Tuesday, March 19, 2013

Kemusyilan Mandi Wajib

Soalan

jika terdapat sambal di celah kuku dan semasa mndi wajib saya hanya lalukan air di kawasan tersebut tanpa mengeluarkannya tetapi dgn perasaan yakin air tersebut menyerap dan kena pada kuku tersebut adakah sah mandi wajib saya? adakah air yg menyerap dan bercampur dgn sambal yg terkena pada kulit tu dikira air mutlak lagi . adakah sah?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, sambal adalah satu jenis masakan yang digoreng. Masakan yang bergoreng seperti sambal mempunyai kandungan minyak. Seperti yang sedia maklum, minyak dengan air tidak boleh disatukan. Oleh itu, sambal tersebut berkemungkinan besar akan menyebabkan mandi wajib anda menjadi tidak sah kerana kuku kaki anda yang terkena sambal tersebut tidak dapat dikenakan air kerana wujudnya minyak daripada sambal tersebut. tambahan pula anda tidak menggosok pada kawasan sambal tersebut semasa melakukan mandian.
Oleh itu, anda dinasihatkan supaya melakukan mandi wajib tersebut semula dan sila pastikan tiada sebarang sekatan atau halangan pada tubuh badan anda yang boleh menghalangi air daripada mengenai kulit badan anda. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment