Friday, March 8, 2013

Penggunaan Window Xp Palsu

Soalan

Saya telah membeli laptop second hand atau fotmat laptop tersebut.Tanpa disedari,saya telah menggunakan window yang palsu atau pun dicopy.Apakah hukum jika saya membuat perniagaan melalui window tersebut?Adakah saya boleh meneruskan penggunaannya?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
mengenai penggunaan software cetak rompak ia adalah tidak dibenarkan kerana ia menceroboh hak milik orang lain dan menceroboh hak orang lain adalah dilarang (haram) di dalam Islam.
Pihak berkuasa tempatan juga telah mengeluarkan ketetapan bahawa menyimpan barangan cetak rompak adalah dianggap sebagai kesalahan mencuri.
Oleh yang demikian, Panel mengesyorkan supaya anda menggunakan perisian window yang original dan memulakan perniagaan dengan cara yang lebih bersih dan telus kerana ia adalah lebih berkat. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment