Saturday, March 23, 2013

Sembelihan, Aqiqah, Korban

Soalan

Assalamualaikum..adik lelaki saya telah meninggal dunia dan dia belum di aqiqah kan olh kedua ibubapa saya..perlu atau tidak arwah di aqiqahkan?

Jawapan

Dalam hal ini, menurut pendapat para fuqaha’ adik lelaki anda masih perlu dibuatkan aqiqah untuknya walaupun beliau hanya sempat hidup beberapa ketika sahaja.
Di dalam islam, penyembelihan tersebut merupakan satu petanda yang menunjukkan betapa bersyukurnya seorang ibu dan ayah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas kurniaan seorang cahaya mata
Selain itu, ia juga merupakan satu cara untuk mendapatkan syafa’at dari anak tersebut semasa di Hari Akhirat nanti. Anak-anak yang meninggal semasa kecil akan dimasukkan terus ke dalam syurga oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana mereka mati tidak membawa sedikit dosa sekalipun.
Apabila tiba di Akhirat nanti, mereka akan meminta dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya ditemukan dengan kedua ibu bapa mereka. Untuk itu, ibu bapanya akan diampunkan dosa oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi membolehkan mereka berdua bertemu dengan anak mereka dan mereka akan bersama masuk ke dalam syurga.
Demikianlah kelebihan yang akan diperolehi oleh ibu dan ayah yang diuji dengan kematian anak diwaktu kecil mereka.
Ringkasnya, ibu dan ayah anda adalah diharuskan untuk melakukan penyembelihan Aqiqah bagi adik lelaki anda sebagai satu cara untuk melahirkan rasa bersyukur di atas kurniaan seorang anak oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'Alam.

1 comment:

  1. Salam...saya ingin tahu...aqiqah dengan korban boleh di buat serentak atau kena berasingan??

    ReplyDelete