Soalan
apabila seseorang itu mabuk dengan sengaja,dan berniat untuk cerai isterinya........adakah niatnya diambil kira?
Jawapan
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang mabuk adalah orang yang tidak waras akal fikirannya dan orang yang tidak waras tidak akan dibebankan dengan tanggungjawab ataupun hukum Syara'.
Oleh itu, jika mereka sudah tidak dibebankan dengan tanggungjawab menanggung hukum Syara', ini bermakna niat yang mereka buat juga adalah tidak mendatangkan apa-apa faedah untuk dirinya dan ia juga dikira sebagai satu benda yang sia-sia.
Oleh yang demikian, niat orang yang sedang mabuk adalah tidak dikira. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Terlepas daripada dosa dan hukuman ke atas tiga golongan, iaitu kanak-kanak sehingga dia baligh, orang yang tidur sehingga dia terjaga (sedar) daripada tidurnya dan orang gila sehingga dia sembuh (siuman)”.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Kesimpulan yang dapat dibuat berasaskan kepada perbincangan di atas, niat tersebut tidak akan menjatuhkan talaq ke atas isterinya.
Sila rujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mengesahkan jawapan ini. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment