Soalan; Assalamualaikum..sy nak tanya, apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua?? sy kurang jelas tentang hal ini..
Jawapan;
Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu;
1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).
2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).
3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.
4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)
5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).
6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.
Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;
1. Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
2. Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
3. Bertekad tidak akan mengulangi lagi.
Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; "Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman" (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 4516)
Wallahu a'lam.
Thursday, March 10, 2011
MENGULANGI SOLAT KERANA WAS-WAS DAN TIDAK KHUSYUK
Soalan; Assalamualaikum, ustaz, saya selalu was-was bilangan sujud semasa solat, bila fikiran terlalai sikit terus terlupa atau was-was bilangan sujud sesuatu rakaat walaupun sepanjang solat tersebut kita khusyuk. Apakah tindakan sekiranya hadir perasaan was-was tersebut. saya ada terdengar dalam kuliah di surau-surau menyatakan seseorang yang merasakan solatnya tidak sah atau tidak sempurna dibolehkan bangun solat semula. Semoga dengan penerangan dari Ustaz dapat menenangkan hati saya. wassalam...
Jawapan;
1. Bila timbul keraguan tentang bilangan sujud, lakukan sujud sekali lagi, kemudian di akhir solat lakukan sujud sahwi. Sujud sahwi itu akan menampung kekurangan pahala solat kerana keraguan tadi.
2. Tidak harus berhenti solat dengan sengaja kecuali jika benar-benar yakin solat kita batal seperti ada najis pada badan, terlupa mengambil wudhuk atau aurat terdedah/kain terkoyak (dan tidak dapat ditutup ketika solat).
3. Adapun merasa tak khusyuk atau ada rukun atau perbuatan solat tidak sempurna, tidak harus berhenti solat. Apa yang perlu dilakukan ialah meneruskan solat. Jika kita yakin ada rukun yang tak sempurna, hendaklah dilakukan semula rukun itu tanpa berhenti solat. Contohnya, apabila kita berada di rakaat kedua kita teringat bahawa pada rakaat pertama tadi kita terlupa baca Fatihah, kita hendaklah meneruskan solat dengan mengira rakaat kedua itu sebagai rakaat pertama kerana rakaat pertama tadi tidak dikira kerana tertinggal satu rukun iaitu membaca Fatihah. Adapun solat kita tidaklah batal (atau perlu dibatalkan) kerana bukan sengaja kita tidak membaca Fatihah, akan tetapi kerana terlupa. Kemudian di hujung solat, kita tampung kelupaan kita itu dengan sujud sahwi.
4. Suatu yang mustahil bagi seorang manusia biasa (yang bukan rasul) untuk mencapai 100% khusyuk dalam solat. Kerana itu, para ulamak sepakat menyatakan bahawa; tidak batal solat dengan kerana terkurang khusyuk. Yang membatalkan solat ialah apabila dengan sengaja ditinggalkan rukun-rukun solat atau dengan sengaja dilakukan di dalam solat perbuatan-perbuatan yang bukan solat seperti makan, bercakap, bergerak dengan pergerakan yang bukan disuruh dalam solat. Adapun tidak khusyuk ia tidak sampai membatalkan solat, cuma boleh mengurangkan pahala solat. Semakin kurang khusyuk, semakin berkuranglah pahala solat hinggalah mungkin pahala solat kita hanya tinggal 20% atau 10% sahaja. Adapun untuk tinggal 0%, itu tidak mungkin berlaku kecuali orang yang berolok-olok mengerjakan solat ataupun ia gila/tidak siuman.
Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Lihat. Al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 1978).
5. Perlu disedari bahawa Allah mensyariatkan banyak solat sunat untuk kita lakukan. Di antara manfaat solat sunat ialah ia akan menampung kekuarangan dalam solat fardhu kita. Oleh demikian, cara untuk menampung kekurangan dalam solat fardhu bukanlah dengan mengulanginya (kerana kita ditegah mengulangi solat fardhu tanpa sebab), akan tetapi dengan kita banyak melakukan solat-solat sunat.
6. Menurut ulamak; Solat fardhu yang telah dilakukan tidak harus diulangi semula kecuali dengan sebab-sebab berikut;
a) Kerana kita menemui jamaah. Contohnya; kita telah menunaikan solat zohor tetapi secara berseorangan. Kemudian kita menemui ada jamaah ingin menunaikan solat zohor berjamaah. Maka harus kita solat semula zohor dengan jamaah itu kerana kita mendapat yang lebih baik.
b) Kerana kita mendapati solat fardhu yang kita lakukan tidak sah seperti belum masuk waktu, ada najis di pakaian atgau ada rukun yang tertinggal (dan telah berlaku masa yang lama baru kita mengingatinya, yakni telah lama kita memberi salam).
c) Kerana ingin membantu orang lain bagi mendapatkan jamaah. Contohnya; kita telah pun solat bersama jamaah. Kemudian ada seorang masuk ke masjid dan mengajak kita untuk solat bersamanya bagi membolehkannya mendapat pahala jamaah, maka harus kita solat bersamanya sekali lagi dan kita akan mendapat pahala membantu orang lain di samping pahala solat.

Monday, March 7, 2011
DARAH SELEPAS KEGUGURAN; Adakah ia nifas?
Soalan; Assalamualaikum ustaz. selepas keguguran, darah yang keluar adakah nifas? dan berapa lamakah tempoh nifas keguguran? adakah sama dengan nifas bersalin? atau dikira sama dengan tempoh haid?
Jawapan;
1. Menurut mazhab Syafiie; Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.
2. Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak).
3. Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid).
4. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita tersebut dianggap tidak bernifas.
Untuk mendapat maklumat lebih terperinci tentang nifas, sila baca di laman FIQH ANDA, di bahagian Darah-Darah Wanita.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 1/142.

Friday, March 4, 2011
KEPADA SIAPA PEMINANGAN HENDAK DITUJUKAN?
Soalan; salam ustaz..saya mempunyai beberapa soalan..harap ustaz dpt membantu..
1) saya pernah mendapat artikel dari facebook dan terdengar dari mulut kawan-kawan..adakah benar bahawa lelaki dan perempuan ini telahpun bertunang secara tidak rasmi apabila lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada perempuan yang disukai..lelaki itu baru menyatakan hasrat tetapi belum pun berjumpa dengan kedua ibu bapa perempuan itu..adakah dianggap bertunang?
Jawapan;
Bagi wanita yang masih dara dan ia memupunyai wali mujbir (iaitu bapa atau datuk), penyataan hasrat untuk mengahwininya (iaitu peminangan) hendaklah dibuat kepada waji mujbirnya itu, yakni kepada bapanya atau datuknya (jika bapa tiada). Apabila wali mujbir itu menerima barulah di antara mereka berdua (yakni gadis dan lelaki yang meminangnya) dikatakan mempunyai ikatan pertunangan. Adapun wanita janda atau wanita yang masih dara tetapi tidak mempunyai wali mujbir, peminangan boleh dibuat kepada dirinya sendiri atau kepada walinya namun hendaklah dengan persetujuannya. Ini kerana wanita yang telah menjadi janda, walinya tidak berhak mengahwinkannya kecuali dengan persetujuannya. Begitu juga dengan wanita dara yang tidak mempunyai wali mujbir (yakni wali yang ada adalah selain bapa dan datuk, iaitu abang, bapa saudara dan sebagainya), wali bukan mujbir itu tidak berhak mengahwininya tanpa persetujuannya. Berbeza dengan wanita dara yang mempunyai wali mujbir (bapa atau datuk), wali mujbirnya berhak mengahwinkannya sekalipun tanpa persetujuannya. Kerana itu, peminangan hendaklah dilakukan kepada wali mujbir, bukan kepada wanita itu. Maka jika seorang lelaki melamar seorang wanita yang masih dara, sekalipun wanita itu bersetuju menerimanya tidaklah persetujuan itu dianggap pertunangan sehinggalah wali mujbirnya turut sama bersetuju.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Mughni al-Muhtaj, 3/177, Kitab an-Nikah.
2. Az-Zawaj, Dr. Muhammad Ibrahim al- Hafnawi, hlm. 68-86.
3. Al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, perkataan; Khitbah.

Thursday, March 3, 2011
MAKMUM BANGUN MENDAHULUI IMAM KERANA IMAM SILAP RAKAAT
Soalan; Assalamualaikum. Ustaz, saya ingin bertanya tentang solat secara berjemaah. Adakah sah solat jika makmum dengan secara tidak sengaja mendahului imam bangun berdiri pada rakaat ketiga solat zuhur kerana tidak mengetahui bahawa imam terlupa rakaat (yakni imam duduk tahiyat akhir - namun ia cepat sedar). Apabila sedar, imam terus bangun, dan meneruskan solat hingga akhir. Bagaimana dengan solat makmum yang telah berdiri mendahului imam tersebut.
Jawapan;
Makmum tidak harus mengikut imam jika imam melakukan kesalahan/kesilapan yang boleh menjejaskan solat seperti menambah rakaat solat atau tertinggal rakaat. Makmum hendaklah mengingatkan imam (dengan bertasbih jika makmum lelaki atau dengan menepuk belakang tangannya jika makmum perempuan). Dalam masalah saudara tersebut, jika saudara yakin imam saudara telah terlupa rakaat, hendaklah saudara terus berdiri di rakaat baru itu dan bertasbih mengingatkan imam (atau menunggu sahaja imam naik jika ada orang lain telah bertasbih mengingatkannya). Jika imam bangun, saudara hendaklah terus mengikutnya. Apabila nanti ia sujud sahwi di akhir solat, wajib saudara turut sujud bersamanya. Namun jika ia tidak bangun, saudara hendaklah berniat mufarawah darinya (yakni niat berpisah darinya) dan meneruskan solat sendirian.
Mengenai soalan saudara; apakah batal solat makmum kerana berdiri mendahului imam dalam masalah tersebut? Jawapannya; tidak batal, malah tidak harus makmum untuk turut duduk bersama imam dalam kes tersebut kerana duduknya itu ternyata satu kesilapan.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Al-Majmuk, Imam an-Nawawi, 4/207-208 (bab Solati al-Jamaah), 4/92 (bab Ma Yufsidu al-Solah...).

Wednesday, March 2, 2011
JUAL-BELI MELALUI MESIN
Soalan; Assalamualaikum ustaz, Saya ada satu permasalahan tentang perniagaan,yakni tentang perniagaan menjual air minuman seperti air tin dan air R.O water yang menggunakan mesin.wang dimasukkan didalam mesin untuk membeli minuman tersebut,tiada penjual dan tiada ijab kabul.Apakah hukumnya ,adakah diharuskan didalam islam.Sebab saya ingin memulakan perniagaan ini jika diharuskan oleh islam.minta ustaz jelaskan.sekian terima kasih.
Jawapan;
Tujuan ijab dan qabul ialah untuk menzahir keredhaan/persetujuan dari kedua belah pihak untuk berjual-beli. Jual-beli tidak sah tanpa keredhaan/persetujuan kedua-belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Firman Allah; "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu secara batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai antara kamu" (Surah an-Nisa', ayat 29).
Oleh kerana keredhaan asalnya berada dalam hati, maka ia perlu dizahirkan. Menurut mazhab Syafiie; menzahirkan keredhaan wajib dengan bahasa atau ucapan iaitulah ijab dari satu pihak (yakni ucapan penawaran) dan qabul dari pihak satu lagi (iaitu ucapan penerimaan). Namun menurut jumhur (majoriti) ulamak; Untuk menzahirkan keredhaan tidaklah terhad kepada ucapan sahaja. Ia juga boleh dengan perlakuan, bahasa badan, isyarat, tulisan dan sebagainya asalkan menunjukkan keredhaan/persetujuan. Kerana itu, mereka mengharuskan jual-beli secara al-muathah (المعاطاة) iaitu saling memberi dan menerima di antara penjual dan pembeli tanpa mengeluarkan sebarang ucapan (yakni pembeli memberi wang dan mengambil barang, sementara penjual pula memberi barang dan mengambil wang, kemudian mereka berdua berlalu pergi tanpa melafazkan ijab atau qabul). Ini kerana dengan adanya saling memberi dan menerima itu sudah cukup untuk membuktikan kedua mereka redha/bersetuju dengan akad jual beli yang berlaku. Pandangan kedua inilah yang rajih. Antara yang mentarjihnya ialah Imam al-Baghawi dan Imam Nawawi (kedua-duanya ulamak besar mazhab Syafiie).
Berdasarkan pandangan kedua, jual-beli menggunakan mesin sebagaimana yang saudara sebutkan itu hukumnya adalah harus dan sah jika memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Syariat ke atas jual beli (selain syarat ijab dan qabul atau saling meredhai tadi), antaranya;
1. Barang/produk yang dijual jelas ada di dalam mesin tersebut dan menepati sebagaimana iklan yang terpampang di mesin.
2. Harga bagi setiap satu produk juga jelas (tiada kesamaran atau kekeliruan).
3. Tidak menafikan hak khiyar untuk pembeli (hak mengembalikan barang) jika barang yang keluar dari mesin itu rosak atau tidak menepati sebagaimana yang diiklankan.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil al-'Azzazi, 3/289-290.
2. Soal-Jawab MLM Syariah, Ahmad Adnan bin Fadzil, hlm. 42.

Tuesday, March 1, 2011
HUKUM KULIT DAN BULU BINATANG
Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Mohon agar dapat memberi penjelasan mengenai perkara beriku:
1) Apakah hukumnya menunaikan solat di atas carpet yg diperbuat dari bulu/kulit kambing biri2?
2) Adakah wuduk terbatal jika memijak carpet yg diperbuat dari bulu/kulit kambing biri2...adakah carpet tersebut dikira sebagai najis? Terima Kasih.
Jawapan;
Di dalam al-Quran terdapat ayat menjelaskan bahawa kulit dan bulu haiwan/binatang dijadikan Allah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Firman Allah (bermaksud); “Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa” (an-Nahl, ayat 80).
Semua jenis kulit binatang menjadi suci dengan disamak sama ada kulit dari binatang yang halal di makan (seperti lembu, kambing dan kerbau) atau kulit dari haiwan yang haram di makan (seperti harimau, buaya, ular dan sebagainya). Sabda Nabi -sallalahu 'alaihi wasallam-; "Jika kulit telah disamak, menjadi sucilah ia" (HR Imam Muslim). Maksud samak ialah membersihkan kulit dengan membuang darah, daging dan lendiran yang boleh merosakkan kulit dengan menggunakan bahan-bahan penanggal atau penghakis. Untuk melakukan samakan tidak disyaratkan orang Islam. Oleh itu, harus kita menggunakan kulit yang disamak oleh orang bukan Islam jika samakannya memenuhi maksud samak tadi iaitu membuangkan dari kulit segala lendiran, daging dan darah tadi (yakni yang tinggal hanya kulit sahaja).
Dikecualikan kulit anjing dan babi di mana ia terdapat khilaf di kalangan ulamak; apakah ia akan menjadi suci dengan samakan atau tidak? Menurut mazhab Syafiie; semua jenis kulit menjadi suci dengan samakan kecuali kulit anjing dan babi. Kulit anjing dan babi tidak akan menjadi suci walaupun setelah disamak kerana kedua-duanya adakah haiwan najis ketika hidup dan selepas mati. Oleh itu, menurut mazhab Syafiie; tidak harus orang Islam memakai kulit anjing dan babi sekalipun setelah ia disamak. Menurut mazhab Hanafi; semua jenis kulit menjadi suci dengan disamak kecuali satu kulit sahaja iaitu kulit anjing. Adapun kulit babi, ia menjadi suci jika disamak. Mazhab yang paling terbuka dalam masalah kulit inilah mazhab Daud az-Zahiri iaitu semua jenis kulit menjadi suci dengan disamak termasuklah kulit anjing dan babi.
Mengenai bulu pula, telah disepakati oleh para ulamak bahawa; bulu dari binatang yang halal dimakan (seperti bulu biri-biri) jika ia diambil ketika ia masih hidup (yakni dicabut atau dicukur ketika ia hidup), hukumnya adalah suci dan harus digunakan termasuk ketika solat. Adapun bulu binatang yang haram dimakan (harimau, singa, babi dan sebagainya), terdapat khilaf di kalangan ulamak. Menurut mazhab Syafiie; ia adalah najis. Menurut mazhab Maliki dan Hanafi; ia adalah suci.
Para ulamak juga berbeza pandangan tentang bulu dari bangkai iaitu binatang yang mati tanpa disembelih (seperti lembu atau kambing yang mati tanpa disembelih) dan binatang yang tidak halal dimakan apabila ia mati; adakah bulunya boleh dimanfaatkan atau tidak? Menurut mazhab Syafiie; bulunya adalah najis. Menurut mazhab Maliki dan Hanafi; bulunya adalah suci setelah dibasuh.
Kesimpulannya, dalam masalah bulu ini, mazhab Hanafi dan Maliki lebih terbuka berbanding mazhab Syafiie. Menurut mazhab Syafiie; hanya bulu haiwan yang halal dimakan sahaja yang suci dan boleh dibawa ke dalam solat dan itu pun disyaratkan bulu itu diambil ketika hidup atau dari haiwan yang disembelih (*yakni haiwan yang halal dimakan. Adapun haiwan yang haram dimakan, sekalipun disembelih ia tetap najis dan segala yang yang ada pada tubuhnya semuanya najis, kecuali kulit sahaja yang dapat menjadi suci dengan samakan). Sementara menurut mazhab Maliki dan Hanafi; semua jenis bulu adalah suci sama ada bulu dari haiwan yang halal dimakan atau yang haram dimakan, sama ada diambil ketika ia masih hidup atau selepas ia mati.
Merujuk kepada soalan di atas (iaitu mengenai kulit dan bulu biri-biri); jika melihat kepada mazhab Syafiie, kulit dan bulu biri-biri itu adalah suci jika ia dari biri-biri yang disembelih. Jika bukan dari biri-biri yang disembelih, hendaklah dilihat;
a) Jika yang hendak digunakan itu adalah kulitnya sahaja (tanpa bulu), ia adalah suci jika terdapat tanda ianya telah disamak (iaitu kulit itu telah bersih dari lendiran, darah dan najis, yakni yang tinggal hanya kulit sahaja). Oleh itu, harus digunakan ketika solat.
b) Namun jika yang hendak digunakan ialah kulit dan juga bulunya, tidak harus digunakan ketika solat kerana menurut mazhab Syafiie; bulu binatang yang mati tanpa disembelih adalah najis. Maka sekalipun kulitnya menjadi suci dengan samakan, tetapi bulunya tetap najis. Oleh itu, tidak harus ia dipakai ketika solat.
Bagaimana sekiranya kita tidak dapat memastikan apakah suatu bulu itu datangnya dari haiwan yang disembelih atau tidak? Menurut ulamak mazhab Syafiie; harus kita menggunakan bulu itu jika bulu itu dari haiwan yang halal dimakan. Ini kerana berpegang dengan hukum asal bagi bulu dari haiwan yang halal dimakan iaitu suci. Jika bulu itu dari binatang yang haram dimakan, tidak harus kita menggunakannya kerana menurut mazhab Syafiie; semua bulu dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Sekiranya kita tidak dapat mengetahui adakah bulu itu dari haiwan yang halal atau yang haram dimakan; para ulamak berikhtilaf; adakah harus kita menggunakan atau tidak harus? Sebahagian ulamak berkata; harus kita menggunakannya sebagai berpegang dengan hukum asal bagi segala benda di atas muka bumi ini iaitu harus dan suci. Sebahagian ulamak yang lain pula berkata; tidak harus digunakan selagi kita tidak pasti ia dari binatang halal atau binatang haram.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al -Majmuk, Imam an-Nawawi, 1/236, bab al-Aniyah.
2. Tafsir al-Qurtubi, Surah an-Nahl, ayat 80.
3. Al-Ijma’, Imam Ibnu al-Munzir, hlm. 23.
4. Nailul-Autar, Imam as-Syaukani, juz. 1, kitab at-Toharah, bab Ma Ja-a Fi Tathir ad-Dibagh.

Subscribe to:
Posts (Atom)