Tuesday, March 19, 2013

Gantung Gambar Si Mati

Soalan

Assalamualaikum wbt. Ahli keluarga saya mendakwa bahwa gambar org yg telah mati yg digantung pada dinding akan menyebabkan roh si mati tidak tenang di sana wpun gambar tesebut menutup aurat. Benarkah dakwaan tersebut benar?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah bersabda, maksudnya:
"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya (hubungan dengan dunia) melainkan tiga perkara, iaitu; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang mendoakannya".
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi).

Melalui maksud hadith di atas, jelas kepada kita bahawa setiap orang yang mati akan terputus hubungannya dengan dunia ini melainkan tiga perkara tersebut sahaja.
Oleh itu, gambar yang digantung oleh kaum keluarganya tidak akan membawa apa-apa kesan pada si mati. Oleh yang demikian, dakwaan yang menyatakan bahawa gambar tersebut akan menyebabkan si mati menjadi tidak tenang adalah dakwaan yang tidak berasaskan kepada dalil yang diterima di dalam Islam, iaitu ayat al-Quran ataupun hadith yang sahih. Dari itu, apa yang dapat disimpulkan ialah dakwaan tersebut tiada kebenarannya. Wallahu 'alam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, apakah hukum apabila kita mengeluarkan gambar si mati (perempuan) sewaktu kecil walhal si mati meninggal setelah akil baligh.

    ReplyDelete