Soalan
SAYA TELAH MENGAMBIL WUDUK, KEMUDIAN BERSENTUHAN KULIT DENGAN ISTERI. SAYA TAHU, MAZHAB SAHFIE' KATA BATAL. KENAPA HUKUMNYA MENJADI BATAL???. SEDANGKAN SAYA DAN ISTERI ADA IKATAN YANG SAH. BOLEH TOLONG JELASKAN.
Jawapan
Assalamualaikum w.b.t
Berdasarkan kepada ayat 43 dari surah An-Nisa' yang bermaksud:
" atau kamu menyentuh perempuan-perempuan"
Tafsiran dari ayat ini, ialah lelaki/ suami yang menyentuh isterinya atau perempuan Anjnabiah tanpa berlapik. Ketika itu batal wudhuk keduanya.
Lafaz " sentuh " itu jika mengikut mazhab maliki bererti bersetubuh dengan isteri, oleh yang demikian bagi mazhab maliki bersentuhan kulit dengan isteri itu adalah tidak membatalkan wudhuk.
Namun tafsiran bagi mazhab syafi'e adalah bersentuh itu bererti bersentuh kulit samada lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi atau yang sudah berkahwin maka batal wudhuk keduanya.
Oleh itu, walaupun suami isteri itu sudah mempunyai ikatan yang sah namun masih terikat dengan perkara berkaitan wudhuk.
Contoh paling hampir, Isteri yang sudah dinikahi dan halal baginya apabila berlakunya persetubuhan keduanya maka wajiblah mandi hadas besar walaupun mereka itu sudah dikira halal kerana hubungan mereka itu. Begitu juga dengan wudhuk, walaupun isteri itu sudah dikira halal namun wudhuk tetap terbatal dan perlu diperbahurui jika terbatal.

No comments:
Post a Comment