Saturday, March 23, 2013

Adakah Saya Masih Menerima Dosa??

Soalan

dahulu saya tdk mnutup aurat tp kini saya sudah menutup aurat.saya m'punyai gambar yg tdk mnutup aurat di dalam friendster yg kini bertukar menjadi website game.saya sudah cuba untuk membuangnya tp apabila saya membuka account saya, gambar itu telah pun hilang.adakah saya masih menerima dosa sekiranya gambar itu masih ada di dalam website tersebut walaupun saya tidak tahu?
saya mmpunyai gmbr yg tdk mnutup aurat dlm phone saya,tp phone saya itu telah pun dicuri.adakah saya akan mnerima dosa itu?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bersyukurlah ke Hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana telah memberikan hidayah dan petunjuknya kepada anda untuk berubah menjadi hambanya yang lebih bertaqwa.
Mengenai masalah yang anda nyatakan di dalam soalan, anda adalah dikira tidak berdosa kerana anda telah berusaha untuk mencari dan mengeluarkan gambar tersebut daripada dilihat oleh mereka yang bukan mahram dengan anda tetapi anda gagal melakukannya. Walau apa pun, anda telah berusaha mengikut kemampuan yang anda mampu lakukan tetapi anda tidak berupaya untuk mencari kesemuanya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman di dalam al-Quran, maksudnya:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala sesuai dengan kemampuan kamu”.
(Surah At-Taghobun [64] : 16).

Oleh itu, perbanyakanlah beristighfar dan yakinlah sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambanya yang bertaqwa. Semoga hidup anda selepas ini akan lebih diberkati dan diredainya sehingga ke akhir hayat. Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment