Saturday, March 23, 2013

Adakah Sah Mandi Wajib Jika Selepas Mandi Kita Buang Air?

Soalan

Assalamualaikum..sye ingin bertanya...Adakah sah mandi wajib jika selepas mandi wajib kita buang air?dan satu lagi...semasa buang air kecil selapas mandi wajib sye dapati ada cecair panjang keluar tidak putus beberapa cm adakah itu air mazi atau air mani?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mandi wajib anda adalah sah . ringkasnya, membuang air selepas atau semasa melakukan mandi wajib tidak akan menjejaskan status mandian tersebut dengan syarat mandian tersebut dimulakan dengan niat mengangkat hadas besar dan air telah diratakan ke keseluruhan anggota badan anda.
Mengenai air atau cecair panjang yang keluar semasa anda membuang air kecil selepas selesai mandi wajib, ia berkemungkinan saki baki air mani atau air mazi yang masih belum habis keluar daripada kemaluan anda. ia hanya perlu anda cuci dan bersihkan sahaja. ringkasnya, mandi wajib tidak perlu diulang. Wallahu 'alam.

4 comments:

  1. Macam mna pulak,jika sedang mandi wajib tiba2 kluar air atau cecair panjang tesebut (saki baki mazi/mani)

    ReplyDelete
    Replies
    1. #kluar cecair dalam keadaan brlum selesai mandi wajib..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya sudah selesai mandi wajib..baru nak pakai pakaian tiba-tiba keluar mazi...saya pun terpinga-pinga...waktu tu dah lambat ke sekolah

    ReplyDelete