Tuesday, March 19, 2013

Berat Badan Mempengaruhi Waktu Baligh?????

Soalan

assalamualaikum...
saya nak tanya. adakah faktor berat badan mempengaruhi waktu baligh? sbb sy berumur 15 tahun dan bertubuh gemuk. sy baru saja mengalami mimpi basah dua minggu lepas. adakah ianya normal atau sy baligh terlalu lambat?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Faktor kesuburan seseorang itu banyak bergantung kepada kematangan usianya.Justeru itu merupakan sunnatullah yang telah ditetapkan sejak azali lagi.Oleh itu ia merupakan sesuatu yang normal dan anda tidak perlu risau atau mempertikaikanya.
Baligh pada umur 15 tahun sesuatu yang biasa terjadi pada mana-mana orang yang sihat tubuh dan melambang ia tetap subur pada usia sedemikian.Justeru anda perlu hargainya ,Ini kerana   anda adalah insan yang bertuah sebab dianugerahkan mimpi basah pada usia sedemikian.
Malah terdapat  juga  insan-insan  yang lain  yang  tidak ada tanda mimpi basah walaupun umur mereka telah mencapai 20 tahun ke atas  atau lebih tepat tiada tanda-tanda seperti yang anda alami sekarang.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment