Tuesday, March 19, 2013

Botol Arak Diisi Kandungan Lain.

Soalan

Baru2 ini bapa sy telah membeli sebotol thinner dr sebuah pasaraya. Apabila sy amati botol itu, terdapat logo guinness pada permukaan kaca botol tersebut. Botol itu di'recycle' semula, cuma labelnya ditukar. Bolehkah bapa sy gunakan thinner yg diisi di dalam botol itu?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, thinner bukanlah satu bahan makanan. Oleh itu, ia boleh digunakan oleh ayah anda sekalipun ia diisi di dalam botol yang pernah digunakan untuk mengisi minuman keras (arak).
Ringkasnya, thinner tersebut boleh digunakan tanpa sebarang halangan atau sekatan. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment