Tuesday, March 19, 2013

Mandi Hadas Besar

Soalan

Apabila kita mandi di wajibkan air keseluruh badan termasuk lubang dubur, soalan saya bagaimana dengan
bahagian biji mata kita, adakah diwajibkan basah dibahagian tersebut?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan mandi wajib ini, anggota badan yang wajib dikenakan air hanyalah anggota yang zahir sahaja. manakala anggota yang berada di sebelah dalam seperti lubang dubur, biji mata, lubang hidung, lubang telinga atau lainnya adalah tidak perlu untuk disampaikan air padanya.
Ringkasnya, yang wajib dikenakan air hanyalah anggota badan yang terbuka sahaja seperti bawah ketiak, bawah dagu, kelengkang, celah anak jari, lubang pusat dan yang seumpama dengannya.
Dari itu, biji mata tidak perlu untuk dikenakan air kerana ia bukan anggota badan yang terbuka. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment