Tuesday, March 19, 2013

Pengeluaran Wang Kwsp

Soalan

Assalamualaikum. baru-baru ini saya ada mengeluarkan keseluruhan wang kwsp setelah berkhidmat 3 tahun dengan kerajaan.jumlah yang saya dapat ialah lebih kurang RM18 000 dan berapa peratuskah saya perlu membayar zakat. boleh ke zakat tersebut saya berikan kepada ibu saudara saya yang tidak bekerja dan tidak pernah berkahwin kerana beliau ada masalah kesihatan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, zakat wang simpanan yang dikenakan ke atas anda ialah 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan wang KWSP yang anda terima.
Walau bagaimanapun, sebelum anda keluarkan zakat wang KWSP tersebut, anda perlu mengetahui tentang awal nisab zakat yang telah ditentukan di negeri yang anda tinggal pada hari ini. oleh itu, hubungi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berhampiran dengan rumah anda untuk mengetahuinya.
Setelah dikira dan diketahui jumlah yang perlu dikeluarkan, anda diharuskan untuk memberi wang zakat tersebut kepada ibu saudara anda dengan syarat beliau adalah termasuk di dalam golongan mereka yang berhak untuk menerima wang zakat. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment