Saturday, March 23, 2013

Bukan Islam Menjual Ayat Al-quran

Soalan

Adakah dibolehkan seorang bukan islam menjual, memainkan bacaan surah al-quran di tempat awam. Dalam telephone bimbit tertera ayat tersebut dan mendapat kelulusan kpdn

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang bukan Islam adalah dilarang untuk berbuat demikian. Jika terjadi, ia adalah satu penghinaan terhadap Kitab Suci tersebut dan perlu diadukan kepada pihak berkuasa agama tempatan untuk disekat daripada terus terjadi.
Sila berhubung dengan Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk membuat aduan. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment