Monday, April 9, 2012

Hukum Panggang Daging Akikah

Soalan

Assalamualaikum ya ustaz.
apakah hukum jika daging aqikah @ korban dipanggang (BBQ)?
Syukran ya ustaz.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Daging akikah sunat  dimasak manis (contoh masakan khurma).Manakala daging Qurban terpulanglah kepada selera masing-masing.
Andaikata jika  daging tersebut dimasak selain daripada yang disunatkan, menurut ulamak fekah pun diharuskan/dibolehkan.Tetapi biarlah daging itu  dimakan kesemuanya dan janganlah  membazir .Ini kerana jika   daging tersebut terlalu keras  menyukarkan untuk untuk dimakan. Wallahu a'lam.

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Soalan

mohon penjelasan, kalau tidak silap saya adakah benar solat tahiyattul masjid tidak boleh dilakukan di Masjidl Haram dan Masjid Nabawi. Mohon penjelasan. tk

Jawapan

Waalaikumussalam,
Solat tahiyyatul masjid  tidak digalakkan dilakukan oleh para jemaah pada masjidil haram (MEKAH) tetapi digantikan  dengan memperbanyakkan melakukan tawaf  manakala di masjid nabawi di Madinah pula umat islam/para jemaah digalakkan untuk menziarahi  kubur nabi saw.Wallahu a'lam.

Friday, April 6, 2012

Pakai Deodoran

Soalan

Salam, adakah sah solat jika memakai deodoran yang mengandungi alkohol? Bagaimana hendak tahu jika sesuatu deodoran itu mengandungi alkohol?

Jawapan

Menurut maklumat yang diterima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH) dan dikenali ada du ajenis yang agak baik iaitu :
i)Alkohol
ii)Alkohol bijian-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH).
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula sturuktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan "spirit" yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalaj sebatian yang mempunyai formula struktur (CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagau campuran dalam minuman keras.
Dari penjelasan di atas mengenai alkohol itu dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat biukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan pembuatan makanan seperti tapai sama ada dari ubi kayu atau pulut. Ia adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubatan dan minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

Soalan

Salam, adakah sah solat jika memakai deodoran yang mengandungi alkohol? Bagaimana hendak tahu jika sesuatu deodoran itu mengandungi alkohol?

Jawapan

Menurut maklumat yang diterima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH) dan dikenali ada du ajenis yang agak baik iaitu :
i)Alkohol
ii)Alkohol bijian-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH).
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula sturuktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan "spirit" yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalaj sebatian yang mempunyai formula struktur (CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagau campuran dalam minuman keras.
Dari penjelasan di atas mengenai alkohol itu dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat biukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan pembuatan makanan seperti tapai sama ada dari ubi kayu atau pulut. Ia adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubatan dan minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

Berdosa Kalau Kita Melalukkan Perkara

Soalan

asalamualaikum ustaz...saya pnh tgk gmbar yg tidak sepatutnya...pas tgk gmbr kat fb.... perasan saya ingin tgk lg...saya mula bayangkan diri saya sdg mbuat perkara tersebut dan saya tersang...satu mula ketagih utk melakukan sendiri...smpai diri saya terasang...adakah pkaranie berdosa dr segi agama??

Jawapan

 Zina Mata
Zina mata berlaku apabila seseorang itu melihat sesuatu perkara yang haram. Haramnya melihat sesuatu perkara boleh dilihat dari 2 konteks yang berbeza iaitu: 1) Haram secara mutlak; 2) Asalnya harus, tetapi bertukar menjadi haram.
Perkara yang haram dilihat secara mutlak ialah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur:31)
Berdasarkan pemahaman ayat di atas, seorang perempuan diharamkan untuk memperlihatkan aurat mereka kepada bukan mahramnya. Dalam konteks ayat ini, dapat juga kita fahami bahawa haram bagi seorang lelaki melihat aurat seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan telahpun diperintahkan kepada lelaki dan perempuan untuk menjaga pandangan mereka dalam ayat 30-31 surah An-Nuur.
Larangan Allah ini termaktub dalam skop yang cukup luas. Ia tidaklah terhad kepada larangan melihat perkara yang haram secara live dunia realiti sahaja. Larangan ini juga mencakupi aspek dunia maya juga. Dalam skop yang lebih umum, apa jua perkara yang apabila dilihat, boleh merangsang nafsu syahwat seseorang, maka ia dikategorikan sebagai zina mata.
Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, zina mata adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara yang mendekatkan diri seseorang dengan zina. Dan hukumnya adalah jelas haram, tetapi jika melakukannya ia tidaklah membawa hukuman sebat.
Namun yang demikian kita perlu fahami, apa jua dosa yang kita lakukan sebenarnya akan dihisab oleh Allah. Sama ada dosa besar atau dosa kecil, itu bukanlah isunya. Seharusnya yang menjadi prioriti kita adalah untuk menjaga mata, telinga, hati serta anggota badan kita seluruhnya dari terjebak dengan perlakuan zina dan perbuatan yang menjurus kepada zina. Na’udzubillahi min zaalik.
 Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.
19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.
Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.
2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
Bertaubat
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)
“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)
Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
Wallahu’alam….

Kemuskilan Solat Arah Kiblat

Soalan

Kita sembahyang arah kiblat,kiblat kita kaabah,kaabah di buat dari apa? batu kan... Maknanya kita jua menyembah batu,Betul ke

Jawapan

 Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....


Mengambil contoh dengan kita dan telefon…Emak kita menelefon kita menggunakan handphone Nokia N95 (contoh)…ini bukan bermakna emak kita ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor kita, barulah talian akan bersambung antara kita  dan emak kita, dan kita boleh berbual melalui N95 walaupun emak kita tiada dalam handphone tu...

Contoh lain ketika menonton satu perlawanan bola sepak. Kita menonton TV atau tengok perlawanan bola? Pasti kita menonton perlawanan bola. Tapi ada atau tidak stadium di dalam tv tersebut? Yang ada hanya wayar yang berselirat. Maknanya tv hanya menayangkan perlawanan bola sepak.  Jadi kita sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah Taala walaupun Allah tiada di dalam Kaabah. 
 
Mari kita sama-sama memantapkan keimanan kita kepada Allah Taala supaya kita hamba Allah yang bertaqwa dan beramal soleh.

Soalan Mengenai Haid

Soalan

assalamualaikum.. bolehkan seorang wanita yang didatangi haid membaca surah al fatihah? kawan saya memberitahu bahawa jika baca al fatihah dengan niat untuk menuntut ilmu tidak mengapa.

Jawapan

 1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).
2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;
A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.
B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.
3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.
Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;
1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain
Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Wallahu a’lam.

Musykil Mengenai Lukisan.

Soalan

Assalammualaikum, sewaktu sekolah dahulu ustazah saya pernah memberitahu bahawa tidak elok melukis potret atau kartun yang berupa manusia. jadi saya mahu tahu sejauh mana kebenaran pernyataan ini dan mengapa ia tidak dibenarkan dalam islam. ustazah saya juga memberitahu bahawa sekiranya kita melukis potret atau kartun tersebut, kelak di akhirat ia akan meminta nyawa daripada kita..betul ke?

Jawapan

 Dalam buku tersebut meriwayatkan oleh Muslim, Sabda Nabi berbunyi, “Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari khiamat ialah orang-orang yang menggambar”.
Apabila baca sahaja maksud hadis tersebut berdebar hati kita…. Namun dalam rumusan Syekh Yusuf Qardhawi seterusnya menyatakan, Imam Thabari berkata: “Yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah orang-orang yang membuat gambar sesuatu yang akan disembah selain dari Allah, sedangkan pelukis tersebut mengetahui dan sengaja. Pelukis itu Kufur. Menurut Yusuf Qardhawi, sekiranya tidak sengaja atau tidak dari golongan demikian, ianya adalah berdosa.
Dalam Islam apabila menentukan sesuatu hal yang tidak dapat dirungkaikan dalam keadaan semasa, apatah lagi apabila selepas kewafatan Rasullulah saw maka segala hukum-hakam akan ditentukan berlandaskan Al Quran, Hadis, Qias dan Ulamak. Dalam kupasan kitab Yusuf Qardhawi, beliau banyak mengambil Hadis-hadis menjadi sandaran hukum melukis dan mengambar. Beliau menyatakan hukum yang nyata Haram ialah melukis Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat. Sedangkan melukis gambar tokoh-tokoh seperti Raja dan pemimpin tahap tidak haram, namun masih berdosa kerana gambar itu dalam bentuk bernyawa dan boleh dijadikan bahan kekaguman orang ramai. Tetapi sekiranya pelukis melukis orang yang khafir, zalim dan fasik maka hukumnya adalam haram.
Dalam huraian Yusuf Qardhwi, beliau menyatakan melukis gambar-gambar makluk tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, suasana laut, gunung, matahari dan bulan maka ianya tidak bertentangan dengan Islam dan tidak berdosa.
Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar-gambar antaranya;
“Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa Rasullulah saw bersabda bermaksud’ Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar”. Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: ” Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia”,. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun beliau tidak pula menyuruh membuang gambar itu.
Gambar yang terlarang menurut Yusuf Qardhawi ialah, “Bahawa gambar yang dilarang itu hanyalah yang ada bayangannya, adapun yang tidak ada bayangannya tidak mengapa” merujuk kitab Syarah Muslim. Paling ketara ialah membuat karya-karya 3 Dimensi (berjisim) dengan tema berkaitan benda yang bernyawa (hidup) seperti arca figuratif.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dalam salah satu riyawat Bukhari dan Muslim berbunyi, “Sesungguhnya Aisyah membeli bantal yang ada gambar-gambar, maka setelah Nabi melihatnya ia berdiri di depan pintu, tidak mahu masuk. Setelah Aisyah melihat ada tanda kemarahan di wajah Nabi, maka Aisyah bertanya: Apakah saya harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya; apa salah saya? Jawab Nabi: Mengapa bantal itu begitu macam? Jawab Aisyah: Saya beli bantal ini untuk engkau pakai duduk dan dipakai bantal. Maka jawab Rasulullah pula: Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada meraka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu. Lantas Nabi melanjutkan permbicaraanyaNya: Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat. Dan Imam Muslim menambah lagi dalam satu riwayat Aisyah menyatakan: Kemudian bantal itu saya jadikan dua biji untuk bersandar, dimana Nabi biasa bersandar dengan dua sandaran tersebut di rumah. Yakni Aisyah membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran”.
Kesimpulan, Yusuf Qardhawi merumuskan dengan menyatakan: … kemungkinan yang nampak pada hadis-hadis yang berkenaan dengan masalah gambar dan pelukisnya, iaiatu bahawa Rasulullah saw memperkeras persoalan ini apa masa pertama dari kerasulnyanya, di mana waktu itu kaum muslimin baru saja meninggalkan syirik dan menyambah berhala serta mengagung-agungkan patung. Tetapi setelah aqidah tauhid itu mendalam ke dalam jiwa dan akar-akarnya telah menusuk dalam hati dan fikiran, maka beliau memberi perkenan dalam hal gambar yang tidak berjasad, yang hanya sekadar ukiran dan lukisan. Yusuf Qardhawi memberi hujah, kalau Rasulullah swa tidak suka pada langsir tentu beliau mengharamkan terus, namun tidak begitu.