Thursday, November 1, 2012

Onani Suami Isteri Berjauhan

Soalan

Salam..sy x isteri tinggal berjauhan..adalah berdosa jika kami melakukan onani secara sendirian melalui telefon?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum asal melakukan onani itu adalah haram.
Sekiranya suami isteri yang tinggal bersama,tetapi isterinya  mengidap penyakit seperti.
i.Sakit pangkal rahim
ii.Isteri sedang haid
iii.Isteri sedang dalam berpantang kerana bersalin,
TETAPI suaminya hendak/berkeinginan untuk  melakukan seks/hubungan kelamin ,sebaliknya  beliau tidak dapat memenuhi tuntutan syahwat suaminya MAKA pada ketika itu ugama Islam mengharuskan isteri melakukan onani  menggunakan tangannya sendiri pada alat kelamin suaminya.Wallahu a'lam.

Pakaian Menyerupai Agama Lain

Soalan

assalamualaikum.saya ada satu kekeliruan.Seorang rakan sy sering memakai rantai yg mempunyai lambang patung buddha.Apabila ditanya tujuan memakai rantai itu,dia menjawab sekadar memakai untuk suka-suka.apakah hukum dan apakah yg patut dilakukan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum memakai rantai untuk orang lelaki itu adalah haram tanpa kompromi.
Dalam perbahasan ulamak  dan para sarjana dalam bidang tauhid/akidah/usuluddin/ilmu kalam telah bersepakat merumuskan bahawa akidah seseorang itu akan tergelincir disebabkan  oleh 3 perkara iaitu:
1.I'tikad dalam hati- Iaitu mempercayai ada Tuhan yang lebih berkuasa daripada Allah - maka tergelincir akidahnya.
2.Perbuatan-Meniru perbuatan agama lain,seperti menyembah patung @ membuat tanda salib ketika melakonkan drama @ memakai tanda yang biasa dipakai oleh agama lain seperti rantai@ patung buddha-maka tergelincir akidahnya.
3.Perkataan- Mengatakan ugama Islam kolot @ mengatakan hukum yang terdapat pada al-Qur'an ketinggalan zaman @ mengatakan Nabi Muhammad itu kuat seks, maka itupun sudah jatuh akidahnya.
Meneliti kepada keadaan yang telah berlaku pada rakan anda, panel nasihatkan agar beliau cepat-cepat  bertaubat dengan taubat nasuha (sungguh-sungguh).Syarat taubat itu ada 3  iaitu:
i. tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut,
ii.menyesal  di  atas perbuatan   yang telah dilakukan
iii.Bersegera meninggalklan perbuatan menggantung patung pada rantai yang dipakainya.
Mudah-mudahan beliau sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan selama ini.Wallahu a'lam.

Jerawat Pecah Ketika Mandi Wajib

Soalan

adakah mandi wajib saya sah sekiranye ketika sedang mandi jerawat saya telah pecah dan mgkin mengeluarkan nanah.adakah sah mandi wajib saya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya anda mandi wajib berniat angkat hadas besar/mandi wajib lalu dijirus air bermula di atas kepala sehingga merata di seluruh badan maka telah sahlah mandi wajib anda.
Berbalik kepada persoalan jerawat pecah semasa mandi wajib adakah batal atau tidak mandi wajib yang sedang dilakukan?Sebenarnya Jerawat pecat ketika mandi wajib tidak sama sekali membatalkan mandi wajib yang sedang anda lakukan.Anda hanya perlu  membersihkan dan membasuh  pada  tempat jerawat yang pecah itu  sahaja.Apa yang penting nanah @ darah telah benar bersih maka sahlah mandi wajib anda.Wallahu  a'lam.

Kafankan Jenazah

Soalan

assalamualaikum, saya nk bertanya apakah yang dimaksudkan dengan (Tidak diharuskan mengapankan jenazah melainkan dengan menggunakan pakaian yang biasa digunakan semasa hidupnya.)
sekian, terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kafan bermaksud membungkus jenazah orang Islam yang telah meninggal dunia dengan menggunakan sehelai kain berwarna putih.
Bagi jenazah yang mati biasa hendaklah membungkus jenazahnya menggunakan kain kafan.Manakala jenazah yang mati berjuang di jalan Allah @ medan perang untuk menegak dan mempertahankan agama (mati syahid) jenazahnya tidak perlu dimandi,tidak perlu dikafan  sebaliknya  dikebumikan menggunakan pakaian yang dipakai semasa berperang @ berjuang tersebut.Wallahu a'lam.

Puasa Sunat Isnin & Khamis

Soalan

assalamualaikum.saya nk bertanya adakah jika sy berpuasa sunat pd hari isnin adkah wajib untuk saya perpuasa sunat juga pd hr khamis..sebab sy berpuasa sunat pd hr khamis tp di tengur oleh kwn,yg menyatakan klo puasa hr khamis,isnin kena puasa jgk...mcm mne ye??tq..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, adalah tidak diwajibkan kepada mereka yang berpuasa sunat pada hari Isnin untuk berpuasa juga pada hari Khamis. Ia hanyalah puasa sunat sahaja dan melakukan salah satu daripada hari tersebut tidak menyebabkan perlunya berpuasa juga pada hari yang satu lagi.
Oleh yang demikian, pendapat yang dinyatakan oleh kawan-kawan anda mengenai perkara ini adalah pandangan atau pendapat yang tidak berasaskan kepada dalil-dalil yang diterima oleh Syara'.
Ringkasnya, pendapat tersebut tiada asasnya di dalam Islam. Wallahu 'alam.

Nama Anak Lelaki

Soalan

Assalamualaikum.saya nak bertanya tentang pemberian nama pada anak lelaki..saya ingin namakan dia RAMZI yang bermaksud "lambangku"..jika saya olah ejaan dia kepada RAMSEY,tapi mengekalkan sebutannya,adakah kemusykilan disitu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Maksud bagi nama Ramzi ialah lambangku.
Jika dieja dengan perkataan RAMZI kepada RAMSEY ia tidak membawa apa-apa makna.Ini kerana perkataan tersebut tiada dalam perbendaharaan kata arab.
Justeru panel nasihatkan jangan pandai-pandai ubah,kerana tersilap ubah ia membawa maksud yang tidak baik.Wallahu a'lam.

Menyesal Perkara Lama

Soalan

saya telah malakukan pekara dose dengan perempuan tampa sy sedari, tpi blum sampai bersetubuh lagi,,,,
sy sngat mnyesal yg teramat sngat,,,,, ape yg sy mau lakukan???

Jawapan

Waalaikumusalam,
Panel nasihatkan agar anda cepat-cepat bertaubat nasuha (taubat sungguh-sungguh).Syarat taubat nasuhat ialah:
1.Menyesal di atas perbuatan
2.Bersegera meninggalkan perbuatan tersebut
3.Berniat tidak akan mengulangi perbuatan terkutut itu sekali lagi.
Jika berkaitan dengan orang lain iaitu memohon  kemaafannya.
Di samping itu panel nasihatkan  jika boleh ambil orang yang telah anda goda tersebut untuk dijadikan isteri.Wallahu a'lam.