Friday, January 27, 2012

Qada' Solat Kerana Sebab Tertentu.

Soalan

Assalamualaikum ustaz.Saya bekerja sbg seorg jururawat dan bekerja shift.bagaimana kalau ketika bekerja saya tidak sempat menunaikan solat.sebagai contoh jika saya bekerja shift petang,iaitu 2pm-9pm.Selalunya saya akan terlepas untuk solat asar dan maghrib kerana pd masa tersebut ada kerja yang di lakukan samada kecemasan atau tidak cemas ttp tidak dapat di tinggalkan kerana tanggungjawab kerja.Jadi bolehkah saya mengqada'kan solat maghrib dlm isya' dan solat asar semasa zohor lagi.adakah sah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sebagai seorang manusia kita tidak dapat untuk melepaskan diri daripada menjaga dua perhubungan yang utama, iaitu hubungan dengan tuhan (Allah bagi seorang muslim) dan juga hubungan sesama manusia.
Namun pada hari ini, ramai dari kalangan manusia yang terlalu menjaga hubungan sesama manusia dan mengabaikan hubungannya dengan Allah Tuhan yang memberinya rezeki dan segala nikmat yang tidak dapat dihitung dengan jarinya.
Mengenai persoalan yang ditanya, solat fardu adalah ibadat yang wajib dikerjakan oleh setiap manusia yang beriman.  Ia tidak boleh ditinggalkan dengan sewenang-wenangnya. Hanya beberapa sebab sahaja yang diizinkan oleh Syara' yang membolehkan solat diqadha’. Sebab-sebab tersebut adalah seperti:
1.         Terlupa untuk mengerjakan solat.
2.         Tertidur.

Dua sebab ini ada dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam hadisnya di bawah ini:
1.         Dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu:
"Barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila teringat. Tidak ada hukuman selain dari itu”.
[Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Misykat al-Masabih, 3/181/046].

2.         Dari Qatadah radiallahu ‘anhu:
“Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
[Hadith Riwayat Imam Muslim].

Oleh yang demikian, alasan anda untuk mengqadha’ dua solat fardu tersebut tidak menepati dengan kehendak Syariah dan anda dinasihatkan supaya berusaha untuk mendirikannya dalam waktunya. Lagi pun negara kita adalah sebuah negara Islam, Panel pasti tidak ada majikan yang akan menghalang pekerjanya untuk menunaikan tuntutan agama yang dianutinya apatah lagi seorang pekerja yang beragama Islam.
Mengenai persoalan mengqadha’ terlebih dahulu solat Asar dalam waktu Zuhur, ia tidak boleh dilakukan kerana solat qadha’ dikerjakan apabila telah meninggalkan solat fardu. Tetapi dalam masalah anda ini solat Asar tersebut masih belum dikerjakan lagi. ringkasnya, ia tidak menepati dengan ketentuan Syariah dan tidak diterima. Wallahu 'Alam.

4 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz .. saya ingin bertanya.. saya bekerja dengan syarikat swasta dimana manager adalah beragama cina kristian.. waktu rehat kami adalah dari jam 12 sehingga 12.45pm .. sedangkan waktu zuhur adalah lebih kurang 1.15pm.. kami juga tidak disediakan ruang utk solat. dan tidak diberi keizinan utk solat zuhur.. ape yg perlu saya buat? Dan boleh kah saya qhada solat zuhur tersebut? Adakah perkara ini berdosa ustaz? Harap dapat memberi penjelasan kepada hamba allah ni..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum ustaz...saya juga mengalami masalah untuk bersolat ketika bekerja...bukan kerana terlupa atau tertidur mahupun sengaja. Tetapi majikan saya tidak membenarkannya. Adakah saya, boleh qada' solat tersebut?

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz...masalah saya sama seperti soalan di atas..tetapi lebih kepada waktu bekerja jururawat untuk shift malam iaitu 9pm-7am. Masalah utama saya di sini adalah terlepas waktu solat subuh, bukan krn majikan tdak membenarkn saya solat,tetapi urusan kecemasan yg seoerti pesakit mahu bersalin pd lingkungan masa 5.30am hingga 7am. Rutin kerja saya akn bermula sibuk dari jam 5am yg mana belum masuk waktu subuh lg. Sdgkn kesibukan saya akan berterusan hingga waktu 7.30am ataupun lebih. Bagaimana ye ustaz, adakah saya perlu mengqada'kan solat subuh saya sejurus saya selesai kerja walaupun waktu itu sudah masuk 8am? Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz, saya juga mengalami masalah yg sama, saya seorang pelajar jururawat, saya ada masalah dalam solat maghrib, manager saya adalah cina, saya dah cuba terang dekat dia mengenai masa solat saya, tapi mereka tak fhm, dan mintak saya tanya bagaimana senior uruskannya, senior kata mereka akan qada, atau bila suasana tak sibuk , mereka lari solat dulu. Baru2 ni , saya minta izin utk mendirikan solat maghrib, keadaan tak sibuk sgt masa tu, tapi instructor saya macam kata di dh bagi saya masa , lepastu dia kata duty , macam2 lagi la, tpi Alhamdulillah saya dilepaskan juga , saya cuma risau masa yg akn dtg, sebab ade kawan2 lain yg x dpt kebenaran utk solat maghrib. Bila kami nk terang diorg x fhm, jadi saya minta mak sya nk berhenti belajar & pergi ke tmpt yg dimana masa solat saya x terganggu, ibu saya benarkan tapi sgt kecewa,tambah pulK, kat sini diorg bagi biasiswa, jadi kalau berhenti, kami akn dikenakan bayaran dekat 10 000(ansuran),saya boleh cari kerja bayar.ibu saya mungkin boleh tolong tpi agak membebankan.tpi saya risau dh lukakan hati ibu aya. apa patut saya buat ye?

    ReplyDelete