Tuesday, March 5, 2013

Solat Berjemaah

Soalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ustaz.saya nk bertanya,sekiranya saya dtg saya telah tertinggal 3 rakaat,setelah selesai saya bangun dan buat 3rakaat yg tertinggal,masalahnya saya musykil semasa buat 3rakaat yg tertinggal tu,adakah masa rakaat ke2 tu saya perlu baca tahiyaat awal ataupn cuma baca tahiyat akhir di rakaat ke3 itu.sbb seblm tu saya dh baca tahiyat awal

Jawapan

Waalaikumusalam,
Apabila anda tertinggal 3 rakaat dan ikut imam  semasa masbuk,sewajarnya  anda sempurnakan 3 rakaat  tersebut .Justeru anda perlu juga baca tahiyyat awal walaupun anda telah baca bersama imam pada awal kedatangan anda untuk berimamkan dalam solat.
Dalam hal ini  panel nasihatkan agar anda janganlah  terlalu berkira untuk melakukan ibadah.Perkara ini sebenarnya telahpun ditetapkan oleh ulamak  bidang fekah sedemikian rupa.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment