Friday, April 6, 2012

Niat Zakat Pendapatan

Soalan

Assalam. Boleh ke kalau kita bayar zakat pendapatan (ZP) dengan niat nak lari dari bayar cukai pendapatan (CP)? Contoh bayaran kepada CP Rm1000. Oleh kerana tidak mahu bayar CP saya bayar ke ZP rm 1000.

Jawapan


Takrif zakat pendapatan ialah harta pendapatan dari semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Zakat pendapatan memang tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab Fiqh yang muktabar dahulu. Sebab itulah berlaku pertikaian dari kalangan umat Islam sekarang ini dengan mengatakan bahawa zakat pendapatan ini sahaja diada-adakan dan tidak perlu dibayar sebab dalam kitab-kitab terdahulu tidak ada. Tapi kita semua kena sedar bahawa sumber perundangan Islam itu ada empat bahagian iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Apa-apa yang telah ditentukan oleh para ulamak dengan ijtihadnya dan fatwanya telah digezetkan, maka umat Islam semua wajib mengikutnya sebagai tanda mematuhi syariat Islam. Kalau nak bicarakan tentang hal bagaimana dan siapa yang layak ijtihad atau mengeluarkan fatwa perlulah dibincangkan dalam artikel lain sebab ini melihatkan usul fiqh.

Di antara pendapat ulamak yang mutakhirin yang mewajibkan zakat pendapatan ialah Prof. Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Hussein Shahatah dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Zakat pendapatan juga pernah dilaksanakan pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah memungut zakat pendapatan dari angkatan tentera dan kakitangannya yang bergaji.

Alasan rasional tentang kewajipan zakat pendapatan berdasarkan pendapat ulamak yang mengatakan bahawa para petani dikenakan zakat pertanian dari hasil pendapatan mereka yang bertani. Ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pendapatan seperti makan gaji, upahan, bonus, elaun, pencen dan sebagainya juga dikira sebagai pendapatan dari hasil kerjanya, maka dari itu diwajibkan zakat pendapatan keatas mereka yang mempunyai pendapatan dari hasil pekerjaan mereka. Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : 267)

Sistem kewangan Islam semasa pemerintahan Islam dahulu menggunakan matawang dinar dan dirham sebagai urusan muamalah atau jual beli. Matawang dinar dibuat dari emas dan matawang dirham dibuat dari perak, jika kedua-dua matawang ini cukup haulnya selama setahun (mengikut tahun Hijrah), maka ia dikenakan zakat. Setelah keruntuhan pemerintahan Islam, matawang digantikan dengan duit kertas atau sebagainya dan nilai dinar atau dirham itu dinilai mengikut matawang kertas. Maka ia juga perlu dizakatkan mengikut apa yang telah ditetapkan, Hadis Nabi saw yang bermaksud :

”Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud)
Setiap ibadah yang dilakukan perlu ikhlas kerana Allah (Lillahitaala) kerana apabila ia dibuat selain daripada itu, dibimbangi tidak diterima oleh Allah Taala.  Al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna menyatakan, “Ikhlas adalah setiap kata-kata, amalan dan jihad setiap Muslim hanya kerana Allah SWT, untuk mencari keredhaan dan ganjaran baik dari-Nya, tanpa memandang kepada imbuhan duniawi, kemewahan, kemegahan atau gelaran. Justeru, insan itu menjadi pengikut kerana akidah dan fikrah bukan kerana kebendaan atau sebarang kepentingan peribadi.”  Daripada kata-kata Imam Hasan al-Banna, dapat difahami bahawa sifat ikhlas ialah melakukan sesuatu amalan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT. Amalan yang dilakukan tidak dicampuri oleh keinginan dunia, keuntungan untuk diri sendiri, mencari pangkat dan darjat, inginkan kemasyhuran, pujian dan dikenali seluruh dunia kerana sesuatu perkara yang ada pada dirinya. 
Justeru setiap amalan yang diniatkan kerana Allah dan meharapkan keredhaan-Nya, Insyaalah semua kebaikan akan perolehi tanpa kita sedari.
Semoga semua amalan kita di dunia ini akan beroleh rahmat Allah.

Hukum Memakai Jersi/cadar Manchester United....

Soalan

assalamualaikum....ustaz baru-baru ini saya ada membeli cadar manchester united masih belum diguna , saya ingin bertanya kepada ustaz kerana masih keliru dengan masalah ini , apakah hukum memakai jersi/cadar manchester united ? ada yang saya dengar hukumnya harus kerana tujuan untuk menyokong pasukan itu bukan mengagung-agungkan logo pada jersi tersebut , jikalau haram apakah yang patot saya buat dengan cadar itu ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini anda dinasihatkan supaya tidak memakai baju tersebut. Ini adalah kerana pada baju dan cadar tersebut terdapatnya logo atau gambar syaitan yang mana jika anda memakainya ia seolah-olahnya menunjukkan bahawa diri anda turut bersetuju dan mendewa-dewakan lambang atau logo tersebut. Sedangkan perkara seperti ini adalah dilarang di dalam Islam.
Dari itu, anda dinasihatkan supaya berlapang dada dan mencari cara atau kaedah yang lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan sokongan anda kepada pasukan tersebut.
Mengenai baju jersi dan cadar yang telah dibeli, Panel mencadangkan supaya logo atau lambang syaitan yang terdapat pada baju tersebut ditutup atau dilekatkan dengan logo atau lambang lain yang dibenarkan oleh Syara'. Dengan cara ini jersi tersebut masih boleh dipakai dan seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran kerana tidak memakai jersi yang telah dibeli. Wallahu 'alam

Zakat Simpanan Dalam 5 Buah Bank

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
1.Berapakah jumlah zakat yang perlu dikeluarkan untuk Zakat Simpanan yang telah cukup haul?
2.Adakah ia berbeza mengikut negeri?
3.Adakah ia dikira berdasarkan jumlah keseluruhan simpanan / tempat kita menyimpan?Cthnya Ali ada 5 buah bank yang mana setiapnya ada jumlah simpanannya.

Pohon penjelasan Ustaz.

Terima kasih.

Jawapan


ZAKAT WANG SIMPANAN
Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan
Pada dasarnya wang bermaksud "wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan". Zakat dikenakan atas jumlah baki terendah yang sudah cukup nisab dan haul.
 Jadual 1 : Contoh Akaun Konvensional
TARIKH
MASUK
KELUAR
BAKI
 
(RM)
(RM)
(RM)
01/01/**
20,000
 
20,000
23/01/**
 
2,000
18,000
30/05/**
 
3,000
15,000
10/07/**
Faedah 200
 
15,200
12/08/**
 
1,000
14,200
11/11/**
 
2,000
12,200*
31/12/**
1000
 
13,200
 
 * Baki terendah
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. ia telah melebihi nisab (RM 7,681.32) dan genap setahun. Baki terendah diambil sebagai asas pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul). Walau bagaimanapun, wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk wang faedah. Oleh yang demikian, wang faedah perlu ditolak daripada baki terendah tersebut sebelum dikira zakatnya.
Cara Pengiraannya
Tahun Haul                    :           1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :           RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah               :           RM 12,200 – RM 200 (faedah) = RM 12,000
Kadar Zakat                   :           2.5%
Zakat yang Dikenakan :  RM 12,000 x 2.5% = RM 300

Jadual 2 : Contoh Akaun Wadiah
TARIKH
MASUK
KELUAR
BAKI
 
(RM)
(RM)
(RM)
01/01/**
20,000
 
20,000
23/01/**
 
2,000
18,000
30/05/**
 
3,000
15,000
10/07/**
Hibah 200
 
15,200
12/08/**
 
1,000
14,200
11/11/**
 
2,000
12,200*
31/12/**
1000
 
13,200
 
 * Baki terendah
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. ia telah melebihi nisab (RM 7,681.32) dan genap setahun. Baki terendah diambil sebagai asas pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul). Wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk di dalamnya pemberian hibah (hadiah dalam bentuk wang yang diterima oleh penyimpan terhadap wang yang disimpan setelah pihak bank menjalankan perniagaannya dalam dalam tempoh setahun).
Cara Pengiraannya
Tahun Haul                    :           1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :           RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah               :           RM 12,200 (termasuk hibah)
Kadar Zakat                   :           2.5%
Zakat yang Dikenakan : RM 12,200 x 2.5% = RM 305
 
Jadual 3 : Contoh Pengiraan Pelbagai Buku Akaun Simpanan
Sekiranya seseorang penyimpan mempunyai banyak akaun simpanan di dalam bank atau mana-mana institusi kewangan, satu tempoh haul yang sesuai mestilah ditentukan. Kemudian diambil baki terendah kesemua buku akaun simpanan dan sekiranya melebihi nisab maka hendaklah dikenakan zakat.
Cara Pengiraannya
Tahun Haul                    :           1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :           RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah               :           Buku 1              :           RM   4,000
                                                Buku 2              :           RM   1,000
                                                Buku 3              :           RM 15,000
Jumlah baki terendah ketiga-tiga buku      :          RM 20,000
Zakat yang Dikenakan :  RM 20,000 x 2.5% = RM 500

Jadual 4 : Contoh Pengiraan Zakat Simpanan Tetap
Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas nilaian simpanan yang disimpan dalam jangka masa setahun atau lebih.
Contoh Kiraan Simpanan Tetap* :
TARIKH
UNIT MASUK
HARGA SEUNIT
JUMLAH
BAKI UNIT
URUS NIAGA
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
 
 
 
 
 
01/01/2003
20,000
1.00
20,000.00
20,000.00
01/01/2004
700
0.94
    658.00
20,700.00
01/01/2005
1,200
0.92
 1,104.00
21,900.00
01/01/2006
500
0.60
    300.00
22,400.00
01/01/2007
350
0.52
    182.00
22,750.00
01/01/2008
950
0.77
    731.50
23,700.00
 
Zakat atas pelaburan yang dibuat dalam akaun amanah mahupun akaun simpanan tetap di sesebuah institusi perbankan atau syarikat pengurusan amanah dikenakan ke atas jumlah nilaian simpanan/pelaburan setelah cukup nisab dan haulnya.
Cara Pengiraannya :
TARIKH
NILAI SIMPANAN
KADAR ZAKAT
ZAKAT YANG DIKENAKAN
 
 
(%)
(RM)
2003
20,000 x 1.00
2.5
500.00
2004
 20,700 x 0.94
2.5
486.45
2005
 21,900 x 0.92
2.5
 503.70
2006
 22,400 x 0.60
2.5
336.00
2007
 22,750 x 0.52
2.5
295.75
2008
 23,700 x 0.77
2.5
456.22
 
 * Nota :    Contoh Kiraan Simpanan Tetap adalah sama dengan Kiraan Simpanan Mudharabah.
Untuk pengetahuan tuan setiap negeri adalah berbeza dari segi kadar nisab. maka tuan adalah dicadangkan untuk menelefon Pusat Pungutan Zakat yang terdekat.

Wednesday, April 4, 2012

Cara Pengiraan Fidyah Dan Ganti Puasa Yang Tertinggal

Soalan

Asalammualaikum.sejak 19 tahun lalu,jumlah puasa yang saya tinggalkan ialah 375 hari.sehingga hari ni saya belum membayar puasa dan fidyah lagi.berapakah jumlah fidyah dan ganti puasa yang harus saya bayar balik?meminta cara pengiraannya.terima kasih.

Jawapan

Asalammualaikum.sejak 19 tahun lalu,jumlah puasa yang saya tinggalkan ialah 375 hari.sehingga hari ni saya belum membayar puasa dan fidyah lagi.berapakah jumlah fidyah dan ganti puasa yang harus saya bayar balik?meminta cara pengiraannya.terima kasih.


Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, jumlah puasa yang perlu diqadha’kan adalah sama dengan jumlah yang telah ditinggalkan, iaitu 375 hari.
Walau bagaimanapun, mengenai bayaran fidyah yang perlu anda bayar akan digandakan mengikut bilangan tahun yang telah ditinggalkan oleh anda.
Sebagai ringkasnya:
Bilangan hari yang perlu anda qadha’:            375 hari.
Bilangan beras yang perlu anda bayar:          6125 cupak beras (1 cupak = 675 gram)*.
Bagi puasa yang masih belum diqadha’ sehingga bertemu dengan ramadhan bagi tahun hadapannya, akan dikenakan fidyah. Fidyah tersebut akan digandakan jika masih belum mengqadha’ puasa tersebut sehingga bertemu dengan ramadhan tahun yang berikutnya lagi.

Dalam hal ini, anda diwajibkan untuk mengqadha’ dan membayar fidyah tersebut. Ringkasnya, anda perlu lakukan kedua-duanya sekali. Wallahu 'alam (qadha’ dan fidyah).

Nota:
Satu hari puasa yang belum diqadha’ sehingga bertemu dengan ramadhan tahun hadapannya akan dikenakan fidyah sebanyak 1 cupak beras.
Sila rujuk ke baitulmal yang berdekatan untuk membuat bayaran. Selain itu, kiraan fidyah juga boleh dilakukan di sana.

* dapatkan pengiraan yang tepat di baitulmal berdekatan.

Basuh Pakaiah Bernajis

Soalan

salam....sy nk tanya,sah atau x kalau guna mesin basuh fully automatic utk membersihkan pakainan yg terkena air kecil/mazi...ade yg kata x sah...ade jugak yg kata sah sebab mesin basuh rinse,spin&wash...tp kalau warna,bau dan rasa dah takde macam mane?kalau x sah perlu ke sy membersihkan mesin basuh tu sebelum digunakan?

Jawapan

Wassalam, pakaian tersebut dihukumkan bersih dengan syarat kesemua jenis najis dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Jika tidak dibersihkan terlebih dahulu, kesemua pakaian yang dimasukkan sekali dengan pakaian yang terkena najis tersebut turut akan menjadi najis.
Hal ini disebabkan oleh air yang digunakan di dalam mesin basuh adalah air yang sama dan bukannya air yang baru. Air tersebut diulang-ulang masuk dan keluar di dalam mesin tersebut. Oleh itu, najis yang terdapat pada pakaian tersebut akan larut di dalam air dan ini akan menyebabkan ia tercemar dan mengenai pula pada pakaian yang lain. Akhirnya, semua pakaian yang dicuci bersama pakaian yang terkena najis akan menjadi najis.
Oleh yang demikian, mesin basuh yang telah digunakan untuk membasuh pakaian yang telah terkena najis perlu dibersihkan daripada najis tersebut. Ringkasnya, jika sudah tiada sifat-sifat najis di dalam mesin basuh tersebut, ia dihukumkan bersih dan suci daripada najis.
Sifat-sifat najis adalah seperti berikut:
1.         Warna.
2.         Bau.
3.         Rasa (dengan cara menyentuh).

Jika terdapat salah satu daripada 3 sifat najis di atas, maka ini menunjukkan bahawa mesin basuh tersebut mengandungi najis yang perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk membasuh pakaian.
Jika tiada kesemua sifat tersebut, ia adalah bersih dan suci. Wallahu 'alam.

Pengsahan Halal Produk Amway

Soalan

adakah produk makanan amway halal

Jawapan

Sebagaimana dengan produk-produk makanan yang lain, jika terdapat padanya logo halal Malaysia ia adalah produk yang halal.
Untuk penjelasan lanjut, sila layari laman web. Halal Malaysia di alamat; www.halal.gov.my, ataupun hubungi 03 83150200. Wallahu 'alam.

Hukum Berimamkan Imam Yang Tidak Melantangkan Bacaan Ketika Solat Mahgrib Dan Isyak

Soalan

assalamualaikum ustaz,apakah hukum jika seorang imam itu tidak membacakan surah alfatihah dan surah lazim dengan lantang pada rakaat pertama dan rakaat kedua ketika solat subuh,mahgrib dan isyak,adakah sah solat kami.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam hal ini solat yang dikerjakan adalah sah. Hal ini disebabkan oleh hukum membaca kuat dalam raka’at pertama dan kedua bagi Solat Maghrib, isyak’ dan subuh hanyalah sunat sahaja.
Walaupun demikian, membacanya dengan suara yang perlahan adalah makruh. Oleh itu, para imam dan juga mereka yang bersolat sendiri perlu membacanya dengan menguatkan sedikit suara agar lebih kedengaran.
Ringkasnya, pastikan ada perbezaan dengan solat yang disunatkan membaca dengan suara yang perlahan. Wallahu 'alam.