Tuesday, March 5, 2013

Solat Jamak Bagi Suami Isteri Duduk Berasingan

Soalan

Assalammualaikum...
Saya dan isteri duduk berasingan lebih 150km kerana kerja. adakah boleh saya solat jamak di rumah isteri(rumah mentua) semasa pulang bersamanya hari setiap cuti hujung minggu dan sebaliknya jika pulang ke rumah kami? dan bagaimana jika saya keluar berjalan-jalan keluar dari mukim tersebut (rumah mentua), bolehkah jamak? Mohon jelaskan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda diharuskan untuk melakukan jamak dan qasar di rumah mertua anda dengan syarat anda tidak berada di rumah tersebut melebihi daripada tiga hari.
Demikian juga halnya dengan isteri anda.
Ringkasnya, anda dan isteri boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar dengan syarat tidak berada di rumah mertua/rumah anda melebihi daripada 3 hari.
Mengenai perjalanan yang dimulakan daripada rumah mertua, anda boleh terus melakukan Solat Jamak dan Qasar.
Namun bagi isteri anda pula, kebenaran untuknya melakukan Solat Jamak dan Qasar adalah bergantung pada jarak perjalanan yang ingin ditempuhi. Jika kurang daripada 2 marhalah (kurang 90 KM), maka beliau tidak layak untuk melakukannya.
Sila rujuk dalam buku panduan Solat Jamak dan Qasar untuk penjelasan yang lebih terperinci. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment