Friday, March 8, 2013

Adakah Dakwat Pen Perlu Dihilangkan?

Soalan

Assalammualaikum ustaz,saya ada dengar yang jikalau kulit terdapat dakwat pen atau kotoran hitam,mandi wajib tetap sah kerana air dapat mengalir melalui dakwat pen dan kotoran hitam tersebut. Jikalau saya hendak mandi wajib,perlukah saya mencuci sehingga dakwat pen atau kotoran hitam hilang?atau hanya memadai saja kerana air masih terkena pada kulit?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, dakwat pen tersebut perlu dilihat kuantitinya terlebih dahulu. Jika kuantitinya kecil/sedikit seperti hujung lidi, maka ia adalah dimaafkan.
Namun, jika kuantitinya banyak/besar, maka ia perlu dibersihkan terlebih dahulu kerana dakwat tersebut akan menghalang air daripada menyentuh/sampai ke kulit tangan anda, dan keadaan ini akan menjejaskan mandi wajib tersebut (tidak sah). Wallahu 'alam.

1 comment:

  1. assalamualaikum ustaz..sya mandi wajib..tpi selepas selesai mndi wajib...sya bru perasan ada kesan dakwat pen ditangan sya..tpi dah pudar n susah untuk dilihat...ada kah mandi wajib saya sah

    ReplyDelete