Monday, July 2, 2012

Mengirasolat Yang Di Tinggal Dan Qada Solat

Soalan

umur 14 haid pertama, sekarang umur saya 39 saya dah insaf .saya nak tahu cara mengira untuk qada solat

Jawapan

Jika tak pernah solat kiraannya senang 39 tahun - 14 tahun = 25 tahun, maka perlulah di qadha selama 25 tahun atau 26 tahun (Campur tahun umur 14 juga yang wajib solat). Oleh itu bagusnya setiap kali solat disolat juga qadha samaada di buat sebelumnya atau selepasnya dan insyallah apabile berusia 65 tahun, selesai semua qadha yersebut. Jika tak selesaipun qadha pun tak apa (mungkin mati awal) yang penting DAH BERTAUBAT NASUHA dan azam untuk qadha habis.

Benarkah Jika Kita Tidak Mengetahui Hukum Sesuatu Dosa Itu Ia Akan Diampun?

Soalan

assalamualikum..benarkah jika kita tidak mengetahui sesuatu hukum tentang perbuatan seharian kita sblom ini ia dianggap diampunkan? kerana kita tidak pernah mengetahui jika ianya berdosa.adkah ibadat sblom ini dtrima allah? contohnya seperti soalan yang dihantar pembaca yang pada asalnya tidak mengetahui bahawa harus mandi wajib selepas melakukan onani ustaz menjawab bahawa jika semua perkara yang tidak diketahui selama ini diampunkan(http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38354)

Jawapan

Ya benar, sebab ada dalam hadis.

Sah Kah Mandi Wajib Tanpa Berkumur Dan Membersihkan Lubang Hidung

Soalan

Assalamualaikum, 1) sah kah mandi wajib tanpa berkumur dan memasukkan air ke lubang idung ?
2)Sy sering berulang membaca niat mandi wajib sampai selesai mandi wajib, adakah sah mandi wajib saya ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Mandi wajib anda adalah sah. Hal ini adalah kerana bahagian dalam lubang hidung dan juga bahagian dalam mulut bukanlah termasuk di dalam bahagian badan yang perlu dikenakan air.
Ringkasnya, bahagian badan yang wajib dibasahkan semasa mandi hanyalah bahhagian luar badan sahaja termasuklah bahagian celah-celah kelengkang, punggung dan ketiak. Manakala bahagian dalam seperti lubang hidung dan mulut tidak wajib untuk dibasuh. Walau bagaimanapun, jika padanya terdapat benda-benda yang najis, ia perlu dibasuh kerana ia dihukumkan najis.

2.         Mengenai masalah anda sering mengulangi membaca niat mandi wajib sampailah anda selesai mandi, ia boleh menyebabkan mandi wajib yang anda lakukan tidak sempurna dan ini akan menyebabkan mandi tersebut tidak sah.
Ringkasnya, niat mandi hanya perlu dibuat sekali sahaja, iaitu sewaktu air mula-mula sampai ke badan. Selepas itu, teruskan mandi hingga ke akhirnya.
Perlu diingatkan, jika anda mengulang lagi niat tersebut (niat kali kedua), ia akan membatalkan niat yang telah anda buat sebelum itu (niat kali pertama). oleh itu, anda perlu berniat lagi sekali (niat kali ketiga) bagi mengesahkan bahawa mandi yang anda lakukan itu adalah mandi wajib dan bukannya mandi yang biasa anda lakukan setiap hari.
Selain itu, apabila anda mengulangi niat mandi wajib, ini bermakna bahagian badan yang telah dibasahkan sebelum ini perlu dibasuh semula kerana berulangnya niat mandi anda.
Jika tidak dibasuh lagi, ia akan menyebabkan mandi tersebut tidak sah kerana terdapatnya bahagian badan yang tidak dibasuh sedangkan rukun di dalam mandi wajib memerlukan keseluruhan badan dibasahkan dengan air. Wallahu 'alam.

Kemusykilan Halal/Haram Minuman Jenama Milo

Soalan

Kemusykilan Halal/Haram minuman jenama Milo yg di nyatakan dicampur dengan lemak khinzir.Kenyataan yg saya dengar ini adalah dari orang Islam yg mengeluarkan Produk minuman berasaskan susu kambing.Tidak mungkin orang yg melakukan Ibadah fardhu Kifayah ini sengaja MENYEBARKAN berita FITNAH terhadap orang lain.Melainkan kerana tuntutan Agama.Saya Mohon pihak JAKIM dapat benar2 menjalankan siasatan tanpa mengambil mudah tentang kemusykilan ini kerana yg menjadi mangsa ialah Anak2 yg tidak berdosa.

Jawapan

Mengenai isu ini, pihak halal masih belum menerima sebarang aduan mengenainya. Jika khabar ini adalah benar, sila buat aduan di Bahagian Halal JAKIM dan bawa sekali segala bukti mengenai dakwaan tersebut. hubungi talian, 03 8315 0200.
Panel nasihatkan supaya anda jangan cepat melatah dalam isu-isu seperti ini. Ada bukti, buat aduan kepada pihak yang berwajib agar ia dapat dibenteras dengan segera. Wallahu 'alam

Puasa Hidung Berdarah

Soalan

Assalamu'alaikum,
Masihkah puasa apabila hidung berdarah?
Bagaimana naka menangani masalah hidung berdarah tanpa membatalkan puasa?
Wassalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai persoalan orang yang sedang berpuasa dan kemudiannya hidungnya berdarah, keadaannya ini tidak menyebabkan puasanya terbatal.
Namun begitu, jika dia menelan atau tertelan darah tersebut, maka puasanya adalah terbatal kerana dikira sebagai memasukkan sesuatu (darah) ke dalam rongga yang terbuka (tekak/kerongkong). Wallahu 'alam.

Kesahihan Halal Haram Mengenai E Codes Dalam Pes Perisa Tom Yam Keluaran Life Kitchen Iaitu E621,E1414,E330 Dan E 211

Soalan

Assalamualaikum sya ingin mengetahui mengenai kesahihan halal E Codes dlm pes Tom Yam Keluaran Life. Iaitu E621,E1414,E330 dan E211. Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam membincangkan mengenai isu “E-Code” ini, sebenarnya E-Code ini adalah bersumberkan sama ada daripada haiwan ataupun tumbuhan.
Jika produk makanan yang terdapatnya unsur E-Code yang telah mendapat pengesahan atau perakuan halal daripada JAKIM, maka kandungan E-Code tersebut adalah halal kerana bersumberkan daripada haiwan yang telah dikenal pasti sebagai haiwan yang halal ataupun bersumberkan daripada tumbuh-tumbuhan.
Sila layari laman sesawang halal JAKIM di alamat: www.halal.gov.my, kemudian klik pengguna, klik directory halal malaysia dan pilih kategori yang bersesuaian dengan carian anda untuk dapatkan maklumat mengenainya.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda di dalam mengenal pasti status produk makanan tersebut.
Sila hubungi 03 8315 0200 jika ada sebarang kemusykilan dalam persolan halal dan haram produk makanan. Wallahu 'alam.

Kutipan Anak Yatim Dan Miskin

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan:
1. Sekiranya seseorang membuat kutipan untuk anak-anak yatim dan miskin melalui tabung-tabung derma dan surat-surat bagi memohon sumbangan, Bolehkah hasil kutipan tersebut diambil oleh orang yang membuat kutipan tersebut sebagai upah iaitu sebnyak 40%,, atau tidak boleh? atau ada kadar-kadar yang tertentu,, ??
2. Sekiranya pengutip derma tersebut adalah pekerja tempat itu, ada gaji, bolehkah dia mengambil upah kutipan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Wang tersebut tidak boleh diambil oleh pemungut derma dan tidak boleh dijadikan sebagai upah kepada pemungut derma tersebut.  hal ini adalah kerana wang tersebut diserahkan kepada pemungut derma adalah atas nama sedekah kepada anak yatim dan orang miskin. Oleh itu, wang tersebut adalah khusus untuk dua golongan tersebut sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain. jika digunakan, maka hukumnya adalah dilarang/haram.

2.         Jika pemungut derma tersebut bertugas atau makan gaji di tempat itu, dan di antara tugasan yang perlu dibuat ialah memungut derma, maka dia tidak boleh mengambil upah daripada kutipan yang dibuat. Hal ini adalah kerana kerja mengutip derma tersebut adalah tugasan yang perlu dilakukan kerana gajinya juga dibayar kerana melakukan kerja-kerja mengutup derma tersebut.
Ringkasnya, gaji yang diterima adalah upah kepada kerja-kerja yang dilakukan termasuklah kerja-kerja mengutip derma tersebut.
Wallahu 'alam.