Tuesday, March 19, 2013

Lengahkan Solat Kerana Waktu Rehat

Soalan

Assalamualaikum panel, saya ingin bertanya adakah saya berdosa sekiranya manager di tempat saya bekerja menghalang saya solat di awal waktu sebaliknya saya disuruh mengrjakan solat pada waktu rehat yg waktunya dlam linkungn 6.15 pm ke ats...adakah waktu tersebut dianggap lewat bagi solat asar... adakah saya wajar mngikut arahnnya...mohon jelaskan.... terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam masalah ini, anda tidak dihukumkan berdosa kerana mengerjakan Solat Asar pada jam tersebut. waktu Asar hanya akan tamat apabila terbenamnya matahari pada hari tersebut.
oleh yang demikian, anda tidak bersalah sekiranya mengerjakan Solat Asar pada jam 6:15 petang kerana waktu Asar masih belum tamat lagi, yang salah dan dilarang ialah meninggalkan solat tersebut sehingga tamat waktunya.
Oleh itu, anda dibenarkan untuk mengikut arahan majikan anda. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment