Tuesday, March 19, 2013

Wang Pemberian Ikhlas Akhirnya Dianggap Hutang

Soalan

as salam ustaz....saya telah mengenali seorang gadis dan kami sering berjumpa dan menjadi loving couple.gadis tersebut selalu memberikan duit belanja kepada saya.sekiranya saya kesempitan wang,gadis tersebut dengan ringan hati memberikan wang kepada saya tanpa mengenakan syarat berhutang.Tetapi apabila hubungan kami mulai retak,gadis tersebut mengambil keputusan menganggap wang yang diberikan selama ini kepada saya adalah sebagai satu hutang.Adakah saya wajib membayarnya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, wang tersebut tidak wajib untuk anda membayarnya. Hal ini kerana semasa pemberian wang tersebut tiada sebarang aqad pinjam meminjam yang dilakukan di antara anda dengan dirinya.
Dari itu, wang tersebut tidak wajib untuk anda membayarnya. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment