Sunday, October 27, 2013

Membakar Al Quran Yang Tidak Diguna Oleh Sesiapa

Soalan

Assalamualaikum, Ustaz . Apakah Hukum Membakar Al Quran Yang Tidak Lagi Dipakai Atau Dibaca ?? =)

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak berpandangan terdapat  bebarapa cara untuk hapus al-Quran lama,
Pertama, Mushaf /Quran  itu dikubur dalam tanah.
Perkara ini berdasarkan  keterangan madzhab hanafi dan hambali.
Al-Hasfaki, ulama madzhab hanafi mengatakan,
الْمُصْحَفُ إذَا صَارَ بِحَالٍ لَا يُقْرَأُ فِيهِ : يُدْفَنُ ؛ كَالْمُسْلِمِ
Mushaf yang tidak lagi boleh  terbaca, dikubur, sebagaimana seorang muslim.” (ad-Dur al-Mukhtar, 1:191).
Ulama lain yang memberikan catatan kaki untuk ad-Dur al-Mukhtar mengatakan,
أي يجعل في خرقة طاهرة ، ويدفن في محل غير ممتهن ، لا يوطأ
Maksudnya, lembaran mushaf itu diletakkan pada kain yang suci, kemudian dikubur di tempat yang tidak dihinakan (seperti tempat sampah), dan tidak boleh dipijak.
Al-Bahuti mengatakan,
“Jika ada mushaf Alquran yang sudah usang maka dia dikubur, berdasarkan ketegasan dari Imam Ahmad. Imam Ahmad menyebutkan bahwa Abul Jauza mushafnya telah usang. Kemudian beliau menggali di tanah masjidnya lalu menanamnya dalam tanah.” (Kasyaf al-Qana’, 1:137)
Hal ini pula yang difatwakan Syaikhul Islam,
وأما المصحف العتيق والذي تَخرَّق وصار بحيث لا ينتفع به بالقراءة فيه ، فإنه يدفن في مكان يُصان فيه ، كما أن كرامة بدن المؤمن دفنه في موضع يصان فيه
Mushaf yang sudah lama atau rusak sehingga tidak boleh dibaca, lalu  kubur di tempat yang terlindungi. Sebagaimana kehormatan jasad seorang mukmin, dia harus dikubur di tempat yang terlindungi (bukan tempat kotor dan tidak boleh diinjak) (Majmu’ Fatawa, 12:599).
Kedua, mushaf yang rusak itu dibakar.
Ini merupakan pendapat Malikiyah dan Syafiiyah. Tindakan ini meniru yang dilakukan oleh Khalifah Utsman radhiyallahu ‘anhu, setelah beliau menerbitkan mushaf induk ‘Al-Imam’, beliau memerintahkan untuk membakar semua catatan mushaf yang dimiliki semua sahabat. Semua ini dilakukan Utsman untuk menghindari perpecahan di kalangan umat islam yang tidak memahami perbedaan cara bacaan Alquran.
Salah satu saksi sejarah, Mus’ab bin Sa’d mengatakan,
أدركت الناس متوافرين حين حرق عثمان المصاحف ، فأعجبهم ذلك ، لم ينكر ذلك منهم أحد
Ketika Utsman membakar mushaf, saya menjumpai banyak sahabat dan sikap Utsman membuat mereka heran. Namun tidak ada seorangpun yang mengingkarinya (HR. Abu Bakr bin Abi Daud, dalam al-Mashahif, hlm. 41).
Di antara tujuan membakar Alquran yang sudah usang adalah untuk mengamankan firman Allah dan nama Dzat Yang Maha Agung dari sikap yang tidak selayaknya dilakukan, seperti dipijak, dibuang di tempat sampah atau yang lainnya.
وفى أمر عثمان بتحريق الصحف والمصاحف حين جمع القرآن جواز تحريق الكتب التي فيها أسماء الله تعالى ، وأن ذلك إكرام لها ، وصيانة من الوطء بالأقدام ، وطرحها في ضياع من الأرض
Perintah Utsman untuk membakar kertas mushaf ketika beliau mengumpulkan Alquran, menunjukkan bolehnya membakar kitab yang disitu tertulis nama-nama Allah ta’ala. Dan itu sebagai bentuk memuliakan nama Allah dan menjaganya agar tidak terpijak oleh  kaki atau terbuang sia-sia di tanah (Syarh Shahih Bukhari, 10:226)
Yang tidak boleh dilakukan
As-Suyuti menjelaskan beberapa hal yang tidak boleh dilakukan,
إذا احتيج إلى تعطيل بعض أوراق المصحف لبلى ونحوه ، فلا يجوز وضعها في شق أو غيره ؛ لأنه قد يسقط ويوطأ ، ولا يجوز تمزيقها لما فيه من تقطيع الحروف وتفرقة الكلم ، وفي ذلك إزراء بالمكتوب … وإن أحرقها بالنار فلا بأس ، أحرق عثمان مصاحف كان فيها آيات وقراءات منسوخة ولم ينكر عليه

Beliau menyarankan supaya al-Quran dikubur atau dibakar, keduanya memiliki alasan yang kuat. Yang lebih tepat adalah memilih cara yang paling efektif, yang paling cepat menghilangkan hurufnya dan dapat menghormati kemuliaannya.
Ibnu Utsaimin mengatakan,
التمزيق لابد أن يأتي على جميع الكلمات والحروف ، وهذه صعبة إلا أن توجد آلة تمزق تمزيقاً دقيقاً جداً بحيث لا تبقى صورة الحرف..
Menghancurkan mushaf harus sampai lembut, sehingga hancur semua kata dan huruf. Dan ini sukar, kecuali jika ada alat untuk menghancurkan yang lembut, sehingga tidak ada lagi tulisan hurup yang tertinggal(Fatawa Nur ala ad-Darbi, 2:384)
Wallahu a'lam.

Memberi Hadiah Kepada Ajnabi

Soalan

Assalamualaikum ahli panel.. Apakah hukumnya seorang perempuan memberi hadiah contohnya Al-Qur'an kepada seorang ajnabi tanpa pengetahuannya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukumnya harus atau dibolehkan selagi mana tidak berlaku fitnah,jika berlaku fitnah ekoran daripada pmberian hadiah tersebuat adalah lebih baik tidak dilakukan demi   untuk  menjaga maruah dan akhlak anda sebagai seorang muslimah.Wallahu a'lam.

Hukum Sumber Pendapatan Penyanyi Dan Pemuzik

Soalan

apakah hukum sekiranya sumber pendapatan hasil daripada menyanyi dan bermain muzik
adakah terdapat khilaf dalam isu ini

Jawapan

Muzik adalah diharuskan dalam Islam kerana ia sebahagian daripada seni dalam Islam.  Cuma yang menjadi persoalan disini ialah penyalahgunaan muzik yang menjurus kepada kelalaian dan kemaksiatan.  Begitu juga dengan sumber hasil pendapatan ia bergantung kepada jenis muzik yang dipersembahkan dan kesan terhadap reka cipta tersebut.  Sebagai contoh jika muzik yang dilakukan itu boleh membawa  kepada kemaksiatan/kejahatan dan saumpamanya maka ia tidak dibenarkan dan begitulah sebaliknya.

Niat Membatalkan Puasa

Soalan

Adakah niat puasa terbatal jika terlintas dihati 'x nak puasa' walaupun pada zahirnya kita memang ingin berpuasa? Hal ini menyebabkan saya terpaksa berniat berulang kali.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa anda tidak batal kecuali anda sertai dengan perbuatan yang boleh membatalkan puasa iaitu
1.Makan dan minum dengan sengaja
2..Pitam sepanjang hari ketika puasa
3.Melakukan persetubuhan atau jimak
4.Memasukkan air ke dalam rongga telinga dengan sengaja
5.Menghisap rokok dengan sengaja
6.Mengeluarkan air mani melalui kaedah melancap @ onani

Menjadi Makmum Kepada Seseorang Yang Bersembahyang Sunat

Soalan

Apakah hukum jika secara tidak diketahui kita menjadi makmum untuk solat fardu kepada seseorang yang sedang mendirikan solat sunat. Adakah perlu kita mengulangi semula sembahyang fardu tersebut.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat fardu anda tetap sah walaupun anda  mengikut imam yang   sedang mengerjakan solat sunat.Justeru anda tidak perlu ulangi solat fardu yang telah anda kerjakan.Wallahu a'lam.

Nusyuz Atau Anak Derhaka?

Soalan

Suami sye mlarang fmly sye bjmpe dgn ank sye (11 buln, cucu sulung) krne slh fhm yg tlh brlaku. Akibt nye ibu sye amat sedih dn ttekan krne dy telh mnjge ank sye lme. Boleh x klaw sye mmbuat jnjy palsu yg sye xkn brthu dmne sye tggl dn xkn mmberi spe2 dr fmly sye jmpe ank sye wlaupun sye mlakukn yg sbalik nye demi mnjge hty ibu sye dn suami? Adkah sye bdose bbuat bgini trhdp suami ataupun mmpdulikn ryuan ibu sye? Sye tsepit krne sye syg kdue nye. Minta nsihat sgere, trime kseh. Asslm.

Jawapan

Penal merasa simpati dengan apa yang berlaku dan diharapkan terus bersabar dan berusaha untuk mengiratkan hubungan suami dengan ibu puan dan perancangan yang hendak dilakukan itu tidaklah dianggap berdosa dan disertai juga dengan perancangan untuk mengiratkan lagi hubungan mereka. cuma dibimbangi diketahui oleh suami.  Penal tidaklah ingin menyalahkan suami dan ibu tetapi apa yang berlaku itu tidak sepatutnya berpanjangan kerana kedua-duanya wajib dihurmati.  Salah/berdosa jika suami/isteri melarang isteri/suami dan anak untuk berjumpa ibu bapa kerana kedua-duanya perlu dihurmati secara mutlak.  Oleh yang demikian penal menharapkan pandai-pandailah membuat perancangan dalam mengiratkan lagi hubungan keluarga khususnya antara suami dan ibu bapa puan.

Penjelasan Tentang Mandi Wajib

Soalan

assalamualaikum ustaz saya nak tanya biasanya kalau gunakan niat mandi wajib dlm bahasa melayu dlm hati klu tak pandai bahada arab sah ke hukumnya ustaz....

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat mandi wajib boleh dilintaskan dalam hati menggunakan bahasa melayu,ini kerana Allah faham apa jua bahasa yang digunakan.Cara anda menggunakan bahasa melayu itu adalah sahSebaik-baik lafaz niat dalam bahasa arab ini kerana ia merupakan bahasa ahli syurga.Wallahu a'lam.