahua'lam.