Saturday, March 23, 2013

Kemusykilan Tentang Masalah Talak

Soalan

Salam.. saya ada kemusykilan tentang adakah jatuh talak sekiranya suami tidak menyetubuhi isteri setelah isteri 3 kali suci... terima kasih..

Jawapan

Wassalam,
Dalam perkara ini, talaq adalah tidak terjatuh melainkan suami tersebut ada melafazkan Ta'liq.
Walau bagaimanapun, jika tempoh tiga kali suci tersebut adalah bersamaan dengan 4 bulan Islam (lebih kurang 118 hari), maka isteri tersebut adalah layak untuk menuntut Ta'liq daripada mana-mana Mahkamah Syariah di Malaysia.
Hal ini adalah kesan daripada Ta'liq yang telah dibuat oleh semua suami di negara ini selepas selesai majlis aqad nikah yang dibuat di hadapan imam nikah.
Namun begitu, di dalam kes seperti ini Ta'liq tidak akan terjatuh dengan sendirinya melainkan isteri tersebut pergi ke mana-mana Mahkamah Syariah untuk membuat tuntutan Ta'liq dan membayar wang sebanyak RM10 (jika di Wilayah Persekutuan, RM1 jika di negeri yang lain). Sila rujuk Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan selanjutnya. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment