Soalan
Assalamualaikum...saya tusyen di 1 tempat dimana guru saya adalah
seorang kafir...apakah batas auratnya bagi perempuan dan lelaki yang
melihat??adakah kita juga perlu menjaga mata apabila dengan seorang
kafir??
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, oleh sebab guru tersebut bukan beragama Islam, maka dia tidak terikat dengan cara berpakaian di dalam Islam.
Walau bagaimanapun, guru tersebut boleh diminta supaya tidak memakai pakaian yang terlalu seksi semasa mengajar sebagai satu penghormatan kepada anak muridnya yang beragama Islam. namun, jika guru tersebut enggan dan tidak dapat berkerjasama maka adalah dinasihatkan supaya anak muridnya yang beragama Islam mencari guru yang lain demi untuk menjaga hak dan mengutamakan hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Allah berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.
(Surah Ali Imron 03: 102)
Allah menjelaskan lagi di dalam firmannya tentang kemuliaan orang yang bertaqwa (takut dan taat) kepadanya di dalam firmannya di bawah ini, maksudnya:
“...Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...”
(Surah al-Hujurat 49:13)
Semoga anda dapat memilih dan mengutamakan apa yang lebih utama di dalam hidup ini. Hidup tidak sudahnya dengan ujian dan dugaan. Diharap kita lulus di dalam ujian yang telah ditakdirkan untuk diri kita dan menyebabkan kita bahagia di dunia dan di akhirat nanti. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment