Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang alam akhirat. Adakah kita akan bertemu semula dengan anak2 dan ibubapa kita di dalam akhirat nanti. Itu sahaja. Sekian.
Jawapan
Waalaikumussalam, semua keluarga yang terdiri ibubapa,abang,kakak dan adik beradik akan berjumpa semula di alam akhirat setelah mereka menjalani hukuman daripada Allah SWT.Oleh itu bagi menjamin agar masing-masing bertemu dalam keadaan baik / rukun damai, perlu semasa di dunia kita amalkan @ pupuk prinsip berbaik sangka,tolong menolong dan jangan ada perasaan hasad dengki sesama ahli keluarga.Andaikata kita mempunyai perasaan dendam dan dengki mengakibatkan lambatnya proses pertemuan itu.Justeru panel menasihatkan kekalkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga sebagaimana yang disarankan oleh hadith baginda yang bermaksud:
"Sesiapa yang memutuskan silaturrahim,ia sebenarnya telah memutuskan jalan ke syurga Allah SWT".
Berdasarkan maksud hadith ini jelaslah bahawa menjaga silaturrahim itu merupakan salah satu pra syarat untuk jaminan ke syurga.Justeru panel menyarankan agar kita menjaga hubungan tersebut ketika kita masih di dunia.Sekiranya perkara ini kita ambil perhatian Insya'Allah pertemuan tersebut akan berlaku sebagaimana yang kita impikan.Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment