Tuesday, March 5, 2013

Haid Tidak Teratur

Soalan

Salam, Ustaz sy ada masalah haid, datang kadang-kadang 6 hari, 7 hari dan ada kala 8 hari. Persoalannya kalau sy mandi pada hari ke 6 tengahari esoknya ada lagi (sedikit darah koko muda bila buang air kecil). tapi kalau sy tak mandi tiada pula darah yg keluar (haid kering hari ke 6). Sukar bagi sy nak tentu hari sesuai utk mandi. Akibatnya sy mandi berulang-ulang. apa komen Ustaz, sekian

Jawapan

Waalaikumusalam,
Majoriti ulamak dan para sarjana dalam bidang fekah telah merumuskan tentang kadar/tempoh haid bagi seseorang wanita yang normal adalah seperti berikut:
1.  Tempoh yang paling pendek ialah 24 jam @ sehari satu malam
2.Tempo sederhana ialah 7-8 hari,7-8 malam (rakyat di negara ini termasuk di negara lain).
3.Paling lama 15 hari 15 malam, selepas daripada itu ia dinamakan darah istihadah/penyakit.
Oleh kerana anda sudah yakin darah tidak lagi keluar maka jalan yang paling baik ialah mandi wajib.Ini bertujuan untuk membolehkan anda melaksanakan ibadah kepada Allah termasuk berpuasa dan membaca al-Quran al-karim.
Justeru panel nasihatkan agar anda janganlah melengah-lengah untuk mandi wajib jika anda telah yakin darah haid telah benar-benar kering.Untuk memastikan darah tersebut benar-benar kering anda boleh memasukkan butik kapas ke dalam faraj,jika tiada apa-apa kesan,ini bermakna ia telah kering dan sewajarnya anda  segera  mandi wajib.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment