Soalan
Assalamualaikum, saya sudah melakukan dosa dan sudah bertaubat kepada
Allah SWT. tetapi saya masih tidak mampu melawan hawa nafsu saya
sendiri. Pelbagai cara saya lakukan seperti solat,membaca al-quran dan
berzikir tetapi tidak memberikan kesan sedikit pun kepada saya? Mengapa
panel? Sekeras-kerasnya saya melawan hawa nafsu saya tapi saya tidak
mampu. Tolong beri petunjuk kepada saya panel? Saya takut dengan hukuman
di akhirat nanti. Terima kasih.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Antara sebab kenapa anda gagal kawal nafsu ialah:
1.Nawaitau/niat anda kabur untuk berhenti terus.
2.Anda gagal meletakkan target untuk berhenti melakukan dosa
3.Tiada unsur dendaan berbentuk gandaan ketika melakukan kesalahan yang sama
4.Anda tidak pernah bayangkan bahaya malaikatul maut sedang memerhatikan perbuatan anda
5.Anda tidak pernah bayangkan bahawa api neraka sedang menjulang tinggi ketika anda melalui siratulmustaqim.
6.Anda tidak pernah terbayangkan bahaya semasa anda lakukan dosa tersebut sebenarnya anda cuma ada beberapa saat untuk mati.
Justeru sebelum terlambat panel hendak uji,sanggupkah anda bakar salah satu jari telunjuk anda dengan api yang telah dicelup 1/40 atau 1/60 yang anda gunakan untuk memasak.Jika anda tidak sanggup berhentilah dengan segera dan jangan bertangguh lagi.Ini kerana kematian tidak akan tunggu anda berhenti daripada melakukan maksiat dan dosa.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment