Soalan
Assalamualikum kepada ustaz ustaz dan ustazah. Kalau kita ber " Friendly
" dengan anjing and at the same time saya tak mandi wajib. Sekian lama
berbuat demikian saya dah terbuka hati nak kembali ke jalan yang benar
tetapi saya tak tahu mana yang patut saya buat dulu. Perlu kah saya
Mandi Wajib dulu atau Samak dahulu ? Terima Kasih.
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bersyukurlah ke Hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana telah mengurniakan taufiq dan hidayahnya kepada diri anda.
Mengenai persoalan ini, Panel merasakan anda perlu melakukan sertu badan anda terlebih dahulu menggunakan air yang dicampur dengan tanah dan dibilas dengan enam kali bilasan yang lain menggunakan air yang mutlak seperti air paip atau sebagainya.
Setelah tubuh badan anda suci daripada najis mughallazah tersebut, barulah anda melakukan mandi wajib yang selama ini anda tinggalkan.
Setelah diri menjadi suci dan bersih daripada segala bentuk najis dan hadas, mulakan perubahan dengan melakukan taubat di atas segala dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan sebelum ini.
Panel doakan semoga taubat yang anda lakukan adalah taubat nasuha. Semoga kebahagiaan akan menanti anda di akhirat nanti. Wallahu 'alam.
Nota:
Samak - Proses pembersihan kulit bangkai haiwan selain daripada anjing, babi dan keturunannya.
Sertu -Proses penyucian najis mughallazah dengan menggunakan air campuran tanah dan dibilas dengan enam kali bilasan menggunakan air yang mutlak seperti air paip atau sebagainya.

alhamdullilah terima kasih ustaz saya bersyukur sangat dapat jawapan dari ustaz
ReplyDelete