Friday, November 8, 2013

Air Kencing Kena Dkt Baju

Soalan

soalan:

1.baju sy terkena air kencing lpstu kering n baju tu pula kena dkt seluar sy. adakah seluar sy bernajis?

Jawapan

Tidak bernajis seluar tersebut

Mandi Wajib Simple Jee

Soalan

soalan:

1.saya nk mandi wajib, sy tros buka air pancut (shower) n tros niat dlm hati tkde bismillah.tkde lafaz niat bahasa arab tu. sah ke mandi wajib?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sesuatu mandi wajib itu dikira sah sekiranya anda laksanakan 3 rukun mandi wajib seperti berikut:
1.Niat angkat hadas brsar/mandi wajib -tempat niat itu adalah dalam hati
2.Membersihkan segala najis dan kekotoran di seluruh tubuh badan
3.Meratakan air mandian wajib keseluruh tuibuh badan.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,ketika air shower mengenai kepala anda maka pada ketika itu anda berniat dalam hati iaitu:Sengaja aku angkat hadas besar kerana Allah Taala, maka sahlah mandi wajib anda tetapi dengan syarat anda kena sempurnakan ketiga-tiga rukun tersebut.Mandi wajib anda sah walaupun tidak baca Bismillah dan juga tidak menggunakan bahasa arab,ini kerana Allah faham apa jua bahasa yang anda gunakan untuk berniat.Wallahu a'lam.

Persoalan Tentang Najis

Soalan

Assalamualaikum.......adakah peluh yang keluar dari badan kita najis??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Peluh tidak dikira najis  malah sesuatu bahan perkumuhan yang dimaafkan oleh syarak.Jika anda menunaikan solat dalam keadaan berpeluh  sekalipun ia tetap sah.Cuma bau yang kurang enak kadangkala mengganggu para jemaah yang sedang solat.
Justeru sebelum memulakan solat, panel nasihatkan  agar anda  eluk bersihkan peluh.Ini bagi menghindarkan bau badan yang terlalu kuat sehingga mengganggu kosentrasi /tumpuan jemaah terhadap solat yang sedang dilaksanakan.Wallahu a'lam

Status Darah Selepas Mengalami Keguguran

Soalan

salam.saya ingin bertanya tentang status darah selepas keguguran.saya ada terjumpa TERLAMPAU banyak sumber mengatakan darah tersebut adalah nifas jika cukup sifat dan dikira darah istihadhah jika tidak sempurna atau kurang dari tempoh tertentu.ada juga sumber mengatakan darah tersebut dikira darah haid.saya keliru, darah haid atau istihadhah? kerana kedua-dua status darah mempunyai kewajipan berlainan.mohon pencerahan,terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam mazhab Syafie jika dia melahirkan bayi yang telah mati atau keluar seketul daging, sama ada berbentuk manusia atau tidak dan para bidan mengatakan itu adalah daging manusia, maka sabitlah hukum nifas terhadapnya.

Akikah Untuk Dua Orang Tetapi Menyembelih Seekor Kambing Sahaja

Soalan

Assalamualaikum..
Saya ada satu pertanyaan berkenaan akikah. Saya baru melahirkan anak lelaki dan adik saya dapat anak perempuan. Adakah boleh akikah dilakukan jika kedua-dua anak ini di akikahkan mereke dengan seekor kambing sahaja kerana kurang berkemampuan?
TQ

Jawapan

Waalaikumusalam
Hukum membuat akikah itu adalah sunat muakkad, bagi  kedua ibubapa  yang mampu  dari segi kewangan.Afdal hukumnya bagi bayi  lelaki disembelih dua ekor kambing dan bagi bayi perempuan hanya seekor sahaja.
Perlaksanaanya  akikah  hendaklah dibuat pada hari ketujuh,jika tiada kesempatan boleh dibuat pada hari ke14,hari ke21,hari yang ke28 sehinggalah kering  darah nifas ibu,malah para ulamak fekah telah memanjang tempoh sehingga anak tersebut bercerai susu (2 tahun).
Sekiranya ibubapa masih tidak mampu buat akikah ia dibolehkan sehingga anak itu sampai umur baligh,jika masih belum mampu juga maka ketika  tuntutan kepada kedua ibubapa. Selepas itu tuntutan untuk buat akikah terserah kepada anaknya sendiri setelah ia bekerja dan mendapat pendapatan sendiri.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,sekiranya ibubapa tidak mampu,ia sesekali tidak dituntut  untuk laksanakan akikah,malah tidak sah untuk kongsi seekor kambing untuk dua orang bayi/kanak.Wallahu a'lam

Hukum Menonton Pelakon Bercium Dalam Filem

Soalan

Salam, apakah hukum kita orang Islam tonton pelakon bukan Islam bercium-ciuman dan buat seks dalam filem? Adakah ini termasuk dalam penyalahgunaan pandangan mata kita sebagai Muslim?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Seseorang yang memiliki akhlak yang tinggi   dan mulia sentiasa menjauhkan perkara yang syubhat dan haram.Melihat aurat seseorang yang asing sama ada secara terus atau filem itu hukumnya tetap haram.Apatah lagi jika melihat aksi yang memberahi serta membangkitkan syahwat.
Justeru pada pandangan panel ,menjauhkan daripada melihat aksi tersebut (bercium dan melakukan aksi seks)  itu merupakan keputusan yang terbaik demi untuk menjaga pancaindera anda.Dalam ilmu tasauf ,perkara melihat ini dikategorikan sebagai zina mata.Wallahu a'lam.

Mewarna Rambut Haram Atau Halal ?

Soalan

Assalamualaikum , apakah hukum mewarna rambut . Saya terbaca dalam internet bahawa perbuatan mewarnakan rambut tidak haram . betul atau tidak ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum mewarnakan rambut itu adalah harus, dengan syarat bahan yang digunakan terdiri daripada yang dihalalkan oleh syarak. Di samping itu pewarna rambut tersebut tidak najis dan sifat pewarna itu tidak  sesekali menghalang daripada air wuduk atau mandi wajib dariada sampai kepada anggota tubuh badan.
Orang islam dibolehkan mewarakan rambut selain daripada warna hitam. contohnya perang,cokelat,kuning dan seumpamanya.Wallahu a'lam.