Friday, November 2, 2012

Syarat Qadha Solat Fardhu Diwaktu Mana

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin kepastian, adakah sah saya Qadha solat Zohor diwaktu 'Asar',selepas melakukan solat fardhu Asar?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat Qoda' sah dilaksanakan pada bila-bila waktu.Sebaik-baiknya panel syorkan agar anda lakukan sebelum @ selepas solat empunya waktu bagi tujuan untuk mengelakkan kekeliruan.Wallahu a'lam.

Kemusykilan Tentang Perceraian

Soalan

salam,saya ingan bertanya adakah jatuh talak jika suami kata"memang aku nak lepaskan kau",semasa bergaduh dan jika jatuh talak bagaimana cara untuk merujuk semula

Jawapan

Wassalam,
Dalam hal ini, talaq dikira telah terjatuh apabila suami tersebut berniat untuk menceraikan isterinya semasa melafazkan kata-kata tersebut.
Sila rujuk ke Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan tempat anda untuk mendapatkan pengesahan mengenainya. Wallahu 'alam.

Thursday, November 1, 2012

Lambat Solat Pada Waktunya

Soalan

salam,saya nak bertanya...saya berkerja part-time di sebuah pasar raya sebagai promoter..apabila tiba waktu solat sorang lagi perkerja saya pergi rehat..saya x boleh tinggalkan kaunter saya sbb x ada orang nk cover..saya akan solat selepas sorang lagi perkerja saya abis rehat..adakah saya akan berdosa kerana melambat solat??mohon penjelasan

Jawapan

Wassalam, dalam masalah ini, anda adalah tidak berdosa dengan syarat solat tersebut anda tunaikan di dalam waktunya.
Ringkasnya, seseorang itu tidak berdosa selagi solat fardu yang wajib ditunaikan dikerjakan sebelum tamat waktunya. Wallahu 'alam.

Air Syarikat Yang Digunakan - Curi

Soalan

Di syarikat tmpt saya bekerja,,,,tidak menggunakan meter,,,,,,hanya mengambil air dgn memasang paip sahaja bila telah kehabisan.....apakah hukum kami sebagai pekerja yang menggunakan air secara demikian untuk solat, minum dan kegunaan harian

Jawapan

Dalam masalah ini, jika mengambil bekalan air daripada paip tersebut dibenarkan oleh majikan anda, ia adalah perbuatan yang tidak salah dan ia boleh digunakan untuk memenuhi keperluan harian.
Namun begitu, jika ia tidak dibenarkan, maka mengambilnya adalah satu kesalahan kerana dikira mengambil hak orang lain tanpa izin. Ia tidak ubah sama seperti mencuri harta orang lain.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, Panel mencadangkan supaya anda semua mengadakan perbincangan dan membuat permohonan daripada majikan anda agar mereka menyediakan bekalan air bersih di tempat tersebut.
Semoga dengan pertemuan dan permohonan tersebut akan dapat menyelesaikan masalah yang anda semua hadapi. Wallahu 'alam.

Hukum Mengikat Rahim Dlm Islam

Soalan

Apakah hukum mengikat rahim pada agama islam?saya mempunyai 2 org cahayamata dan ingin menambah seorg lg pd ms terdekat..tetapi saya bercadang ingin mengikat rahim stlh mendpt anak ketiga atas sebab ekonomi dan satu sebab yg saya harus akui..takut nk bersalin..apakah saya berdosa?saya berumur 31 thn..terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum mengikat rahim tanpa ada tujuan tertentu ia diharamkan oleh ugama, kecuali atas dasar kesihatan setelah diperiksa oleh Doktor Pakar Islam yang mencadangkan supaya saluran peranakan diikat.
Malah Allah memberi jaminan rezki anak yang dilahirkan ditentukan olehNya.Justeru anda tidak perlu takut tentang rezki anak tersebut apabila ia telah dilahirkan.Wallahu a'lam.

Imam Kepada Wanita Bukan Muhrim

Soalan

Di pejabat saya ada sebuah surau dan saya sering menjadi imam. Kadang kala makmum lelaki tiada. Bolehkah saya menjadi imam kepada makmum wanita jika makmun lelaki tiada? Dan saya iqamat dan berniat menjadi imam.

Jawapan

dalam hal ini, tidak ada sebarang larangan di dalam Islam untuk anda menjadi imam kepada jema’ah muslimah di surau tersebut. Wallahu 'alam.

Nota:
Sila fahami kedua istilah di bawah ini agar tidak salah di dalam penggunaannya:
Mahram - lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin kerana mempunyai hubungan nasab, penyusuan dan juga persembendaan (ibu mertua, anak tiri).

Muhrim – orang yang sedang berihram sama ada ihram haji atau umrah.

Persoalan Mengenai Solat Jumaat

Soalan

ustaz,apakah hukum bagi org lelaki yg meninggalkan solat jumaat pada hari raya yang jatuh pada hari jumaat juga? apakah ada keringanan pada hari yg istimewa sebegini?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam kebanyakan perbahasan  yang dikemukakan oleh para sarjana dan mereka yang pakar /arif  dalam  bidang ilmu fekah telah merumuskan bahawa jika hariraya jatuh pada hari jumaat maka para jemaah diberi kelonggaran/harus untuk memilih bagi tujuan berhimpun .
Sekiranya mereka sudah berhimpun pada solat  hariraya maka mereka tidak wajib untuk berhimpun pada waktu solat jumaat.Jika mampu@ dapat hadir  bagi kedua-dua perhimpunan itu adalah lebih baikk,jika tidak dapat /mampu memadailah dengan perhimpunan yang beliau telah hadir  pada sebelah pagi sahaja.Wallahu a'lam