Tuesday, March 19, 2013

Adakah Bapa Saya Tergolong Dalam Asnaf (miskin)untuk Menerima Zakat

Soalan

Salam..saya nak tanya, adakah ayah saya berhak mendapat zakat daripada pemerintah ? Dia tidak ada pendapatan tetap, cuma berniaga kecil-kecilan menjual laksa dan air. Pendapatan tidak tetap lebih kurang purata 200-250 sebulan. Seorang warga emas dan sudah tidak kuat untuk melakukan kerja yang berat. Ada seorang tanggungan anak juga tidak ada kerja tetap. Dia tiada berharta atau kebun. Sumbangan anak 1 dan 2 sahaja(lelaki) ialah sebanyak RM 500 sebulan. Jumlah pendapatan bapa 700 sebulan.

Jawapan

Wassalam,
Di Malaysia, pihak pemerintah telah menentukan barang siapa yang mempunyai pendapatan bulanannya di bawah RM500, mereka adalah tergolong di dalam golongan orang yang miskin.
Oleh itu, memandangkan ayah anda hanya berpendapatan lebih kurang RM200-RM250 sebulan, maka beliau adalah termasuk di dalam kategori orang yang miskin.
Walau bagaimanapun, untuk mengetahui sama ada ayah anda layak untuk menerima wang zakat ataupun tidak, anda diminta merujuk kes ini ke pejabat Majlis Agama Islam Negeri yang berdekatan dengan rumah ayah anda. Hal ini adalah kerana pihak yang bertanggungjawab menguruskan persoalan zakat di negara ini ialah Majlis Agama Islam setiap negeri.
Semoga dengan merujuk kes ini kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri yang berhampiran menyebabkan ayah anda akan menerima haknya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Segala kesulitan yang timbul amak dikesali. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment