Friday, March 8, 2013

Pengurusan Tabung Anak Yatim

Soalan

As-salam...
Kami sekeluarga ada menguruskan urusan kewangan/tabungan mak saudara yang kurang upaya. AJK keluarga menjalankan tugas pengurusan kewangan tersebut untuk segala aktiviti berkenaan mak saudara kami seperti yuran bulanan Sri Tanjung (Rumah Org Tua Tua), pakaian, perubatan dan lain lain.

Kami perlukan kepastian daripada pihak Tuan/Puan, apakah tabungan tersebut dikenakan zakat simpanan? Kami berharap semoga mendapat penjelasan daripada pihak Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, wang di dalam tabung tersebut perlu dizakatkan apabila memenuhi syarat yang mewajibkan zakat, iaitu genab satu tahun disimpan dan juga  cukup nisab (jumlah) yang ditetapkan. Sila berhubung dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berhampiran dengan anda untuk dapatkan maklumat lanjut mengenainya dan zakat tabung tersebut juga boleh dijelaskan di kaunter tersebut. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment