Saturday, September 21, 2013

Bercinta Dengan Duda Anak Dua

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada seorang kawan yg berkawan dengan duda...sebelum ini dia pernah memarahi kakaknya kerana berkahwin dengan duda, dan hal ini telah menyebabkan kakaknya dihalau oleh ayahnya..skrg dia pula bercinta dengan duda...dia bertanya pendapat saya adakah patut unutk dia meneruskan perhubungan ini??......disini saya ingin bertanya bagaimana pendapat ustaz???

Jawapan

WAALAIKUMUSALAM,
Anak gadis sesuai dengan pemuda yang kacak/tampan dan bukanya duda.Ini kerana banyak kes yang berlaku perceraian duda@ janda   akan cuba buat perbandingan dengan bekas/mantan pasangan yang terdahulu.
Implikasinya anda akan jadi mangsa keadaan,justeru pada pandangan panel tidak salah untuk anda lupakan supaya perkara negatif tidak akan terjadi.Sebagai pilihan anda lakukan solat istikharah kepada Allah untuk mohon petunjuk.Wallahu a'lam.

Niat Mandi Hadas Besar

Soalan

Merujuk kepada soalan bernombor rujukan xismrt, Apakah jawapan nya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat mandi wajib ialah,          Nawaitu rofaal hadasal akbari Lillahi Taala
SENGAJA AKU ANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA
Wallahu a'lam

TAHARAH ( MANDI WAJIB )`

Soalan

As salam panel yg dihormati , sy ada 2 soalan .

1.Setahu saya niat mandi wajib ada macam-2 kan ? ''sahaja aku mandi wajib..... '' , '' sahaja aku angkat hadas besar...'' soalan saya , jika kita melakukan onani atau mimpi atau berjunub , niatnya masih sama spt ini kan?

2.Bagaimanakah hendak membasuh bahagian belakang badan ketika mandi wajib? Adakah memadai gosok dengan tangan sehingga yang mampu sahaja?

itu sahaja. Sekian terima kasih .

Jawapan

Waalaikumusalam,
Para ulamak bersependapat apa juga jenis hadas besar seperti berjimak,berzina,onani,haid,wiladah dan seumpamanya  hendaklah berniat sebegini iaitu:
Nawaitu rofaal hadasal   akbari lillahi Taala
Bermaksud: SENGAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA
2.Berdasarkan ayat alQuran,Allah Tidak akan memberati hambaNya kecuali   yang mampu dipikulnya.Berbalik kepada soalan yang dikemukakan ,anda perlu gosok sekadar yang mampu dicapai@ sampai tangan anda.Manakala  pilihan   yang lain  jika anda mempunyai  kain tuala yang agak sederhana panjang lalu  digosokkan pada bahagian belakang yang tidak mampu dicapai oleh tangan anda.Wallahu a,lam

Mendapat Idea Daripada Bahan Cetak Rompak

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Apakah hukumnya kita menonton filem cetak rompak lalu mendapat idea untuk menulis novel menggunakan idea tersebut? Adakah idea tersebut halal digunakan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menonton  filem cetak rompak    itu  adalah haram.Ini kerana  ia belum mendapat izin untuk tonton oleh pihak berwajib.Begitu juga idea yang keluar daripada fikiran hasil tengok video itu halal ,tetapi perbuatan yang anda lakukan adalah haram.Justeru perkara sebegini     panel nasihatkan perlu dielakkan serta dijauhi.Wallahu a,lam.

Tafsiran Mimpi Bertemu Seserang Tapi Tidak Jelas Wajahnya


Soalan

Assalamualaikum w.b.t ustaz... saya damia nak bertanya berkaitan mimpi yang telah saya mimpikan. Dalam mimpi itu, saya telah bertemu seseorang lelaki tapi mimpi itu saya tak nampak dgn jelas wajah seseorang itu. saya kerap bermimpi mimpi yang sama. Apakah maksudnya....?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mimpi itu terbahagi kepada dua kelompok  yang besar iaitu,
1. Mimpi benar yang mana sebelum tidur anda membuat persediaan iaitu berwuduk,membaca ayat  alQuran,zikir dan tasbih tertentu sebelum memejamkan mata.
2. Mimpi yang tidak benar iaitu mimpi mainan tidur tanpa membuat persediaan seperti tidak berwuduk,tidak membaca alquran,tidak berzikir dan bertasbih sebelum tidur.
Sebagai langkah positif anda dinasihatkan supaya melaksanakan solat hajat pada 2/3 waktu tengah malam.Kemudian dalam sujud minta petunjuk kepada Allah supaya memberikan  gambaran imej yang sering bermain dalam minda tersebut agar  jelas dari segi rupa wajahnya.Pada pandangan panel berdasarkan ilmu dan info yang dimiliki ternyata itu merupakan jodoh anda,cuma Allah hendak uji supaya anda berusaha sedikit sebelum dianugerahkan jodoh yang serani.Wallahu a'lam

Masalah Dalam Solat

Soalan

Lepas solat saya perasan ad kotoran di celah kuku saya. Sah x solay saya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebagai info jika kekotoran itu bukannya najis dan air wuduk boleh sampai tanpa sebarang halangan maka solat anda adalah sah. Sekiranya kekotoran itu memang jelas najis maka solat anda tidak sah.Justeru anda kena bersihkan kekotoran itu sampai suci kemudian ambil wuduk yang baru akhirnya anda  perlu ulangi semula solat yang telah anda lakukan.Wallahu a'lam.

Saturday, September 14, 2013

Keliru Dengan Keadaan Semasa Lafaz Cerai

Soalan

Sy nk tanya selepas beberapa hari suami lafazkan cerai, dia ckp terlepas cakap sb tgh marah. Adakah keadaan tersebut sedar atau tidak sedar?

Jawapan

Jatuh talak sekalipun dalam keadaan marah.  Tidak sedar dalam erti kita tidak tahu apa yang kita  katakan/lakukan.  Dalam hal ini ia boleh rujuk dalam kadar segera semasa edah kecuali selepas talak tiga. Oleh itu berhati-hatilah untuk berkata sedemikian kerana akibatnya besar.
Penal tidak mengetahui pekataan bagaimana lafaz itu diucapkan?  kerana tidak jatuh talak jika ia berkata seumpama ini; "aku nak cerai kamu/aku akan cerai kamu/kan kita sudah bercerai/kita hendak bercerai ke? hakikatnya cerai itu akan berlaku dalam keadaan semasa dalam erti tidak lepas/sudah/akan dan seumpamanya.