Saturday, June 22, 2013

Barangan Kecantikan - Siput

Soalan

Apakah hukumnya memakai barangan kecantikan yang berasaskan siput? Terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Harus anda memakai barangan kecantikan yang berasaskan siput dengan syarat ,barangan itu tidak najis dan telah dibuang perkara yang boleh mudaratkan seperti racun yang terdapat pada lendir siput berkenaan.Wallahu a'lam.

Mencari Kebenaran

Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah tidak mengapa jika kita tidak membaca doa iftitah sebelum al-fatihah sebelum solat? soalan kedua, jika kita terlupa membaca doa qunut apa yang harus dilakukan?

terima kasih ustaz

Jawapan

Waalaikumusalam,
1. Hukum membaca doa iftitah itu adalah sunat,ini bermakna jika anda baca dapat pahala,sekiranya tidak baca solat tetap sah.
2.Membaca Qunut itu  termasuk dalam sunat ab'ad (sunat berat yang dituntut) jika terlupa baca hendaklah melakukan sujud syahwi/terlupa ,pada rakaat terakhir selepas baca tahiyyat akhir sebelum salam, sujud lalu baca tasbih berikut;
SUBHANA LAYANAMU WALA YASHU
yang bermaksud:
Maha suci Allah yang tidak Tidur dan tidak lupa
Wallahu a'lam.

Tanggungjawab Dan Pernikahan Yang Wajib

Soalan

assalamualaikum. sy ingin bertanya tentang masalah seorang lelaki yang telah beberapa kali telanjur dengan pasangannya. wanita ini meminta untuk dia menikahinya dengan segera dan bertanggungjawab. tetapi, lelaki tersebut menolak dan mengatakan kenapa pula dia perlu bertanggungjwb? lagipun, dia bukan wajib menikahi pasangan zinanya itu. pertanyaan sy, betul kah lelaki itu tidak perlu bertanggungjwb? adakah wajar jika ibu bpa lelaki tersebut melepas tngan? bukankan hukum perkahwinan mereka wajib?

Jawapan

Hukum nya tidak Wajib utk dinikahi, w/pun dari segi moral sepatutnya mereka bernikah. Antara persoalan nya kenapa perempuan menyerahkan dirinya utk berzina sampai berkali-kali? Jika lelaki berjanji utk mengahwini nya kemudian mengengkari janji tersebut, maka ini telah termasuk dalam kesalahan jenayah. Ini telah termasuk dalam katogeri rogol di sisi undang-undang. Maka pihak perempuan perlu membuat lapuran polis berkaitan rogol. Dalam kebanyakan kes pihak lelaki akan bersetuju untuk mengahwini perempuan tersebut dan meminta lapuran polis ditarik untuk mengelak hukuman rogol yang berat dikenakan kepadanya. Perempuan jangan tertipu dengan lelaki jahat seperti di atas.

Kahwin Dalam Islam

Soalan

Adakah lelaki yg bukan Islam tidak perlu memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan wanita yg beragama Islam?

Saya mengajukan soalan ini kerana saya menjadi ragu-ragu setelah mendapati pasangan dari Sabah dimana si suami yg bukan islam memberitahu "tidak perlu" memeluk agama Islam setelah berkahwin dgn wanita islam. Sekiranya saya ditanya tentang perkahwinan islam di malaysia oleh para pelancong luar negara, bagaimana saya hendak menjawabnya sebagai pemandu pelancong? Terima kasih.

Jawapan

Hukum nya adalah HARAM. Islam mengharamkan perempuan Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Dari segi perundangan negara perkahwinan itu adalah tidak boleh didaftarkan. Dalam Islam hanya lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan kitabiyyah untuk tujuan dakwah tetapi tidak sebalik nya. Itu pun sebahagian ulamak meletakkan hukum makruh.

Jimak Dan Tidur Sekamar Dengan Kedua-dua Isteri

Soalan

Boleh kah dan apa hukum nya saya tidur sekamar dengan kedua-dua isteri saya,
Dan apakah hukum nya sekiranya terjadi jimak bergilir2 dalam satu bilik.

Jawapan

Hukumnya adalah haram dengan ijmak ulamak. Justeru itu wajib dielakkan ianya dari berlaku. Pihak isteri boleh menuntuk fasakh untuk bercerai dari suaminya dengan sebab perbutan tersebut. Dari sudut yangt lain menunjukkan suami itu adalah tidak layak untuk berpoligami dari sudut syarak kerana perlakuan nya itu. Nabi s.a.w. tidak pernah mengumpulkan isteri-isterinya dalam satu bilik dan bersetubuh dengan semua mereka.

Hubungan Perkahwinan

Soalan

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya mengenai sesuatu. Terdapat satu pasangan A dan B berkahwin dan mempunyai anak, C (lelaki). Namun mereka telah bercerai dan C duduk dengan ibunya (B). Suami (A) telah berkahwin dengan seorang janda anak satu, D (perempuan). Bolehkan C dan D berkahwin meskipun mereka berlainan bapa dan ibu? Diharap pihak tuan dapat membantu saya secepat mungkin. Terima kasih.

Jawapan

C dan D tidak boleh kahwin selama-lama nya, sebab D adalah isteri kpd A iaitu ayah kandung C.

Monday, May 27, 2013

Hukum Gesel Zakar Melalui Lurah Punggung Isteri

Soalan

Assalamualaikum ustaz...ada beberapa soalan yang merungsingkan saya dan harap ustaz dapat perjelaskan..
1.Apakah hukum jika beli dinar iraq melalui pos atau mengirim duit (RM) kepada kawan utk beli dinar iraq? jika haram bolehkah saya jual pada orang lain?
2.Haramkah jika hanya menggesel zakar melalui lurah punggung isteri (bukan memasukkan kedalam lubang dubur )sehingga keluar mani?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Hukum anda membeli dinar Iraq adalah diharuskan dengan syarat ia tidak melibatkan urus niaga yang mempunyai riba. Sila hubungi Bahagian Penyelidikan Muamalat, JAKIM di talian; 03 8886 4218 untuk penjelasan lebih lanjut.

2.         Dalam hal ini, anda diharuskan untuk berbuat demikian. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai".
(Surah Al Baqarah - ayat 223).

Namun begitu, lubang duburnya adalah dilarang keras kepada suami untuk bersedap-sedapan dengannya (haram). Wallahu 'Alam.