Monday, April 8, 2013

Solat Subuh Pada Hari Jumaat,2@3rakaat?

Soalan

Untuk makluman,saya baru berjinak2 solat di masjid...soalan saya kenapa solat subuh pada hari jumaat ade 3 rakaat?smasa rakaat pertama tiada rukuk dan sujud hanya sekali,kenapa dan apakah bacaannya?

Jawapan

Apa yang berlaku itu adalah sujud sejadah, dan ianya adalah sunat dilakukan apabila dibaca ayat-ayat sejadah. Cara yang saudara sebut itu adalah cara yang betul dilakukan pada rakaat pertama sebagaimana dilakukan oleh Nabi s.a.w.. Subuh tersebut hanya 2 rakaat sahaja.

Ibadah Umrah Bagi Golongan Cacat Pendengaran

Soalan

Apakah hukumnya bagi golongan cacat pendengaran mengerjakan umrah? Sekiranya boleh, adakah cara perlaksanaan ibadatnya sama dengan golongan mereka yang sempurna?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Ibadah umrah samaada orang sempurna dengan cacat pendengar dari segu rukun adalah tetap sama iaitu lima rukun.
1.Niat
2.Tawaf
3.Saie
4.Tahallul
5.Tertib
Cuma bagi orang yang cacat  mereka boleh membaca doa setiap amalan  yang disunatkan iaitusolat tahiyatul masjid, niat solat sunat ihram ketika di miqat,bertalbiah,doa tujuh pusingan,tawaf,solat sunat tawaf,doa setelah tawaf,bacaan doa tujuk kali saie,doa habis saie, dan doa  ketika bertahallul.
Sekiranya amalan ini mampu dilakukan dengan sempurna ia akan menambah dana pahala ketika melaksanakan ibadah umrah seseorang.Wallahu a'lam.

Lafaz Cerai Bukan Kepada Isteri Sendiri Tapi Melalui Facebook Ibu Mertua.ape Hukum Nya?

Soalan

assalamualaikum ustaz....saya razlan berasal dari terengganu...sudah 3 bulan sepupu lelaki saya saja mendirikan rmahtangga.....dia mengadu kepada saya tentang masalah rumahtangga mereka.....dia ade menghantar pesanan nk ceraikan isteri nya dengan talak 1 tanpa niat melalui facebook kepada ibu mertua nya tetapi bukan kepada isteri nya......ape hukum nya?jatuh ke talak yang dia hantar melalui facebook ibu mertua nya tu??....sekian terima kasih......wassalam...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, email yang dikirimkan oleh sepupu anda kepada ibu mertuanya perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk dikenal pasti statusnya.
Oleh itu, ibu mertua sepupu anda perlu menghantar salinan email tersebut kepada pihak mahkamah untuk disiasat sama ada talaq telah terjatuh ke atas anaknya ataupun tidak. Wallahu 'Alam.

Hukum Memakai Gelang Nama Yang Ditulis Dalam Tulisan Jawi Ke Dalam Tandas

Soalan

Salam..Saya mempunyai gelang nama dimana nama tersebut ditulis dalam tulisan jawi..saya ingin bertanya apakah hukum saya memakai gelang tersebut ke dalam tandas..seperti sedia maklum huruf jawi tidak boleh dimasukkan ke dalam tandas..mohon penceraha ..

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, sebenarnya tiada larangan untuk membawa huruf jawi ke dalam tandas. Apa yang dilarang ialah membawa sesuatu yang tertera padanya tulisan nama-nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang 99 itu dan juga nama-nama yang baik seperti Muhammad dan lainnya.
Oleh itu, anda dibenarkan untuk membawa gelang tersebut ke dalam tandas dengan syarat nama anda bukan salah satu daripada nama-nama Allah yang Maha Suci. Wallahu 'alam.

Kain Ihram Yang Berjahit Tepi

Soalan

Assalamualaikum.... Saya nak tanya mengenai hukum kain ihram yang berjahit. Apakah bentuk jahitan yang dimaksudkan di sini? Saya telah membeli kain ihram untuk anak saya dan saya dapati ianya berjahit tepi. Adakah kain ihram jenis ini boleh digunakan untuk menunaikan umrah?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Anda harus menggunakan kain ihram yang berjahit ditepi tetapi dengan syarat ia tidak bercantum/bersatu menjadikan seumpama kain sarung atau pelikat.
Wallahu a'lam.

Buang Kertas Bertulisan Agama.

Soalan

Assalammualaikum Ustaz, saya ada menempah banyak kitab yaasin mengikut gambaran kulit yang kita inginkan. Jadi tempahan itu dengan cara kita membeli kitab yaasin lain dan dia akan menukar kulit kepada gambaran yang kita nak itu. Jadi kulit lama yang bertulisan yaasin itu tetap dia akan pulangkan bersama apabila kita mengambil bayar itu. Jadi kulit lama bertulisan yaasin itu tak nak saya simpan bagi mengelak berselerak atau dimakan lipas. Dengan apa cara yang boleh saya lakukan untuk membuangny

Jawapan

Waalaikumussalam,
Kulit buku yaasin yang telah tidak diperlukan boleh dihapuskan dengan kaedah berikut:
1.Dibakar kemudian abunya dihanyutkan ke dalam laut/sungai/parit yang mengalir.
2.Ditanam di atas kawasan yang berbukit yang tiada oranmg lalu lalang
3.Dihantar  di bahagian penerbitan al-Quran di Kementerian dalam Negeri bagi tujuan pelupusan secara sistematik. Wallau a'lam.

Umrah Dan Persoalannya

Soalan

Salam ustaz/ustazah, siapakah yg wajib dibawa terlebih dahulu oleh seorg anak lelaki jika dia ingin menunaikan umrah? Ibubapa/isteri/adikberadik

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mengerjakan umrah bagi kali  pertama itu merupakan umrah yang wajib.Syarat utama yang perlu ada bagi mereka yang ingin menunaikan umrah ialah :
1.Berilmu dan berpengetahuan tentang ibadat yang akan dilaksanakan,
2.Berkemampuan  dari segi kewangan dan tenaga,
3.Aman dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik
4.Kesihatan yang mengizinkan
Berbalik kepada soalan siapakah individu yang perlu dibawa ketika menunaikan umrah? Sekiranya kewangan dan kemampuan anda dari segi perbelanjaan lebih daripada mencukupi eluklah dibawa ibubapa anda dahulu,sekiranya ada lebihan boleh juga diikhtiarkan untuk membawa isteri.
Manakala adik beradik yang lain bukannya menjadi tanggungjawab anda sebaliknya ia bergantung kepada duit @ wang yang mereka kumpulkan yang tergolong dalam istilah Istitaah/berkemampuan.Wallahu a'lam.