Saturday, July 13, 2013

Solat Isyak Dan Tarawikh Lewat Waktu

Soalan

As salam, saya mempunyai anak kecil berumur 1 tahun. Saya akan tidurkan anak dahulu dan akhirnya saya tertidur sekali. Dalam pukul 1 atau 2 pagi, baru saya menunaikan solat isyak dan seterusnya solat sunat tarawikh/witir di bulan ramadhan ini. Adakah sah solat sunat tarawikh saya. Saya juga ada persoalan selepas selesai solat tarawikh saya tambahkan dengan solat2 sunat yg lain sebelum solat sunat witir. Adakah ini betul? Atau saya perlu solat tarawikh dan witir dahulu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Melewat-lewatkan untuk menunaikan solat fardu   isya' itu   adalah berdosa,ini kerana terdapat hadis baginda saw yang menggesa umat Islam supaya segera menunaikan solat di awal waktunya.
2.Solat sunat  tarawikh  boleh dilakukan bersendirian dan juga digalakkan berjemaah demi untuk memeriahkan ibadat tersebut., selepas tarawikh anda harus/boleh tambah solat-solat sunat yang lain dan ditutupi dengan solat witir.Wallahu a'lam

Yang Mana Lebih Afdal Bayar Hutang Atau Bersedekah

Soalan

assalamualaikum ustaz.. saya nak tanya yang mana lebih afdal bayar hutang atau bersedekah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setiap orang yang berhutang wajib bayar hutang.Sekiranya tidak bayar hutang ruhnya akan tergantung  antara langit dengan bumi.
Manakala bersedekah itu hukumnya sunat pada hari-hari biasa selain ramadan.Manakala pada bulan ramadan afdal bersedekah,perkara ini berdasarkan sifat dermawan baginda saw  mengatasi kelajuan angin.Wallahu a'lam

Produk Yang Tidak Diketahui Halalnya

Soalan

Assalamualaikum
Adakah kita boleh memakai produk pembersih muka yang tidak diketahui halalnya? Dan bagaimanakah jika kita terus memakainya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus menggunakan produk  pembersih muka  tersebut walau bagaimanapun bagi tujuan untuk gunakan secara berterusan panel nasihatkan agar  anda men cari cream perbersih muka yang telah mendapat sijil halan. Ini kerana dalam hadis ada menyatakan bahawa :
Mencari yang  halal itu wajib/fardu
Justeru panel nasihatkan agar anda mencari cream/pembersih  muka yang telah mempunyai tanda halal demi untuk  memastikan ibadah dan amalan anda tidak tertolak oleh Allah swt.Wallahu a'lam.

Apakah Hukum Bagi Yang Berhadas Besar Berpuasa?

Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya musykil tentang perkara apakah sah puasa seseorang itu apabila dia berada dalam keadaan berhadas besar pada siang hari?contohnya saya dan isteri isteri bersama pada waktu malam dan tidak sempat untuk mandi wajib sebelum siang dan terus berpuasa.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa anda berdua sah  TETAPI berdosa kerana melewatkan mandi junub.Ini kerana jika anda berdua lewat mandi menyebabkan anda lewat untuk melakukan solat subuh begitu juga  untuk membaca al-Qur'an dan beriktikaf  di masjid terutama di bulan ramadan.Wallahu a'lam.

Tanah Kaktus Untuk Sertu

Soalan

Salam wbt...sahkah saya menyertu anggota badan menggunakan tanah yang digunakan untuk menanam kaktus(tanah dalam pasu bunga kaktus) kerana saya tidak tahu keadaan tanah itu..sama ada tanah itu dibaja atau tidak dan tidak tahu tanah itu bercampur dengan pasir atau tidak..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak dalam bidang fekah telah merumuskan tanah yang hendak digunakan bagi tujuan sertu ialah tanah asal yang sifat bersih yang tidak bercampur najis dan kekotoran.
Anda boleh gunakan tanah yang bercampur dengan pasir tetapi dengan syarat ia bersih dari sebarang najis.Begitu juga  tanah dalam pasu bunga yang tidak menghilangkan sifat asal tanah iaitu bersih  dari najis.Wallahu a'lam.

Tahiyat Akhir Sembahyang Sunat Witir

Soalan

assalamualaikum...adakah bacaan tahiyat akhir sunat witir sama dengan sembahyang biasa...sebab tmpat saya imam laju sangat tahiyat akhirnya compius saya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
 Bacaan tahiyyat akhir itu adalah sama  dengan  solat  fardu  dan juga  solat sunat. Panel mohon supaya anda baca dgn kadar cepat ataupun anda minta supaya imam buat solat secara  sederhana laju.Wallahu a'lam

Keluar Darah Buasir

Soalan

Assallammualaikum Ustaz...

Soalan saya...

Apakah hukum puasa saya apabila sewaktu saya buang air besar(berak), najis saya keluar dengan darah buasir saya yang banyak jugalah? Kejadian pada waktu pagi sebelum saya pergi kerja. Adakah puasa saya batal atau sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa tetap sah cuma anda perlu basuh dan bersihkan darah buasir tersebut kemudian pakai pampers dewasa @ letakkan kain @ kapas  yang mampu serap darah, kemudian berpuasalah seperti biasa.Wallahu a'lam