Tuesday, March 5, 2013

Solat Subuh Dan Caranya

Soalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ustaz.saya ingin bertanya.sekiranya kita menunaikan solat subuh berjemaah semasa imam membaca doa qunut perlu ke kita juga membaca doa qunut @kita hnya berdiam dan cuma mengaminkan apa yg dibaca oleh imam.

Jawapan

Dalam solat berjemaah, bacaan yang perlu dibaca oleh seorang makmum hanyalah Surah al-Fatihah sahaja. sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihahul kitab (Al Fatihah -ed).”
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi, maksudnya:
Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda ketika selesai melaksanakan solat subuh kepada para sahabatnya, ertinya:
“Apakah ada di antara kalian yang membaca di belakang imam?” Mereka
menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.” Lalu Baginda berkata yang artinya, “Janganlah kalian melakukannya kecuali Ummul Qur’an (Al Fatihah) kerana sesungguhnya
tidak ada solat bagi orang yang tidak membacanya.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Hanifah dan Daruquthni)

Berasaskan kepada dua maksud hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa di dalam solat berjemaah, seorang makmum hanya diwajibkan untuk membaca surah al-fatihah sahaja kerana ia adalah salah satu daripada rukun di dalam solat. manakala bacaan yang lain termasuklah doa qunut tidak perlu untuk dibaca oleh para jemaah kerana ia telah dibacakan oleh imam. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment