Tuesday, March 19, 2013

Hukum Melakukan Solat Jamak Dan Qasar

Soalan

Assalamualaikum.Sy solat Jamak Taqdim dan Qasar waktu Maghrib,Isyak pd wktu Mghrb sebelum saya menaiki kereta api dri KDAH ke KL..Pd waktu itu fikiran sy msih keanakan dan sy bimbang solat Isyak sy akn terganggu jka sy solat di dlm kreta api tersebut~Kemushkilan sy apabila sy belumpun melepasi perjalanan 90 marhalah dan sy baru hendak bertolak,maknanya sy masih di KDAH.Ttapi sy telah melepasi sempdan tempat tinggal sy wlaupun x sampai 90 mrhlah. Sahkah slt itu?Jika x,prlukah sy qhada krna jhil?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Syarat sah untuk solat jamak dan qosar bagi maghrib dan isyak ialah seperti berikut:
1.Jarak perjalanan Dua marhalah lebih kurang 89.8km
2.Musafir  dengan tujuan baik dan bukannya untuk melakukan maksiat
3.Perjalanan memang terdapat solat waktu yang wajib ditunaikan.
4.Orang musafir perlu keluar daripada kariyah yang didiami sekarang.
Oleh kerana anda hendak bermusafir maka anda kenalah keluar daripada kariah anda, apabila berjumpa surau atau masjid, bolehlah anda tunaikan solat maghrib secara  jamak taqdim   dan seterusnya Qasar untuk solat Isyak, tempoh ini akan berterusan sehinggalah sebelum anda sampai di tempat yang di tuju.Jika anda lakukan sedemikian maka sahlah solat anda  DAN anda tidak perlu ulangi semula solat berkenaan.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment