Soalan
assalammualaikum. pd 1 dis lepas saya diceraikan dgn talak 1 tanpa saksi
& lepas seminggu suami melafazkan rujuk 'saya rujuk awak kembali'
juga tanpa saksi & kami telah bersama. kemudian atas nasihat ibu
mertua kami failkan cerai tersebut di mahkamah syariah, disahkan jatuh
talak 1 oleh hakim.kami terus rujuk kembali di depan pegawai pejabat
agama tanpa memaklumkan tentang rujuk yg telah dilafaz suami sebelum
itu. soalan saya apakah hukum dan sahkah rujuk kami kerana berlaku 2
kali lafaz?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, cerai dan rujuk yang telah anda berdua lakukan sendiri adalah sah (jika mahkamah putuskan ia adalah sah) dan apa yang dilakukan di mahkamah hanyalah proses merekod sahaja. proses merekod atau pendokumanan yang dibuat tidak menyebabkan terjatuhnya talaq atau rujuk yang baru.
Semoga selepas ini hubungan anda dan suami akan menjadi lebih intim dan rapat. Selamat berbahagia hingga ke syurga Allah, amin. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment