Saturday, March 23, 2013

Hukum Memasukkan Zakar Tiruan Ke Dalam Kemaluan Isteri Atas Kerelaan Isteri

Soalan

Isteri saya inginkan kepuasan maksima dalam hubungan suami isteri. Kadangkala saya tidak sampai nak memuaskan beliau kerana saya cepat inzal. Beliau mencadangkan agar saya menggunakan zakar tiruan terlebih dahulu dengan memasukkan ke faraj beliau sehingga beliau dah ready. Kemudian saya akan masukkan zakar saya supaya kami sama-sama dapat klimaks dalam masa yang sama.

Soalan saya, adakah diharuskan melakukan begitu atas kerelaan saya dan isteri saya dan kami rasa puas dalam hubungan

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat zakar tiruan tersebut tidak mendatangkan mudarat kepada isteri anda dan ia bukanlah sesuatu yang dihukumkan najis.
Keharusan ini berasaskan kepada keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2005.
Berikut adalah keputusan fatwa sebagai rujukan anda:
Muzakarah kali ke-69 pada 13-15 Jun 2005 memutuskan bahawa harus bagi pasangan suami isteri menggunakan alat bantuan untuk tujuan melakukan hubungan kelamin dengan syarat peralatan tersebut tidak membawa kemudaratan dan tidak najis.

Wallahu 'alam

1 comment:

  1. Apakah pula hukum memasukkan zakar palsu kedalam dubur isteri?

    ReplyDelete