Friday, March 8, 2013

Onani,phone Sex Dgn Kekasih Dan Menonton Video Lucah

Soalan

salam,saya perempuan ttp nafsu seks saya sgt kuat sehingga kadang2 bronani sejak sklh rendah lagi.saya ada kekasih & saya sntiasa melakukan phone sex brsama kekasih saya&prnah melihat kemaluannya melalui mms.ttp skrg kami sudah tidak melakukannya lagi kerana kami tekad utk berubah,dia banyak berubah & menasihati saya.Ttp,nafsu seks saya trlalu tinggi sehingga saya akan menonton video lucahutk melepaskn nafsu saya.saya nak kahwin ttp keluarga mghalang krn dia&saya masih muda.apakah nasihat tuan??

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, penawar penyakit anda ini ada disebut oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka berkahwinlah sebab ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa yang masih tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, sebab pada puasa itu ada penawarnya".
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)

Ringkasnya, tabahkanlah hati anda di dalam menghadapi tekanan nafsu syahwat tersebut. mohonlah kekuatan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar tidak terdorong untuk melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada kemurkaannya, iaitu zina.
Selain itu, anda juga dicadangkan supaya tidak duduk bersendirian kerana ia lebih memudahkan untuk mendorong anda memikirkan perkara-perkara yang dapat meningkatkan nafsu syahwat anda.
Ringkasnya, sibukan diri dengan melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah ataupun sibukkan diri dengan membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat ataupun tambahkan masa untuk berzikir ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. sesungguhnya dengan mengingati Allah Subhanahu Wa Ta'ala hati akan menjadi tenang. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah". Ketahuilah! Dengan "mengingati Allah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".
(Surah Ar-Ra'd 13: 28)

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment